wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa SPM

Total questions: 80

Worksheet time: 3hrs 39mins

Name
Class
Date
1.

Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan olehku.

a)

aku lupakan

b)

lupakanku

c)

dilupaku

2.

Kegiatan pemerdagangan manusia telah mendapat perhatian dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini.

a)

kepada masa

b)

pada masa

c)

ke masa

3.

Ayah mencuci keretanya pada tiap hujung minggu.

a)

tiap

b)

setiap

c)

hari

4.

Masyarakat Minangkabau adalah masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih.

a)

ialah

b)

merupakan

c)

seperti

5.

Minit Mesyuarat itu ada dengan pengetua .

a)

di

b)

kepada

c)

pada

6.

Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah catuan air dengan penduduk kampung pada hari Sabtu nanti.

a)

membincangkan kepada

b)

membincangkan

c)

membincangkan bahawa

7.

Tidak kira sama ada di kota atau desa semua manusia adalah sama di sisi Tuhan.

a)

desa

b)

pada desa

c)

di desa

8.

Kejayaan pelakon terkenal itu disambut baik daripada peminatnya.

a)

dari

b)

kepada

c)

oleh

9.

Walaupun Ahmad berasal daripada Kuala Lumpur namun dia tidak kekok duduk di kampung ayahnya di pedalaman Sabah

a)

daripada

b)

dari

c)

di

d)

pada

10.

Murid yang terpandai sekali akan mendapat hadiah daripada guru kelas .

a)

pandai sekali

b)

paling pandai sekali

c)

sangat pandai sekali

11.

Pelbagai sayur-mayur dijual di kedai Pak Ali.

a)

pelbagai sayur

b)

pelbagai mayur

c)

pelbagai sayur-sayur

12.

Semua murid-murid dikehendaki menjawab kuiz tatabahasa yang diberikan oleh cikgu BM

a)

semua murid

b)

semua murid-murid

c)

semua orang murid

13.

Maksud bongsu

a)

anak yang terakhir

b)

kepayahan

c)

bertukar-tukar pendapat

d)

lapang

e)

kalah

14.

Maksud kesusahan

a)

anak yang terakhir

b)

kepayahan

c)

bertukar-tukar pendapat

d)

lapang

e)

kalah

15.

Maksud berbincang

a)

anak yang terakhir

b)

kepayahan

c)

bertukar-tukar pendapat

d)

lapang

e)

kalah

16.

Maksud senggang

a)

anak yang terakhir

b)

kepayahan

c)

bertukar-tukar pendapat

d)

lapang

e)

kalah

17.

Maksud tewas

a)

anak yang terakhir

b)

kepayahan

c)

bertukar-tukar pendapat

d)

lapang

e)

kalah

18.

Maksud merawat

a)

bilik

b)

berbaris

c)

memaut sambil berjalan

d)

perkakas

e)

menjaga

19.

Maksud beratur

a)

bilik

b)

berbaris

c)

memaut sambil berjalan

d)

perkakas

e)

menjaga

20.

Maksud memapah

a)

bilik

b)

berbaris

c)

memaut sambil berjalan

d)

perkakas

e)

menjaga

21.

Maksud stor

a)

bilik

b)

berbaris

c)

memaut sambil berjalan

d)

perkakas

e)

menjaga

22.

Maksud tergelincir

a)

tergeluncur

b)

berbaris

c)

memaut sambil berjalan

d)

perkakas

e)

menjaga

23.

Maksud alatan

a)

tergeluncur

b)

berbaris

c)

memaut sambil berjalan

d)

perkakas

e)

menjaga

24.

Nyatakan maksud berdasarkan gambar.

a)

menanam

b)

menyiram

c)

menyapu

25.

Datuk sentiasa ______________ sebakul pear dan ______________ sebakul buah-buahan yang segar ke pasar untuk dijual.

a)

menjunjung ... menggalas

b)

mengangkat ... membawa

c)

menjinjing ... memikul

d)

mengambil ... membimbit

26.

Kumar _______________ beg ke sekolah dengan seronok setiap hari.

a)

menggalas

b)

mengangkat

c)

memikul

d)

mengambil

27.

Bapa Puma _______________ fail sementara menunggu bas di perhentian bas.

a)

menggendong

b)

menatang

c)

mengepit

d)

menyorong

28.

