NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 55
Worksheet time: 41mins
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.Bak kata peribahasa______________.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bagai aur dengan tebing
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
bagai cacing kepanasan
Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.Bak kata peribahasa______________.
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
ibarat burung, mata lepas badan terkurung
bagai mencurah air di daun keladi
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.Bak kata peribahasa______________.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
habis manis sepah dibuang
air beriak tanda tak dalam
ukur baju di badan sendiri
Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ______
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bahasa jiwa bangsa
di mana bumi dipijak, di situ langin dijunjung
angin sepoi-sepoi bahasa
Orang yang lupa akan asal usulnya.Ibarat peribahasa___________.
bagai kacang lupakan kulit
bagai abu di atas tunggul
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
bagai air digenggam tak tiris
Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.Bak kata peribahasa______________.
seperti si buta baru melihat
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
burung terbang dipipiskan lada
Peribahasa bagai dakwat dengan kertas bermaksud_____________.
selalu bergaduh
bekerjasama dengan bersungguh-sungguh
menyiapkan tugas dengan cepat
perhubungan yang sangat rapat
Peribahasa seperti air dalam kolam bermaksud______________.
orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
orang yang tidak tahu membuat kerja
orang yang pemalas
orang yang suka berdiam diri
Peribahasa bagai menatang minyak yang penuh bermaksud _________________.
mengerjakan sesuatu yang sia-sia
memelihara anak dengan penuh kasih sayang
tidak mengenang jasa
menjaga ibu bapa yang telah tua
Peribahasa hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah bermaksud_______________________.
keluarga yang hidup susah
mencapai keputusan dalam mesyuarat
pembahagian yang sama banyak
tolong-menolong dalam kehidupan
Peribahasa tiada rotan akar pun berguna bermaksud__________________.
mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah
tidak mungkin dapat dilakukan
orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh
sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu
Peribahasa menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri bermaksud__________________.
orang yang lemah mudah dianiayai oleh orang yang berkuasa
ilmu yang diamalkan tidak berguna
menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga
nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi
Peribahasa bagai lebah menghimpunkan madu bermaksud__________________.
orang yang sangat pemalas
orang yang amat berani
orang yang sangat rajin
orang yang sungguh bijak
Peribahasa seperti si buta baru celik bermaksud_____________________.
seseorang yang diharapkan menjadi pembelot
makin kaya makin banyak sahabat
orang yang cerdik dan pandai
menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat
Peribahasa kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau bermaksud___________________.
sesuatu yang sangat sukar diperoleh
tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja dan tidak diajarkan kepada orang lain
menderita kerana perbuatan orang yang karib
kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya
Peribahasa besar pasak daripada tiang bermaksud__________________.
sepakat, seia sekata
besar belanja daripada pendapatan
hidup dalam kesusahan
tidak menuntut aturan
Pasangan yang sepadan merujuk kepada peribahasa___________________.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
bagai pinang dibelah dua
kalah jadi abu, menang jadi arang
Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya umpama peribahasa__________________________.
bagai kacang lupakan kulit
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
tepuk dada, tanya selera
pipit hendak menjadi enggang
Sengaja mencari susah atau bahaya merujuk kepada peribahasa_______________________.
pipit menelan jagung
ke sungai sambil mandi
menjolok sarang tebuan
bagai aur ditarik songsang
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa di bawah:
Cita-cita tidak akan tercapai jika kita tidak berusaha
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kehidupan Encik Gaman yang bertugas sebagai tentera _____________ kerana dia tertakluk pada arahan pertukaran lokasi bertugas dari satu tempat ke satu tempat.
Seperti ulat lupa akan daun
Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan
Biduk lalu, kiambang bertaut
Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
Berikan maksud peribahasa yang tepat bagi peribahasa berikut:
Ayam terlepas, tangan bau tahi
Melakukan pekerjaan yang sia-sia
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan
Suka dan senang sekali
Kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata
Pilih peribahasa yang menggambarkan situasi dalam ayat berikut:
Lebih baik jangan dicampuri perselisihan sesebuah keluarga kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula
Belayar di atas angin
Gigih dengan lidah ada kalanya tergigit juga
Hari tidak selamanya panas
Biduk lalu kiambang bertaut
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang tepat:
Pasukan itu dikatakan___________ kerana sangat handal dan sukar ditewaskan.
Cepat kaki, ringan tangan
Direndam tak basah
Laksana batik lasam
Bagai perian pecah
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai.
Projek perumahan di kawasan itu _____________ dan mungkin terpaksa ditangguhkan dahulu.
Seperti aur ditarik songsang
Seperti embun di hujung rumput
Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain
Seperti meluruskan ekor beruk
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai
Puan Inai terpaksa pulang ke kampung kerana urusan pembahagian harta pusaka keluarganya yang masih___________.
Awal dibuat akhir diingat
Belayar di atas angin
Direndam tak basah
Bernasi di balik kerak
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai
Sikap Puan Zezah yang suka berbelanja besar dan berlagak sebagai orang kaya itu tidak ubah seperti_____________.
Darah baru setampuk pinang
Ada rupa, ada harga
Cacing hendak menjadi naga
Hati hendak, semua jadi
Berikan maksud bagi peribahasa berikut:
Besar pasak daripada tiang
Kehidupan yang berjaya hasil usaha gigih
Mengalami kesusahan akibat kelalaian sendiri
Keputusan penting yang perlu diutamakan
Perbelanjaan yang melebihi pendapatan
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Bagai melukut di tepi gantang
Seseorang yang hidup menumpang kesenangan orang lain
Seseorang yang dianggap tidak penting
Seseorang yang kehilangan tempat bergantung
Seseorang yang hidup sendirian
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Seperti meniup api dalam air
Keputusan yang sukar dibuat
Sesuatu keadaan yang sangat genting
Pekerjaan yang sangat sukar
Melakukan pekerjaan yang sia-sia
"Anggaplah hukuman ini sebagai balasan kepada perbuatan kamu yang salah itu kerana kata orang tua-tua _________________.
sudah jatuh ditimpa tangga
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
tanam lalang, tak akan tumbuh padi
telur di hujung tanduk
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Seperti baung kena tukul
Berasa sedih dan kecewa
Membesar-besarkan perkara yang kecil
Keadaan yang sangat bising
Suara yang merungut-rungut kerana tidak berpuas hati
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai.
"Berusahalah dengan lebih gigih kerana _____________", kata ibu kepada kakak yang kecewa dengan keputusan peperiksaannya yang merosot.
belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
usaha tangga kejayaan
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Seperti harimau beranak muda
Keadaan yang sangat genting
Kemarahan yang tidak dapat dikawal
Perempuan yang terlalu bengis atau garang
Seseorang yang mengalami kekecewaan
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
Ukur baju di badan sendiri.
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Muafakat membawa berkat
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
Bagai aning dengan kucing
Bagai telur di hujung tanduk.
Bulan dipagari bintang
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Bagai melepaskan anjing tersepit
Bagai enau dalam belukar
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
Buah tangan
Buah mulut.
buah hati
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
Seperti anjing dengan kucing
Bagai abu di atas tunggul
Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
Bagai melukut di tepi gantang
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
asal sabut timbul, asal besi tenggelam
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau
Hangat-hangat tahi ayam
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Nasi sudah menjadi bubur
Tanam padi tumbuh lalang
Perigi mencari timba
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
ular menyusur akan takkan hilang bisanya
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
bagai mencurahkan air ke daun keladi
biduk lalu kiambang bertaut
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
nasi sudah menjadi bubur
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud berikut ;
Orang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
Bagai kera mendapat bunga
Bagai bulan dipagar bintang
Bagai gerjaji dua mata
Bagai menatang minyak yang penuh
Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi
Nyatakan peribahasa yang tepat menunjukkan maksud kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh kesungguhan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Hakim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas. Hakim berpegang kepada konsep peribahasa ........................
Menyelam sambil minum air
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Alah bisa tegal biasa
Berikan maksud peribahasa
alah bisa tegal biasa
Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya.
Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.
Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.
Keadaan yang memudahkan sesorang menyiapkan kerja walaupun seorang diri.
Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu _______________
Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Jauh perjalanan luas pemandangan
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _____________________
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Usaha tangga kejayaan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut.
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ukur baju di badan sendiri
Rambang mata
Menyelam sambil minum air
Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah __________________________
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bagai aur dengan tebing
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
