wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GARIS PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MBK EDISI 2018

Total questions: 37

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI)?

a)

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 mentakrifkan PPI ialah program pendidikan bagi murid bekeperluan khas (MBK) yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

b)

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2017 mentakrifkan PPI ialah program pendidikan bagi murid bekeperluan khas (MBK) yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

c)

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2018 mentakrifkan PPI ialah program pendidikan bagi murid bekeperluan khas (MBK) yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

2.

Aspirasi pendidikan individu juga telah dikongsi oleh pakar pendidikan dan profesional yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan khas seperti yang digariskan dalam deklarasi antarabangsa seperti Salamanca Statement (1994), Dakar World Education Forum (2000) dan Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006). Adakah kenyataan ini benar?

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Apakah Matlamat Garis Panduan PPI?

a)

Garis Panduan PPI MBK ini dihasilkan bertujuan untuk memberi kebebasan, pengetahuan, panduan dan komunikasi yang jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI.

b)

Garis Panduan PPI MBK ini dihasilkan bertujuan untuk memberi sosialisasi, pengetahuan, panduan dan komunikasi yang jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI.

c)

Garis Panduan PPI MBK ini dihasilkan bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan, panduan dan kefahaman yang jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI.

4.

Apakah prinsip yang didukung dalam Kenyataan Salamanca ?

a)

Prinsip Pendidikan untuk murid inklusif

b)

Prinsip Pendidikan untuk Semua

c)

Prinsip Pendidikan untuk MBK

5.

“Education system must be inclusive, actively seeking out children who are enrolled, and responding flexibly to the circumstances and needs learners”. Kenyataan ini dipetik daripada ….

a)

Dakar World Education Forum (2000)

b)

Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006)

c)

Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2012)

6.

Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah seperti yang berikut kecuali

a)

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

b)

Akta Orang Kurang Upaya 2008

c)

Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994)

7.

Bilakah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasakan pelaksanaan PPI secara terancang dan berfokus.

a)

2013-2025

b)

2013- 2020

c)

2013 – 2026

8.

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

9.

MBK belajar bersama-sama murid arus perdana secara sepenuh masa dan mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubah suai. MBK turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum sebagaimana murid arus perdana yang lain. Apakah pendekatan inklusif yang digunakan ?

a)

Inklusif separa

b)

Inklusif penuh

10.

Apakah maksud Inklusif Separa Bukan Akademik ?

a)

Pelibatan MBK dalam aktiviti luar bilik darjah dan komunikasi

b)

Pelibatan MBK dalam aktiviti kokurikulum dan sosialisasi.

c)

Pelibatan MBK dalam aktiviti kurikulum dan sosialisasi

11.

MBK yang mengikuti aktiviti kokurikulum berjadual diambil kira sebagai pelibatan dalam inklusif separa bukan akademik dan data boleh direkodkan dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM). Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

12.

MBK yang terlibat dalam inklusif separa sosialisasi boleh direkodkan dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).

a)

Ya

b)

Tidak

13.

Apakah jawatankuasa yang perlu ditubuhkan bagi semua sekolah yang mempunyai MBK ?

a)

Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)

b)

Jawatankuasa Biro Kebajikan Murid

c)

Jawatankuasa Panitia

14.

Berdasarkan keputusan SSKI, MBK yang ‘bersedia’ akan menjalani pentaksiran akademik, dan MBK ‘kurang bersedia’ dirujuk kepada pegawai Pegawai Pelbagai Disiplin (MDT)/ pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) bagi tujuan pelaksanaan intervensi yang bersesuaian. MBK yang ‘tidak bersedia’ akan menjalani pembelajaran di kelas PPKI. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

15.

MBK yang dikenal pasti ‘bersedia’ setelah menjalani SSKI akan menduduki Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran ….

a)

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains

b)

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral

c)

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

16.

MBK yang ‘kurang bersedia’ diberi intervensi pembelajaran dalam tempoh berapa bulan?

a)

1 bulan

b)

2 bulan

c)

3 bulan

17.

Siapakah guru resos ?

a)

Pembantu Pengurusan Murid

b)

Guru Pendidikan Khas

c)

Guru perdana

18.