Ibu Dalang _______________ sepinggan kuih ke ruang tamu kepada tetamu

a)

menatang

b)

mengambil

c)

memegang

d)

membawa

29.

Tamia _______________ bekalan sambil ______________ tempayan kecil lalu pulang ke rumah.

a)

menjinjing ... menjulang

b)

mengambil ... membimbit

c)

memegang ... menyandang

d)

menjinjit ... menjunjung

30.

Pemain bola sepak Brazil _______________ piala selepas menerima piala daripada penaja.

a)

menjunjung

b)

menjulang

c)

memapah

d)

memegang

31.

Nenek saya suka ____________________ tikar untuk kegunaan di bilik tamu

a)

menganyam

b)

membuat

c)

mengikat

d)

menyirat

32.

Budak yang nakal itu ______________________ burung di dusun Pak Lah.

a)

membuang

b)

melastik

c)

memukul

d)

membaling

33.

Pak Abu ___________________________ pokok yang tinggi itu di tepi jalan sehingga pendek.

a)

mengerat

b)

mencencang

c)

memangkas

d)

mencantas

34.

Kakak sedang _________________ sebiji bawang besar untuk dimasukkan ke dalam masakannya.

a)

mencencang

b)

memotong

c)

menghiris

d)

mencantas

35.

Beberapa orang pengakap ________________________ air di atas unggun api.

a)

membakar

b)

memanggang

c)

menjerang

d)

menanak

36.

Emak _______________ikan talapia setelah minyak panas di dalam kuali.

a)

menggoreng

b)

memasak

c)

mengukus

d)

merebus

37.

Pengakap-pengakap ____________nasi menggunakan periuk di atas bara api.

a)

mengukus

b)

membakar

c)

memanggang

d)

menanak

38.

Ayam goreng itu berbau ___________ kerana digoreng dengan minyak yang sudah lama disimpan.

a)

tengik

b)

busuk

c)

basi

d)

hapak

39.

Nelayan-nelayan itu tidak akan turun ke laut selagi ombak belum teduh.

Perkataan seerti bagi teduh ialah

a)

reda

b)

naik

c)

pasang

d)

kocak

40.

Fatimah selalu ________ pokok-pokok bunganya pada setiap petang.

a)

menyidai

b)

menyiram

c)

memasak

41.

Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil _____________ barang jualannya.

a)

mendukung

b)

mendulang

c)

menjunjung

d)

membawa

42.

Pak Harun ________________ padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya.

a)

menggalas

b)

menjijit

c)

memikul

d)

menggendong

43.

Encik Rosman _______________ fail ketika menunggu bas tiba.

a)

membawa

b)

memimpin

c)

memegang

d)

mengelek

44.

Pak Samad _______________ anaknya ketika meredah sungai itu.

a)

memikul

b)

menjulang

c)

mendukung

d)

memimpin

45.

Wak Satiman ______________ sayuran untuk dijual di pasar tani.

a)

menggendong

b)

mengandar

c)

mendukung

d)

menjijit

46.

Jika pelepahnya dibuang, mudahlah kita _________________ tandan buah kelapa sawit itu.

a)

mengecop

b)

menebang

c)

memetik

d)

memungut

47.

Pak Seman sedang ________________ buah kelapa di atas pokok.

a)

memetik

b)

memulas

c)

menjolok

d)

memanjat

48.

Sebilah kapak digunakan untuk ______________ kayu api itu.

a)

memotong

b)

membelah

c)

menetak

d)

mencantas

49.

Tok Seman _______________ buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang.

a)

membelah

b)

memotong

c)

menghaluskan

d)

meraut

50.

Ibu ________________ ikan yang baru sahaja dipancing oleh ayah.

a)

membersihkan

b)

memarut

c)

membuang

d)

menyiang

51.

Dengan pantas, dia _______________ kepala ular yang melulur ayamnya itu.

a)

menetak

b)

memancung

c)

mencantas

d)

menanam

52.

Peniaga itu ____________ tulang lembu yang hendak dibeli oleh pelanggannya.

a)

menyiat

b)

memukul

c)

mencincang

d)

mencantas

53.

Biasanya, kakaklah yang ditugaskan ______________ bawang untuk dibuat bahan tumisan.

a)

merincih

b)

menetak

c)

memotong

d)

mencincang

54.

Puan Hazani _____________ pulut untuk sarapan keluarganya.

a)

menanak

b)

memasak

c)

mengukus

d)

mendidihkan

55.

