NEW
Font size
WorksheetsKUIZ MINGGU BAHASA MELAYU 2022
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Salah satu makanan tradisional Melayu yang sangat popular ialah lemang.
Apakah bahan-bahan asas dalam membuat lemang?
Tepung beras, santan dan garam
Beras pulut, santan dan garam
Tepung gandum, santan dan garam
Puding raja merupakan santapan istana yang dihidangkan dalam majlis-majlis rasmi istana.
Hidangan warisan ini terkenal di negeri?
Kedah
Terengganu
Pahang
Antara berikut, negeri yang manakah merupakan pelopor kepada perkembangan batik di Malaysia?
Kelantan dan Terengganu
Melaka dan Terengganu
Kelantan dan Selangor
Dhoti ialah pakaian tradisional kaum__________
Kadazan
Iban
India
Tarian yang terkenal di negeri Johor
Tarian Inang
Tarian Zapin
Tarian Mak Yong
Apakah tema Minggu Bahasa Melayu pada tahun ini?
Indah Seni Pelbagai Budaya
Indah Seni, Endah Budaya
Indah Seni, Indah Budaya
“Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka”.
Berikut merupakan salah satu cara permainan?
Galah panjang
Teng-teng
Burung Hantu
Gasing yang ......................akan dikira sebagai pemenang dalam permainan gasing
paling lama berputar
menghancurkan gasing lain
berada dalam bulatan
Apakah yang dimaksudkan dengan adiguru?
Seseorang yang pakar dan mahir dalam bidang kraf
Seseorang yang pakar dan mahir dalam bidang perindustrian
Seseorang yang pakar dan mahir dalam bidang teknologi
Proses menjalin benang menegak dan melintang untuk menghasilkan kain
anyaman
tekatan
tenunan
Tekstil pua kumbu sangat ikonik di negeri Sarawak.
Apakah etnik yang menghasilkan seni tenunan pua kumbu?
Bidayuh
Melanau
Iban
Buah durian gugur malam hari,
Dimakan pula bersama Mak Lini,
Jika tuan bijak bestari,
Apakah nama makanan ini?
Akok
Baulu
Apam telur
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan tradisional ?
makanan yang dimasak oleh ibu dan bapa
makanan yang sedap
makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut
Baju Melayu telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah pada zaman empayar Melaka.
Apakah falsafah disebalik lima butang pada baju Melayu cekak musang?
Rukun Islam
Rukun Negara
Rukun Iman
.Baju tradisional bagi kaum lelaki yang terkenal di negeri Johor?
Kurta
Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Teluk Belanga
Perhiasan diri masyarakat Melayu terdiri daripada
Kalung papan, tali pinggang dan dokoh
Kalung papan, sugu tinggi dan sigal
Sigal dan sia
Apakah maksud budaya?
kemajuan,fikiran,akal budi dan kelakuan
kemajuan, budi bahasa dan kesantunan
fikiran,kesantunan dan akal
Adat-istiadat Melayu merangkumi bidang kemasyarakatan, politik, dan undang-undang
Betul
Salah
Antara berikut,, yang manakah BUKAN alat muzik masyarakat Melayu?
Gambus
Gendang
Guzheng
Objek-objek seperti guli kaca,biji getah,ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat adalah buah untuk permainan.............
Batu Seremban
Guli
Gasing
Antara berikut,, yang manakah makanan tradisional di negeri Pahang?
Masak lemak cili padi
Gulai patin tempoyak
Nasi dagang
Pilih ejaan yang betul
Serunding
Serondeng
Serundeng
Yee Sang merupakan sayur-sayuran pelbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud ___________.
Kemakmuran
Keluhuran
Kelazatan
Apakah hari melapah daging yang dilakukan oleh masyarakat di Negeri Sembilan sehari sebelum bulan Ramadan dan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri?
Hari Bantai
Hari Mantai
Rewang
Apakah permainan yang menggunakan penutup botol sebagai alat permainan?
Ceper
Batu seremban
Lompat tikus
