Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6- Bahan Buangan

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

Bahan yang boleh direputkan

b)

Bahan yang tidak dapat dikenalpasti

c)

Bahan yang tidak diperlukan lagi

d)

Bahan yang perlu dikitar

2.

Pilih bahan manakah yang TIDAK akan mereput?

a)

Haiwan akuatik mati

b)

Bahan buangan organik

c)

Plastik

d)

Sisa makanan

3.

Antara berikut yang manakah bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

Kulit durian

b)

Buku

c)

Baju hujan

d)

Pembaris plastik

4.

Contoh bahan terbiodegradasikan ialah.....

a)

sisa makanan

b)

kertas

c)

sisa toksik

d)

bahan kumuh dan tinja

5.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

bahan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisama

b)

bahan yang boleh berubah sifat

c)

bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah

d)

bahan yang telah tercemar

6.

Bahan yang manakah boleh mencemarkan alam sekitar kita?

a)

Bahan buangan terbiodegradasi

b)

Bahan buangan tidak terbiodegradasi

7.

Bahan plastik mengambil masa lebih daripada 200 tahun untuk mereput secara semulajadi. Ini bermakna plastik merupakan bahan___________________.

a)

terbiodegradasikan

b)

tidak terbiodegradasikan

8.
Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....
a)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan
b)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan
c)
tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan
9.

Amin telah membuang dan menimbuskan kereta mainannya di dalam tanah di belakang rumahnya. 15 tahun kemudian sewaktu dia mengorek tanah di belakang rumahnya, dia terjumpa semula kereta mainan yang pernah dibuang olehnya dahulu dan masih dalam keadaan elok.


Mengapa kereta mainan tersebut masih elok lagi?

a)

Kerana tidak dirosakkan oleh adiknya

b)

kerana tidak terbiodegradasi oleh mikroorgnanisma

c)

kerana telah terbiodegradasi oleh mikroorfganisma

d)

kerana kereta mainan itu kuat

10.
Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang kerap dilanda banjir kilat. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?
a)
Aliran sungai yang sangat deras menuju ke bandar
b)
Aliran air yang terhalang oleh timbunan sampah dalam longkang dan parit
c)
Hujan yang sangat lebat menyebabkan air sungai melimpah
d)
Jalan raya dibina di kawasan yang rendah dan mudah ditenggelami air
11.

Asap kilang dan sisa racun serangga ialah bahan buangan...

a)

Organik

b)

Toksik

c)

Terbiodegradasi

12.

Yang manakah tidak benar mengenai jenis bahan buangan logam?

a)

Tidak terbiodegradasi

b)

Berasal daripada bahan logam

c)

Tidak boleh dikitar semula

13.

Gambar menunjukkan aktiviti dari sebuah kilang.

Apakah bahan buangan yang dikeluarkan oleh kilang tersebut?

a)

Gas toksik dan asap

b)

Bahan kumbahan

c)

Cecair toksik

14.

Gambar menunjukkan kejadian bencana alam akibat aktiviti manusia.

Mengapakah ia berlaku?

a)

Asap toksik dari kenderaan bermotor dan kilang kilang

b)

Pembuangan sampah sarap ke dalam longkang dan sungai

c)

Tumpahan minyak dari kapal tangki

15.

Antara berikut yang manakah cara pembuangan bahan buangan yang betul?

a)

Kitar semula

b)

Bakar

c)

Buang ke dalam sungai

16.

Manakah antara berikut adalah bahan buangan terbiodegradasi?

a)

Kotak kasut, sisa dapur, daun daun kering

b)

Botol air minuman, tayar, asap kenderaan

c)

Cermin tingkap pecah, basikal buruk, bekas makanan polisterin

17.

bahan buangan yang boleh dikitar semula ialah

a)

plastik, kaca, logam dan kertas

b)

Sisa makanan dan sisa toksik

c)

Bahan kumuh dan tinja

18.

Nyata bahan apakah yang boleh dibuang di dalam tong ini ?

a)

Plastik

b)

Kertas

c)

Kaca

d)

Logam

19.

Bahan buangan ini termasuk dalam kumpulan bahan buangan

a)

Bahan Toksik

b)

Bahan Tinja

c)

Bahan Kimia

d)

Bahan Kaca

20.

Bahan ini membahaya kerana

a)

Mudah terbakar dan merbahaya

b)

Mudah mereput

c)

Mudah disingkirkan

d)

Mudah dikitar semula