wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA IV

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.

a)

ulat air

b)

ulat bulu

c)

ulat beluncas

d)

ulat buku

2.

Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh

a)

Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Pipit pekak makan berhujan

c)

Burung terbang dipipihkan lada

d)

telinga kuali

3.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

4.

Hamid sedang bermain basikal tiba tiba dia terjatuh.

a)

Malang sungguh nasibnya

b)

Malang tidak berbau

c)

Malang semalang malangnya

d)

Memang itu sudah nasibnya

5.

Sudah berbuih mulut Pak Lasim menasihati Daud, namun daud tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.

a)

Mencurah air ke dalam baldi

b)

Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi

c)

Mencurah air di daun keladi

d)

Mencurah air bunga ke badan

6.

Khaleeda tidak suka membazir masa kerana

a)

Masa itu pencuri masa

b)

Masa itu boleh diganti

c)

Masa itu tidak akan berulang

d)

Masa itu emas

7.

Kisah itu tidaklah begitu besar tapi sikap sesetengah orang yang suka ____________ menyebabkan kisah menjadi itu semakin teruk.

a)

lebih sudu dari kuah

b)

lebih senduk dari periuk

c)

lebih sudip dari kuali

d)

lebih garam dari gulai

8.

Salim dan Sani pasti akan bergaduh setiap kali bertemu.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti arnab dan kura-kura.

c)

seperti ayam dan dan helang

d)

seperti kucing dan tikus

9.

Salleh tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenar sangat mahir dengan permasalahan itu,

a)

Seperti harimau menyimpan gigi

b)

seperti harimau kehilangan ekor

c)

Seperti harimau menyimpan kuku

d)

Seperti harimau dapat cincin

10.

Sudah lama Cecilia tidak pulang ke kampung

a)

Bagai rusa masuk kampung

b)

Melepaskan batuk di tangga

c)

Lempar batu sembunyi tangan

d)

Belut pulang ke lumpur

11.

Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.

a)

Ada semut ada sarang

b)

Ada ubi ada batas

c)

Ada gula ada semut

d)

ada semut ada gula.

12.

Robert bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

c)

bermain main dahulu, petang nanti mandi

d)

Bersenam tertib nanti badan akan cergas

13.

Pendekar itu kelihatan sudah lemah dipukul namun dia masih tidak mahu menyerah kalah.

a)

Selagi ada tenaga

b)

Selagi hayat dikandung badan

c)

Biar tulang patah, asalkan daging masih bercantum

d)

Biar luka di dada, jangan luka di belakang.

14.

Ibu melarang Sally mengikut perangai Kelly yang suka melawan kata

a)

Jangan menangguk di air keruh

b)

Jangan bermain di air keruh

c)

Air keruh jangan disangka tiada ikan

d)

Air keruh jangan diminum.

15.

Jurulatih itu sangat kecewa pasukannya tewas dengan pasukan yang lemah. Jika mereka kalah dengan pasukan yang lebih kuat jurulatih itu masih boleh terima kekalahan itu.

a)

Biar mati anak jangan mati adat

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Biar pecah dimulut jangan pecah di perut

d)

Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil.

16.

Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu takkan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.

a)

Biar tempayan pecah

b)

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut

c)

Pecah kaca pecah gelas

d)

Pecah kaca berderai

17.

Makna kalau kail panjang sekengkal lautan dalam usah di diduga ialah

a)

Jangan suka menyebar fitnah

b)

Jangan suka memuji orang

c)

Jangan melakukan kerja yang diluar kemampuan

d)

Jangan melakukan kerja yang mudah

18.

Makna cencaru makan petang ialah

a)

Orang yang mendapat kejayaan pada waktu akhir perlawanan.

b)

Orang yang suka makan ikan cencaru

c)

Orang yang sering difitnah

d)

Orang yang sukar berjaya

19.

Makna patah tumbuh hilang berganti ialah

a)

Orang yang pergi akan digantikan dengan orang lain

b)

Orang yang dipecat

c)

Pokok yang patah akan tumbuh semula

d)

Orang yang suka bertukar tempat

20.

Makna ringan tulang berat perut

a)

Orang yang hidup senang kerana rajin bekerja

b)

Orang gemuk yang rajin

c)

Tulang seseorang itu lebih ringan dari perutnya

d)

Seseorang yang sedang sakit