wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6 (PEMAHAMAN)

Total questions: 35

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Batrisyia berasa ________ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dinanti-nantikan selama ini akan diumumkan tidak lama lagi.

a)

gusar

b)

risau

c)

celaru

d)

teruja

2.

Pak Cik Mustaffa mengait _________ kelapa dan memetik _______ langsat di kebun buah-buahannya.

a)

sebiji......setandan

b)

sebutir....selonggok

c)

sebuah.....setangkai

d)

setandan........segugus

3.

Anak kembar Cikgu Maznah _____________ melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan du luar negara.

a)

masih belum

b)

sudah pernah

c)

masih sedang

d)

belum pernah

4.

"Semalam awak tergesa-gesa pulang dari sekolah dari sekolah _________ ?" tanya Zatini kepada sahabat karibnya, Rohana.

a)

apa

b)

kenapa

c)

di mana

d)

bagaimana

5.

Pejalan kaki dinasihatkan supaya menggunakan __________ yang disediakan untuk melintas jalan yang sibuk.

a)

jejari

b)

jejantas

c)

jejenang

d)

jejambak

6.

"_____________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading, " nasihat Cikgu Rosdey kepada salah seorang muridnya.

a)

Kami

b)

Kamu

c)

Kalian

d)

Engkau

7.

Encik Khairuddin memasang semua tingkap dan pintunya dengan ________________untuk menjamin keselamatan keluarganya.

a)

jeriji

b)

gerigi

c)

temali

d)

jemari

8.

Tentera laut telah menangkap _________ lanun yang merompak sebuah kapal di perairan negara semalam dalam Ops Cegah.

a)

semua

b)

segala

c)

sesetengah

d)

sebilangan

9.

"__________ bertenang, semua masalah kalian akan saya selesaikan sedaya upaya saya," kata ketua kampung kepada anak buahnya.

a)

Usah

b)

Harap

c)

Minta

d)

Jemput

10.

Kee Swee sedang menambat anjing peliharaannya untuk menjamin keselamatan tetamu yang datang ke rumah terbukanya.

Pilih perkataan antonim bagi menambat.

a)

mengikat

b)

merelaikan

c)

meleraikan

d)

menguraikan

11.

___________ untuk bekerja di kedai gunting rambut wanita itu ialah perempuan

a)

Prakata

b)

Prasyarat

c)

Prasarana

d)

Prawacana

12.

Pak Cik Tarmizi memotong keratan kayu untuk dilekapkan pada dinding rumahnya untuk menyangga tempat meletak pasu bunga.


Apakah nama benda yang dibuat oleh Pak Cik Tarmizi?

a)

kekisi

b)

tetupai

c)

kekuda

d)

jejenang

13.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Fatimah menjaga tikar mengkuang itu sebaik-baiknya untuk dijadikan kenang-kenangan kerana hasil daripada ___________ arwah ibunya.

a)

air tangan

b)

buah tangan

c)

bekas tangan

d)

ringan tangan

14.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


1.Buku ini tidak untuk murid-murid tahun enam.

2.Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa kemudharatan.

3.Harta yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal.

4.Mangsa kemalangan di simpang empat itu tidak dari kampung kami.

a)

1 dan 2

b)

1 dan 4

c)

2 dan 3

d)

3 dan 4

15.

Pilih ayat yang betul

a)

Semua anak Encik Fadhli gemarkan buah durian.

b)

Baju bercorak melintang itu bukan sesuai dipakai oleh mereka yang berbadan gempal.

c)

Ibu bapa harus menanam nilai murni di dalam diri anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi.

d)

Guru Besar sedang memperkatakan tentang disiplin semasa berucap dalam perhimpunan pagi.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

"Silalah makan goreng ayang ini sementara masih panas," kata Puan Jemilah kepada jiran yang berkunjung ke rumahnya.

b)

"Tiap hari selepas pencen ini saya sentiasa bersenam di taman ini bersama-sama isteri," kata Cikgu Nawi kepada bekas anak muridnya.

c)

"Untuk memahami setiap ajaran guru, kalian perlulah sentiasa fokus semasa guru mengajar," nasihat Cikgu Safarina kepada murid-muridnya.

d)

"Jemputlah datang berkunjung ke Terengganu lagi, negeri kami yang indah ini bila ada masa," pelawa Wajdi kepada Amsyar sahabat penanya.