Bagi inklusif penuh, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana atau perbezaan satu tahun sahaja daripada umur murid arus perdana. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Bagi inklusif separa, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana atau lebih daripada umur murid arus perdana. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

20.

MBK yang ditempatkan di kelas inklusif tidak lebih daripada berapa orang di setiap kelas ?

a)

5

b)

6

c)

7

21.

MBK yang ditempatkan ke PPI perlu menjalani tempoh percubaan tidak melebihi berapa bulan?

a)

1 bulan

b)

2 bulan

c)

3 bulan

22.

Guru pendamping akan menyediakan RPH berdasarkan RPH guru arus perdana bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti pembelajaran dan penyediaan BBB yang releven mengikut keupayaan MBK. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

23.

MBK yang mengikuti inklusif penuh boleh dikecualikan daripada penyediaan RPI. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

24.

PKPK/ Penyelaras PPKI/ guru pendamping menyediakan Analisis Pencapaian MBK berapa bulan sekali ?

a)

3 bulan

b)

6 bulan

c)

9 bulan

25.

Apakah Modul tambahan yang telah dibangunkan untuk membantu guru melaksanakan PPI dengan berkesan ?

a)

Modul Rakan Inklusif

b)

Modul Ibu bapa

c)

Modul Kokurikulum MBK

26.

MBK di kelas inklusif penuh layak mengikuti Pentaksiran Pusat (PP). MBK yang mengikuti inklusif separa akan mengikuti Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

27.

Antara berikut merupakan tanggungjawab Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKI dalam program PPI kecuali

a)

Bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam merancang dan menyelaras LDP kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas.

b)

Merancang, menubuhkan dan mempengerusikan JPKS.

c)

Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.

28.

Apakah peranan guru Pendidikan Khas dalam PPI ?

a)

sebagai guru pendamping kepada MBK di kelas inklusif

b)

merancang dan menyusun jadual waktu bagi guru pendidikan khas

c)

mengurus PCG bagi kegunaan MBK di PPI

29.

Pembantu Pengurusan Murid boleh menjadi guru pendamping di kelas inklusif. Adakah kenyataan ini benar ?

a)

Ya

b)

Tidak

30.

Antara berikut merupakan Perkhidmatan kumpulan pelbagai disiplin kecuali

a)

Audiologi

b)

Terapi pertuturan bahasa

c)

Relaxology

d)

Psikologi

31.

Apakah perbezaan PPI dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?

a)

PPI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK yang dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan manakala PPKI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK di kelas khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

b)

PPKI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK yang dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan manakala PPI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK di kelas khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

32.

Apakah kategori murid yang layak mengikuti PPI?

a)

Kategori kefungsian rendah

b)

Kategori kefungsian tinggi

c)

Semua kategori MBK

33.

Bagaimanakah proses pemilihan MBK ke PPI?

a)

Proses pemilihan MBK ke PPI dibuat menggunakan Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).

b)

Proses pemilihan MBK ke PPI dibuat menggunakan Instrumen Penentu Penempatan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).

c)

Proses pemilihan MBK ke PPI dibuat menggunakan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).

34.

Bagaimanakah proses pemilihan MBK Prasekolah ke PPI?

a)

Proses pemilihan MBK ke PPI dibuat menggunakan Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).

b)

Proses pemilihan MBK Prasekolah ke PPI dibuat menggunakan Instrumen Menentukan Penempatan Murid Berkeperluan Khas dan diputuskan oleh JPKS.

c)

Proses pemilihan MBK ke PPI dibuat menggunakan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).

35.

Berapakah bilangan ahli JPKS yang boleh meluluskan penempatan MBK?

a)

Sekurang-kurangnya dua orang ahli JPKS

b)

Sekurang-kurangnya tiga orang ahli JPKS

c)

Sekurang-kurangnya empat orang ahli JPKS

36.

Adakah MBK arus perdana dikira sebagai murid PPI?

a)

Ya

b)

Tidak

37.

Adakah guru arus perdana yang mengajar MBK di PPI layak menerima Bayaran Insentif Mengajar Kanak-kanak Cacat (BIMKC)?

a)

Layak

b)

Tidak layak