WorksheetsMOCK PEP PERTENGAHAN TAHUN T5(DAVI) SIRI 1
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?
A. ketinggian moral
B. Kemajuan ekonomi
C.Kesejahteraan hidup
D.Kesejahteraan hidup
Bagaimanakah Kod Undang-Undang Hammurabi dapat dipatuhi oleh rakyat Mesopotamia
A.Amalan hidup seharian
B.Hafalan oleh penduduk
C. Dipamer di tempat awam
D.Diaplikasi sistem pendidikan
Andaikan anda seorang ahli Dewan Senat dalam sistem republik di Rom pada tahun S.M. Apakah tugas anda?
A.Merangka undang-undang
B.Mencadang dasar kerajaan
C.Melantik pegawai pentadbir
D.Mengatur strategi ketenteraan
Mengapakah sistem penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di China?
A.Menjimatkan masa
B.Mengekalkan kesuburan tanah
C.Mengurangkan tenaga kerja
D.Meminimumkan kos
Maklumat berikut menerangkan kerajaan awal yang terkenal di Asia Tenggara.
Srivijaya terletak di Selat Sunda·
Kedah Tua terletak di Selat Melaka
Apakah keistimewaan kerajaan tersebut?
A.Pusat kegiatan ilmu
B.Kubu pertahanan yang kuat
C.Kawasan kegiatan pertanian
D.Laluan perdagangan India dan China
Ilustrasi berikut menunjukkan keratan rentas candi Borobudur di Jawa Tengah.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada binaan tersebut?
A.Pengamalan Undang-Undang Manu’
B.Penetapan susun lapis masyarakat
C.Penentuan struktur pemerintahan
D.Pengaruh agama Buddha
Mengapakah penduduk Makkah menggelarkan diri Nabi Muhammad s.a.w.sebagai al-Amin?
A.Perkataan baginda sentiasa dipercayai
B.Berasal daripada keturunan mulia
C.Mempunyai sifat-sifat terpuji
D.Seorang rasul
Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?
I Tergugat keselamatan
II Prinsip persamaan taraf
III Perbezaan dari segi kepercayaan
IV Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’
A I dan II
B.I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Dialog berikut mungkin berlaku di Madinah selepas peristiwa hijrah.
Orang Muhajirin : Kita bimbang orang Quraisy Makkah akan
menyerang Madinah.
Orang Ansar : Tentu baginda Rasulullah telah
merancang strategi untuk menghadapinya.
Apakah strategi Nabi Muhammad SAW?
I Menubuhkan negara
II Menjalin hubungan persahabatan
III Membentuk pasukan tentera
IV Menyatu padukan masyarakat
A. I dan II
B. I dan IV
C.II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh penting dalam peristiwa bersejarah pada tahun 6 Hijrah.
Uthman bin Affan
Suhail bin Amru
Apakah peristiwa tersebut?
A.Membuka semula Kota Makkah
B.Terlibat dalam peperangan al-Basus
C.Berperanan dalam perjanjian Aqabah
D.Sebagai utusan dalam peristiwa di Hudaibiyah
Maklumat berikut ada kaitan dengan proses pelantikan khalifah.
Syura
Baiah
Mengapakah proses tersebut dianggap penting?
A.Mendapat sokongan rakyat
B.Memuaskan hati golongan rakyat
C.Menjamin bakal pentadbir yang berhemah tinggi
D.Memberi peluang kepada rakyat memilih pentadbir
Senarai berikut merupakan kota-kota penting kerajaan Islam.
@ Basrah
@ Cordova
@ Baghdad
Apakah ciri persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga kota tersebut?
A.Pusat pelabuhan
B.Pusat tentera Islam
C.Pusat kebudayaan Islam
D.Pusat perkembangan ilmu pengetahuan
Ramai pedagang Islam dilantik sebagai Syahbandar di beberapa bandar pelabuhan di Asia Tenggara.
Apakah kesan pelantikan tersebut kepada Asia Tenggara?
A.Membantu menyebarkan Islam
B.Mengharamkan riba dalam perdagangan
C.Meningkatkan kedatangan pedagang asing
D.Mewujudkan sistem percukaian yang sistematik
Jadual berikut menerangkan institusi pendidikan formal.
Negara Jawa Acheh Tanah Melayu
Institusi Pesantren Dayah X
pendidikan
Apakah X ?
A.Surau
B.Istana
C.Pondok
D.Madrasah
Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah di Tanah Melayu setelah kedatangan Islam?
A.Zillulah fil-Ardh
B.Khulafa al-Rasyidin
C.Sultan Darus Salam
D.Iskandar Zulkarnain
Siapakah yang ditugaskan untuk mengawasi pendidikan madrasah?