17.

Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi perumpamaan yang lengkap.


Seperti kera (a)  

18.

Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi perumpamaan yang lengkap.


Bagai tikus (a)  

19.

Datuk Amin membawa selaras senapang dan beberapa _________ peluru semasa pergi ke dusun duriannya.

a)

das

b)

kelongsong

c)

butir

20.

Nelayan itu menggunakan tiga ______________ mata kail yang berlainan saiz untuk memancing di laut.

a)

bentuk

b)

bilah

c)

bayang

21.

"Saya tidak pernah melihat pasangan kembar itu sebelum ini. Adakah _____________ murid baharu?" tanya Kamsani kepada Khairil.

a)

kita

b)

kamu

c)

kalian

d)

mereka

22.

Upacara __________ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan penuh adat istiadat diraja.

a)

pertabalan

b)

keputeraan

c)

pemakaman

d)

keberangkatan

23.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Paka dinasihati oleh Guru Besar supaya tidak terpengaruh _____________ fesyen rambut yang tidak sesuai untuk murid sekolah rendah.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

24.

Waliuddin _____________ sejambak bunga kepada Cikgu Rusmadi sebagai hadiah sempena hari guru.

a)

mengambil

b)

memberikan

c)

menyerahkan

d)

menghulurkan

25.

Bot pendatang tanpa izin yang ditahan oleh pihak berkuasa itu _____________ dengan penumpang yang ingin menyusup masuk ke perairan negara.

a)

sarat

b)

sesak

c)

padat

d)

penuh

26.

_________________________ rumah tradisional itu masih utuh kerana diperbuat daripada kayu cengal yang berusia ratusan tahun.

a)

Jenang-jenang

b)

Langit-langit

c)

Para-para

d)

Jari-jari

27.

Adik lari ketakutan keran diherdik oleh orang yang kurang siuman itu tanpa apa-apa sebab.


Pilih perkataan sinonim bagi diherdik

a)

disergah

b)

didakap

c)

diejek

d)

disapa

28.

Kain songket Terengganu tenunan tangan itu bermutu tinggi kerana sangat halus tenunannya.


Pilih perkataan antonim bagi halus

a)

kemas

b)

kasar

c)

kecil

d)

kesat

29.

Pak Cik Adib ____________ seberkas kayu api di atas kepalanya sambil __________ selaras senapang dibahunya.

a)

menjulang...........mengepit

b)

menjunjung.......menyandang

c)

mengandar.........mengendong

d)

memikul..............menggendong

30.

Tindakan Munirah ______________ kerana menceritakan keburukan ahli keluarganya itu kepada rakan-rakannya.

a)

seperti musuh dalam selimut

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai membuka pekung di dada

31.

Puan Norela sedang _____________ sup ayam di dalam periuk yang besar untuk hidangan makan tengah hari keluarganya.

a)

memasak

b)

menggulai

c)

mereneh

32.

Murid-murid kelas 6 Al-Firdaus dan 6 An-Naim ketawa berdekah-dekah mendengar celoteh gurunya yang ________________ hati itu.

a)

mencuit

b)

menyentuh

c)

menghiba

33.

Tok Adi sedang ______________ kayu pokok nangka untuk dibuat gasing berembang.

a)

mencanai

b)

melarik

c)

menarah

34.

Auni menjerit kegelian apabila melihat seekor lipas ________________ di atas lantai.

a)

menyelinap

b)

merangkak

c)

merayap

35.

Puan Norizan sedang termenung di beranda rumahnya kerana rindu __________ anaknya yang bekerja di ibu kota.

a)

tentang

b)

akan

c)

daripada

d)

dengan