Kita perlu _______________ kacang tanah itu supaya mudah dibuang kulitnya.

a)

memasak

b)

menggoreng

c)

mengukus

d)

menyangai

56.

Rahim baru sahaja ______________sampah yang disapunya tadi.

a)

membungkus

b)

mencuci

c)

membakar

d)

menanam

57.

Puan Rasmah ___________________ beras untuk membuang antahnya.

a)

membuang

b)

memilih

c)

mencuci

d)

menampi

58.

Pemuda itu _________________ jalanya pada permukaan sungai berarus tenang itu.

a)

memusin

b)

menabur

c)

menebar

d)

membawa

59.

Nenek ______________ ubi rebus dengan senduk untuk dibuat penganan.

a)

menghaluskan

b)

memasak

c)

melenyek

d)

merebus

60.

Zaiton _____________ kain itu dengan lilin cair untuk membuat lakaran sebelum mewarnainya.

a)

mencorak

b)

mencanting

c)

melukis

d)

menulis

61.

Ahli gusti itu_______________ lawannya untuk memenangi perlawanan.

a)

menindih

b)

menghimpit

c)

menghempas

d)

memukul

62.

Pasukan kami ________________ pasukan lawan bagi memudahkan penyerang kami melakukan jaringan.

a)

melawan

b)

menolak

c)

menyerang

d)

mengasak

63.

Pak Kasim _____________ mulut guni berisi padi itu dengan seutas tali

a)

menutup

b)

mengait

c)

mengikat

d)

menggulung

64.

Samad ________________ leher ular itu dengan tali yang diikatkan pada sebatang kayu.

a)

mengikat

b)

membunuh

c)

menjerut

d)

memahat

65.

Ayam itu sedang ________________ makanan yang ditabur di halaman rumah.

a)

memakan

b)

mencari

c)

mematuk

d)

menggali

66.

Petani itu sedang ________________padi di sawahnya.

a)

memukul

b)

memulas

c)

membaling

d)

membanting

67.

Budak nakal itu __________________ pinggan yang dipegangnya ke lantai.

a)

menghempas

b)

menghentak

c)

menunduk

d)

memukul

68.

Pembuat roti canai itu sedang _________________ adunan tepung sebelum menebarnya.

a)

menekan

b)

memenyek

c)

menghaluskan

d)

memadatkan

69.

Pandai besi itu sedang _______________ spring kereta untuk dijadikan parang.

a)

mencincang

b)

membakar

c)

memukul

d)

menempa

70.

Sebatang pokok kelapa tumbang ___________________ sungai itu.

a)

merintangi

b)

merentasi

c)

melangkaui

d)

melalui

71.

Ahmad terpaksa ________________ hutan yang dipenuhi onak dan duri itu.

a)

melalui

b)

merentasi

c)

mendaki

d)

meredah

72.

Ana _________________ bola yang dilontarkan oleh rakannya.

a)

membaling

b)

mengambil

c)

menyambut

d)

memegang

73.

Tina __________________ di sebalik tirai untuk melihat tetamu yang datang ke rumahnya.

a)

memerhati

b)

menoleh

c)

menilik

d)

mengintai

74.

Kini, giliran adik _____________ kain-kain yang baru dicuci oleh ibu.

a)

mencuci

b)

memberus

c)

memulas

d)

membilas

75.

Abang _____________ kasut yang hendak dipakai ke majlis temu duga nanti.

a)

mengelap

b)

mencuci

c)

membersihkan

d)

menggilap

76.

Mak Limah _____________ periuk yang dipenuhi jelaga itu.

a)

mencuci

b)

membersihkan

c)

menyental

d)

membuang

77.

Setiap pagi, abang akan _______________ pokok-pokok bunga di halaman rumah

a)

membuang

b)

menjirus

c)

menyimbah

d)

menyiram

78.

Pak Long __________________ kotoran pada badan lembu itu dengan sebaldi air.

a)

menyiram

b)

membersihkan

c)

memberus

d)

menyimbah

79.

Tetamu itu _________________ air mawar kepada pasangan pengantin itu.

a)

merenjiskan

b)

menjurus

c)

merestui

d)

menyiram

80.

Salman __________________ air kopi panas untuk menghilangkan rasa mengantuk.

a)

meminum

b)

menghirup

c)

membuang

d)

memakan