NEW
Font size
WorksheetsKata Ganti Nama Diri (Tahun 2)
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
"Ibu, duit ______ hilang," kata Aliya kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
Irfan dan Firdaus bersahabat karib. ________ tinggal sekampung.
Dia
Kita
Kami
Mereka
"Jika ______________ ada masalah sila jumpa saya, " kata Cikgu Kamal kepada saya.
mereka
kamu
kami
dia
Aisha Nabila murid tahun enam. ____________ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
Dia
Kami
Awak
Saya
Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _________________
dia
kami
kamu
beliau
"Sebagai murid, _____________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
dia
kita
kamu
mereka
"Mari kita ikut _______________ ke perpustakaan," kata Kunalan kepada Nufail.
mereka
awak
saya
kami
"Boleh __________ tumpang bertanya?" kata Ah Meng dan Ah Chong kepada pemuda itu.
kamu
awak
kami
saya
"Ibu, duit adik hilang semasa _______________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Zarina kepada ibunya.
beliau
kami
kita
dia
Encik Yusuf bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______________.
ia
dia
beliau
mereka
"Sebagai tentera, ______________ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
kita
kami
beliau
mereka
"Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut ______________ ke perpustakaan," kata Aiman dan Asyraf kepada Zahin.
mereka
engkau
kalian
kami
"Ibu ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _____________ menumpang tidur di rumah kita?" kata Syazwan kepada ibunya.
mereka
engkau
kalian
dia
"Jika _________ ingin keterangan lanjut tentang pertandingan itu, sila hubungi pihak ____________ di kaunter pertanyaan," kata pengacara pertandingan itu melalui pembesar suara.
awak ..... mereka
kalian ....... kami
anda ........ kami
kamu ...... nya
"Ketua kelas ______________ telah dimasukkan ke wad. ______________ kemalangan pada petang semalam," ujar Sakinah kepada rakan-rakan sekelasnya.
kita ...... Dia
kami .... Dia
kita .... Beliau
kalian .... Beliau
" ___________ bagi pihak rakan-rakan di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik ____________," ucap Prakash.
Kalian ..... mereka
Kami .... kalian
Saya .... kami
Saya .... kita
"Benar, _____________ tidak nampak orang yang mengambil pen ___________ , " kata murid baru itu kepada saya.
kamu .... dia
awak .... saya
kami ... awak
saya .... awak
Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, ___________ dimarahi bapanya kerana bermain hujan sehingga basah kuyup.
dia
beliau
mereka
kalian
Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab ___________ bersama.
kita
awak
mereka
dia
Halim memarahi adiknya kerana ___________ menconteng bukunya.
beliau
kamu
mereka
dia
Ibu dan ayah baru sahaja pulang dari tempat kerja. __________ kepenatan.
Dia
Beliau
Mereka
Kalian
" _______lah ibu dan bapa yang sangat __________ sayangi," kata adik-beradik kembar itu.
Mereka ..... kami
Beliau .... saya
Kalian ..... kita
Kamu .... kami
"Bilakah ___________ mahu datang ke rumah _________?" Kasturi bertanya kepada Saliza.
saya ... awak
dia ... kita
awak ... saya
kami ... mereka
" __________ menangis kerana dimarahi ibunya," kata Zalifah.
Kamu
Kami
Dia
Mereka
Baharuddin merokok. ___________ dirotan oleh guru disiplin.
Awak
Baginda
Dia
Beliau
"_________ akan berhimpun di sini," kata Wong kepada rakan-rakannya.
Anda
Kita
Saya
Kami
Tiga orang pemuda itu memberitahu Sarjan Hamid bahawa ___________ telah dirompak.
dia
saya
kami
mereka
"Tulis nama ___________ di ruang ini," kata kerani itu kepada Aniq.
dia
kita
ia
kamu
"______________ mahu keluar bermain, " kata Zaleha dan adiknya kepada ibu mereka.
Saya
Kami
Kita
Awak
"Mari ___________ ke kedai," pelawa Mak Cik Kiah kepada jirannya.
kamu
awak
kita
kami
