NEW
Font size
WorksheetsKata Majmuk
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
pakaian adat
pakaian sukan
pakaian seragam
pakaian angkatan
_____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
Ibu pejabat
Ibu negara
Ibu pertiwi
Ibu jari
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
__________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
Beritahu
Sukarela
Tandatangan
Tanggungjawab
Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
buku kedatangan
buku catatan
buku rujukan
buku lima
Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
cahaya mata
cermin mata
mata pisau
matahari
__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suruhanjaya
Kakitangan
Pilihanraya
Olahraga
Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
budi bahasa
budi pekerti
budi bicara
balas budi
Kai wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam _____________.
peti besi
peti sejuk
peti wang
peti cadangan
