WorksheetsPERIBAHASA (BAHASA MELAYU)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Maksud peribahasa "bagai anak ayam kehilangan ibu".
Dua orang yang selalu bertengkar.
Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung.
Orang yang selalu dihina.
Maksud peribahasa "bagai bulan dipagari bintang".
Seorang gadis yang cantik dikelilingi oleh gadis-gadis lain yang cantik.
Seseorang yang mendapat perlindungan yang baik tetapi tidak mendapat kebebasan yang diinginkan.
Dua orang yang tidak pernah berpisah.
Maksud peribahasa "bagai bumi dengan langit".
Orang yang bodoh dan sombong.
Orang yang selalu berada dalam kebimbangan.
Jurang perbezaan yang teralalu besar.
Maksud peribahasa "bagai dakwat dengan kertas".
Pasangan yang cocok.
Tidak pernah berpisah atau sangat rapat.
Senang rapat dengan seseorang.
Maksud peribahasa "bagai dihiris dengan sembilu".
Perihal tentang hati atau perasaan yang sangat gelisah.
Perihal tentang hati atau perasaan yang sangat gembira.
Perihal tentang hati atau perasaan yang sangat sedih dan pilu.
Maksud peribahasa "bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing".
Orang yang mementingkan diri sendiri.
Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab.
Sia-sia sahaja menabur budi kepada orang yang tidak tahu menghargainya.
Maksud peribahasa "bagai halilintar membelah bumi".
Bunyi yang sangat kuat atau berita yang amat mengejutkan.
Gempa bumi ataupun bencana alam.
Suasana yang sangat tidak aman.
Maksud peribahasa "bagai hujan jatuh ke pasir".
Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.
Orang kaya meminta pertolongan daripada orang miskin.
Sia-sia sahaja menabur budi kepada orang yang tidak tahu menghargainya.
Maksud peribahasa "bagai isi dengan kuku".
Hubungan yang sangat erat dan tidak dapat dipisahkan.
Hubungan yang sering bergaduh
Pasangan yang secocok
Maksud peribahasa "bagai itik pulang petang".
Seseorang sering pulang ditengah malam.
Berjalan terlalu lambat.
Itik yang pulang ke tempatnya pada waktu petang.
Maksud peribahasa "bagai kacang direbus satu".
Berasa sangat sedih.
Melonjak-lonjak kegembiraan.
Sekumpulan manusia yang berkumpul beramai-ramai.
Maksud peribahasa "bagai kacang lupakan kulit".
Lupa asal-usul diri atau seseorang yang tidak mengenang jasa.
Berada dalam keadaan yang sangat takut.
Kacang yang telah diasingkan daripada kulitnya.
Maksud peribahasa "bagai kambing dihalau ke air".
Perihal seseorang yang secara sukarela membuat sesuatu walaupun tidak disuruh.
Perihal seseorang yang dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya.
Sesuatu perbuatan yang janggal dan tidak sesuai atau tidak mengikut adat dan kebiasaan.
Maksud peribahasa "bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul".
Takut kepada seseorang kerana membuat kesalahan.
Tiada guna mengajar anak supaya berkelakuan baik jika perangai ibu bapa buruk.
Perselisihan faham yang sementara atau sekejap sahaja.
Maksud peribahasa "bagaimana acuan begitulah kuihnya".
Sukar dicari atau tak mungkin dijumpai semula.
Tingkah laku anak banyak dipengaruhi oleh tingkah laku kedua ibu bapanya.
Gandingan yang sesuai dan sepadan.
Maksud peribahasa "bagai layang-layang putus tali".
Bagai seseorang putus tali persaudaraan.
Orang yang suka bermanja-manja.
Hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.
Maksud peribahasa "bagai melepaskan anjing tersepit".
Mendapat kerugian yang sangat besar.
Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih,selepas ditolong kita pula yang mendapat susah.
Bagai dikejar anjing garang.
Maksud peribahasa "bagai menarik rambut di dalam tepung".
Membuat kerja dengan cermat dan berhati-hati.
Membuat kerja dengan gelabah dan tidak berhati-hati.
Mendapat keuntungan dengan tiba-tiba tanpa perlu bersusah payah.
Maksud peribahasa "bagai menatang minyak yang penuh".
Mendapat keuntungan dengan tiba-tiba tanpa perlu bersusah payah.
Seseorang yang membuat sesuatu dengan berhati-hati.
Memelihara ,menjaga atau sanggup berkorban demi memberikan perhatian yang penuh untuk membesarkan seseorang.
Maksud peribahasa "bagai mendukung biawak hidup".
Menghulurkan pertolongan kepada seseorang dengan hati yang tidak ikhlas.
Menghulurkan pertolongan kepada seseorang yang kemudiannya menyusahkan diri kita sendiri.
Membuat sesuatu pekerjaan dengan penuh teliti dan berhati-hati.
Maksud peribahasa "bagai mengajar itik berenang".
Sia-sia mengajar orang yang sudah mahir dan pandai.
Melakukan pekerjaan yang mustahil dan susah.
Sia-sia mengajar orang yang sangat susah untuk berfikir.
