NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang
Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu
Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawak hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala
Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat _______________________________ .
A hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
B menangguk di air keruh
C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
D enau dalam belukarmelepaskan pucuk masing-masing
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ________________________________ .
A langit dengan bumi
B biar putih tulang jaangan putih mat
C pinang dibelah dua
D ular kena palu
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas
Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir
Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera
