WorksheetsKata Ganda Separa
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Emak menyapu ............... yang gugur daripada pokok mangga itu.
dedaun
reranting
pepohon
dedahan
Encik Dani memasang .............. pada tingkap rumah barunya untuk tujuan keselamatan.
kekuda
sesiku
jejari
kekisi
Shima menjumpai beberapa urat ................. di dalam makanan yang dipesannya itu.
reranting
peparu
rerambut
jejari
Puan Rina menggunakan ________ yang pelbagai warna untuk membuat sulaman baju kebayanya.
jejarum
bebenang
dedaun
bebola
Xin Yin membantu ayahnya membersihkan sarang ___________ yang melekat di siling rumah.
lelabah
lelangit
kekuda
lelabi
7.Tukang kayu itu menggergaji papan di atas _________ sebelum dijadikan perabot.
tetulang
sesiku
kekisi
kekuda
Beberapa biji .............. daging telah diletakkan oleh peniaga itu di dalam semangkuk bakso.
jejari
bebola
gegendang
sesiku
Bunyi muzik yang terlalu kuat itu amat menyakitkan ______ telinga saya.
gegendang
bebola
kekunci
jejari
Pak Leman menggunakan _______ untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
kekuda
kekisi
sesiku
jejari
Ahli gimrama itu menggunakan______ rotan semasa membuat persembahan.
gegelang
gegelung
rerumput
kekuda
______ ialah sejenis haiwan yang boleh bertukar-tukar warna badannya mengikut keadaan persekitaran.
Tetikus
Jejentik
Rerama
Sesumpah
Kita mesti menghormati _______ walaupun berlainan bangsa.
bebayang
tetangga
tetikus
tetingkap
Ibu memasukkan _______ ke dalam bantal yang sudah nipis itu.
dedaun
bebawang
kekabu
bebola
Pondok yang buruk itu dipenuhi dengan sarang ___________.
tetikus
lelabah
lelangit
bebiri
Emak memasukkan beberapa biji __________ ayam ke dalam masakan itu.
bebola
jejari
gegendang
dedaun
