Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Gerhana Matahari Sains Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Gambarajah di atas menunjukkan fenomena _______________
a)
Gerhana Bulan
b)
Gerhana Matahari
c)
Gerhana Bumi
2.
Gerhana Matahari berlaku pada waktu _______
a)
Siang
b)
Malam
3.
Fenomena Gerhana Matahari mengambil masa _______________
a)
beberapa saat
b)
beberapa minit
c)
beberapa jam
d)
beberapa hari
4.
Gambar menunjukkan kejadian __________
a)
Gerhana Bulan Penuh
b)
Gerhana Bulan Separa
c)
Gerhana Matahari Penuh
d)
Gerhana Matahari Separa
5.
Gerhana berlaku apabila cahaya tidak dapat menembusi ________________
a)
objek gelap
b)
objek legap
c)
Objek legam
d)
Objek gelam
6.
________________________________ akan menjadi gelap seketika semasa Gerhana Matahari.
a)
Sebahagian kawasan di Bulan
b)
Sebahagian kawasan di Bumi
c)
Sebahagian kawasan di Matahari
d)
Seluruh kawasan di Bumi
7.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai gerhana Matahari?

a)

Kekal selama beberapa jam

b)

Berlaku pada waktu malam

c)

Bulan berada di antara Matahari dan Bumi

d)

Bumi berada di antara Matahari dan Bulan

8.

Apakah yang berlaku di Bumi semasa gerhana Matahari penuh?

a)

Berlaku ribut kencang

b)

Suhu sekeliling meningkat

c)

Keadaan menjadi gelap seketika

d)

Bumi berada di antara Matahari dan Bulan

9.

Asni ingin melihat gerhana matahari. Dia menggunakan negatif filem untuk membina sebuah model kamera projektor. Apakah tujuan Asni menggunakan negatif filem untuk membina model kamera tersebut?

a)

Untuk melihat Bulan

b)

Untuk mengambil gambar matahari

c)

Untuk mengelakkan kerosakan pada mata

d)

Untuk melihat gerhana matahari dengan jelas

10.

Antara yang berikut, yang manakah kesan fenomena Gerhana Matahari kepada Bumi?

a)

Haiwan-haiwan bertempiaran

b)

Suhu di Bumi di kawasan gerhana turun sedikit

c)

Berlaku ribut di Bumi

d)

Kawasan sekeliling bertambah cerah

11.

Antara yang berikut, yang manakah sebab berlakunya kejadian Gerhana Matahari dan Bulan?

a)

Bumi berputar pada paksinya

b)

Bulan memantulkan cahaya matahari

c)

Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari dan Bulan mengelilingi Bumi

d)

Bumi mengelilingi Bulan dan Matahari

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan GERHANA?

a)

Peristiwa apabila Bulan atau Matahari muncul keseluruhan atau sebahagian

b)

Peristiwa yang menyebabkan Bumi menjadi gelap

c)

Peristiwa apabila Bulan atau Matahari kelihatan hilang secara keseluruhan atau sebahagian

d)

Peristiwa Bulan atau Matahari tidak muncul lagi

13.

Bagaimanakah GERHANA boleh berlaku ?

a)

Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan berada dalam satu garis lurus.

b)

Apabila Matahari tiada dalam satu garis lurus

c)

Kedudukan Matahari berada di antara Bumi dan Bulan dalam satu garis lurus

d)

Apabila Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur

14.

Rajah di bawah menunjukkan fenomena?

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

c)

Gerhana Bumi

d)

Gerhana Separa

15.

Pernyataan berikut BENAR mengenai Gerhana Matahari

a)

Berlaku pada waktu malam

b)

Berlaku beberapa minit sahaja

c)

Permukaan bumi yang terlindung menjdai gelap

d)

Berlaku pada fasa bulan pertama

16.

Berikut kesan fenomena GERHANA MATAHARI kepada kehidupan di Bumi

a)

Suhu kawasan terlibat meningkat

b)

Bintang di langit lebih jelas kellihatan semasa gerhana penuh

c)

Suhu kawasan terlibat menurun

d)

Susana sekeliling menjadi gelap / mendung seketika

17.

Semasa Gerhana Matahari penuh berlaku, keadaan persekitaran menjadi gelap seperti waktu malam. Matahari kelihatan sebagai bulatan gelap dikelilingi oleh gegelang cerah yang dikenali sebagai ...

a)

Kornea

b)

Korona

c)

Kuruna

d)

Korono

18.

Gerhana Matahari hanya boleh berlaku apabila Bulan berada pada fasa

a)

Bulan Purnama

b)

Bulan Sabit

c)

Anak Bulan

d)

Bulan Hampir Purnama

19.

Gerhana Matahari akan berlaku apabila_________melindungi__________daripada cahaya Matahari keseluruhan atau sebahagiannya.

a)

Bulan , Bumi

b)

Bumi , Bulan

20.

Gerhana Matahari boleh dilihat di kawasan bayang-bayang Bulan pada ___________sahaja.

a)

waktu siang

b)

waktu malam