Maksud peribahasa "bagai menghitung bulu kambing".
Membuat pekerjaan yang mustahil dan sia-sia.
Membuat pekerjaan yang tidak akan berhasil.
Membuat sesuatu pekerjaan dengan penuh teliti dan berhati-hati.
Maksud peribahasa "bagai pahat dengan pemukul".
Orang yang diluarnya kelihatan ketawa dan gembira tetapi sebenarnya sedang menghadapi kesusahan.
Hanya membuat sesuatu kerja apabila disuruh.
Sangat sesuai atau sama cantik dan sama padan.
Maksud peribahasa "bagai si kudung mendapat cincin".
Keadaan yang terjadi apabila orang yang bertubuh besar dan gemuk rebah.
Keadaan apabila seseorang yang kudung diberikan telefon bimbit.
Seseorang yang mendapat sesuatu yang tidak diperlukannya atau tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.
Maksud peribahasa "bagai telur di hujung tanduk".
Walaupun dihias,kalau muka sudah buruk ianya tetaplah buruk juga.
Menggambarkan keadaan yang bahaya atau genting.
Degil dan tidak pernah serik.
Maksud peribahasa "bagai tikus jatuh ke beras".
Berlagak dengan barang kepunyaan orang lain.
Degil dan tidak pernah serik.
Orang yang memperoleh kekayaan tetapi tidak menceritakan kepada orang lain bagaimana dia mendapat kekayaan itu.
Maksud peribahasa "bak bertih goreng".
Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.
Seseorang yang terlalu petah bercakap.
Orang yang terlalu lurus atau bodoh selalunya akan menjadi mangsa orang lain.
Maksud peribahasa "bak kaca terhempas ke batu".
Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.
Menggambarkan perasaan yang sangat sedih akibat sesuatu kejadian atau kehilangan.
Cinta yang tidak berbalas.
Maksud peribahasa "bak sirih pulang ke gagang".
Kembali ke tempat asalnya atau ke tempat yang sepatutnya.
Mendapat habuan yang besar atau keuntungan yang banyak.
Menuntut lebih daripada apa yang sudah didapati atau diberi.
Maksud peribahasa "ibarat mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan".
Melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan yang lebih besar,tetapi akhirnya mengalami kerugian.
Dua orang yang seakan-akan serupa parasnya.
Benda yang sedikit menjadi bertambah sedikit.
Maksud peribahasa "seperti ayam,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".
Orang yang menghilangkan diri secara senyap dan diam-diam.
Menghukum bukan dengan niat menyeksa,sebaliknya bertujuan untuk mendidik.
Seseorang yang sangat susah keadaannya hidupnya,pendapatan hari itu hanya cukup untuk dimakan pada hari itu sahaja.
Maksud peribahasa "seperti embun di atas daun".
Kasih sayang yang tidak kekal.
Niat yang sering berubah-ubah atau belum ada pendirian yang tetap.
Paras rupa seseorang yang putih kuning dan amat elok.
Maksud peribahasa "seperti gunting dalam lipatan".
Orang yang kelihatan hodoh tetapi memiliki suara yang sangat merdu dan tutur kata yang lembut.
Orang yang pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya berbuat jahat dalam diam tanpa sesiapa mengesyakinya.
Kata-kata atau sindiran yang begitu tajam dan halus.
Maksud peribahasa "seperti itik mendapat air".
Menggambarkan suasana yang terlalu sesak.
Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang memang diimpi-impikan.
Orang yang sangat malas ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Maksud peribahasa "seperti kera dapat bunga".
Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain kepadanya.
Perihal seorang perempuan yang mempunyai dua kekasih.
Orang yang berfikiran sempit atau ketinggalan zaman.
Maksud peribahasa "seperti kerbau dicucuk hidung".
Keadaan seseorang yang hidup susah dan melarat.
Orang yang kelihatan bodoh kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.
Perihal seseorang yang berada dalam keadaan gelisah dan keluh-kesah.
Maksud peribahasa "seperti lebah mengumpul madu".
Orang yang tidak tahu memcari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kasih sayang yang mendalam sehingga tidak boleh berpisah atau berjauhan.
Orang yang gigih dan tekun melakukan sesuatu pekerjaan akan mendapat kejayaan.
Maksud peribahasa "seperti lipas kudung".
Melakukan sesuatu dengan cepat dan pantas.
Perihal hukuman yang tidak adil.
Orang yang mengumpul kekayaan dengan cara menindas orang lain.
Maksud peribahasa "seperti minyak dengan air".
Orang hina yang hidupnya tidak dipedulikan orang.
Perihal seseorang yang hidup terbiar dan melarat.
Sesuatu yang tidak mungkin atau mustahil dapat bersatu.
Maksud peribahasa "seperti rusa masuk kampung".
Apabila seseorang mendapat sesuatu yang disukai pastilah dia tidak akan melepaskannya.
Keadaan orang yang kehairanan dan terpinga-pinga apabila tiba di tempat baru.
Orang yang pernah melakukan perbuatan jahat atau mencuri walau ke mana dia pergi akan dikenali orang juga.
