Font size
WorksheetsPendidikan Islam Tingkatan 2 Akhlak
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
"Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan"
Contoh cara beradab di atas merujuk kepada cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek?
(a)
Berikut merupakan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali _____________.
Membina keluarga yang bahagia kerana saling membantu.
Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang islam beradab dengan ibu bapa dan keluarga.
Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab dengan ibu bapa akan di ikuti oleh orang lain.
Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua.
"Terpengaruh dengan perlakuan kawan yang negatif"
Pernyataan di atas merujuk kepada?
Punca penderhakaan kepada ibu bapa
Cara beradab kepada ibu bapa
Kepentingan beradab kepada ibu bapa
Kewajipan beradab kepada ibu bapa
Apakah cara beradab kepada ibu bapa daripada aspek percakapan?
Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan menjaga perasaan mereka.
Berkasih-sayang terhadap ibu bapa.
Selalu menziarahi ibu bapa.
Memberikan nafkah kepada ibu bapa.
Maksud beradab kepada ibu bapa iaitu bersopan santun terhadap ibu bapa dalam perbuatan, ___________ dan tingkah laku.
pertuturan
menziarahi
hormat menghormati
kewibawaan
Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang islam ___________ dengan ibu bapa dan keluarga.
beradab
membentuk
teladan
saling
Kurang __________ agama dalam kehidupan. Anak tidak dapat menilai antara baik dengan buruk dari sudut agama. Contohnya anak tidak berasa bersalah berbantahan dengan ibu bapa.
penghayatan
hormati
pengaruh
peranan
Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرو ra :
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَاقٌّ
( النَّسَائِي )
Bermaksud : tidak masuk (a) anak derhaka.
Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga. Anak yang tidak _____________ ibu bapa dan anggota keluarga akan dibenci.
menghormati
mengenali
mengenang
bercakap
"Anggota keluarga berpecah dan susah untuk mendapatkan pertolongan"
Pernyataan di atas merujuk kepada akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek?
masyarakat
individu
negara
percakapan
Berikut merupakan contoh akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek negara kecuali _________.
Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.
Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.
Berlaku pelbagai gejala sosial yang menyebabkan kerajaan terpaka membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa untuk pemulihan akhlak.
Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga.
Susah untuk mendapat kawan yang __________ kerana orang yang baik tidak akan berkawan dengan kita akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga.
baik
hormat
sebaya
prihatin
Manakah antara berikut merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek individu?
Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa ke neraka.
Anggota keluarga berpecah belah.
Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.
Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu hati.
Antara punca penderhakaan kepada ibu bapa iaitu kurang menghayati pengajaran agama di sekolah. Tidak __________ apa-apa yang dipelajari malah hanya belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
mengamalkan
selesaikan
perlakuan
membaca
Antara kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga ialah membina kewibawaan diri. Keluarga yang bahagia dan saling berkasih-sayang dapat ________ individu yang berjaya di dunia dan akhirat.
membentuk
menjamin
menjanjikan
mencipta
Manakah antara berikut cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek tingkah laku?
Menjaga dan merawat ibu bapa yang sakit dan tua.
Mendengar percakapan ibu bapa dengan penuh perhatian.
Sentiasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.
Selalu ceria dan menunjukkan muka manis dihadapan mereka.
Berilut adalah kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali?
Mendapat harta kekayaan daripada mereka
Melaksanakan perintah Allah dan rasul-Nya
Membina kewibawaan diri
Membina keluarga yang bahagia