A.Imam
B.Mudir
C.Ulama
D.Tok Guru
Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan pedagang kaya
Apakah peranan utama golongan tersebut?
A.Menyediakan modal pembangunan ekonomi
B.Menjadikan Itali pusat perdagangan antarabangsa
C.Menggalakkan pelayaran awal di kalangan orang Eropah
D.Menjadi penaung kepada pelukis, sains, penulis dan pemuzik
Pada zaman Renaissance masyarakat Eropah menjadi masyarakat berfikir dan bersedia untuk meneroka bidang-bidang baru. Mengapakah dikatakan sedemikian?
.A.Kebebasan menulis karya
B.Kekuasaan raja mulai berkurangan
C.Kemunculan pengajar berkebolehan
D.Kewangan negara bertambah kukuh
Perkembangan yang berlaku di Eropah telah menyebabkan lebih banyak ladang getah dibuka di Tanah Melayu. Apakah peristiwa tersebut ?
A.Perkembangan industri pengangkutan
B.Penciptaan enjin berkuasa wap
C.Kewujudan industri mengetin makanan
D.Kepesatan industri membuat kereta
Bijih timah merupakan hasil dagangan terpenting sejak kurun ke-19. Bagaimanakah pembesar Melayu memperoleh keuntungan daripada kegiatan ekonomi tersebut?
A.Mendirikan kilang melebur
B.Menggunakan teknologi moden
C.Memajak lombong kepada saudagar asing
D.Menambahkan modal pelaburan
Bagaimanakah kuasa Barat memasarkan lebihan hasil keluaran kilang mereka?
A.Mencipta kapal berkuasa wap
B.Membina lebih banyak kilang
C.Mencari kawasan pasaran baharu
D.Menjalin hubungan dengan Negara asing
Gambar berikut adalah Raja Chulalongkorn.
Apakah kesan pengenalan Sistem Birokrasi Barat dalam pentadbirannya di Thailand?
A.Mengukuhkan kuasa raja
B.Memenuhi tuntutan rakyat
C.Memelihara kedaulatan negara
D.Meningkatkan taraf hidup rakyat
Pernyataan berikut merupakan dasar penjajahan Barat di Asia Tenggara.
Penjajah Barat mengamalkan dasar terbuka
terhadap kemasukan golongan imigran ke negara-negara
yang dijajah.
Apakah kesan dasar tersebut?
A.Pembesar tempatan kehilangan kuasa politik
B.Ekonomi dikuasai oleh golongan pendatang
C.Undang-undang tempatan tidak dipatuhi
D.Kemerosotan kebudayaan tempatan
Akhbar berikut diterbitkan di Asia Tenggara pada abad ke-19.
Tribune
indigene Cloche
Felee Warta Malaya
Mengapakah pihak penjajah menyekat kebebasan akhbar tersebut?
A Membendung fahaman komunis
B Mengelakkan kebangkitan rakyat
C Mengurangkan campur tangan asing
D .Melemahkan pengaruh kelas bangsawan
Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu.
Mengapakah beliau melakukan penentangan tersebut?
A Kuasa mengutip cukai terhapus
B. Menentang sistem perhambaan
C. Pengenalan peraturan tanah
D.Perubahan sempadan negeri
Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
- Warta Negara - Majlis
Apakah saranan tersebut?
I Menjalankan aktiviti perniagaan
II Menubuhkan syarikat kerjasama
III Mengasaskan institusi kewangan
IV Melaksanakan penyatuan tanah
A.I dan II
B.I dan IV
C. II dan III
D.III dan IV
Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?
A.Kekurangan sumber modal
B Penolakan ideologi Kaum Muda
C Penguatkuasaan undang-undang
D Ketiadaan pemimpin berkebolehan
Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke 20, .Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?
A,Membina pusat pendidikan
B Membuka kawasan pertanian
C Menubuhkan pusat kebudayaan
D Memperoleh petempatan khas
Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan?
A Kesetiaan rakyat
B Kegiatan ekonomi
C Konsep ketuhanan
D Kekayaan hasil bumi
Konsep negara moden di Eropah tercetus pada abad ke-18 dan abad ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
Apakah asas konsep negara Eropah pada ketika itu?
A Pengekalan sistem fuedal
B Persamaan rumpun bangsa
C Pembentukan empayar
D Pemulihan agama
Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke-19. Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?
A Realpolitik
B Perjanjian
C Perundingan damai
D Kuat kuasa undang-undang
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?
I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union?
A Mempertahankan tamadun bangsa
B Melemahkan golongan radikal
C Meningkatkan kos pentadbiran
D Kesukaran mendapatkan kerakyatan
Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948 berbanding Malayan Union?
A Raja berkuasa mutlak
B Hak istimewa terjamin
C Syarat kerakyatan longgar
D Pengagihan kuasa ditamatkan
Perlembagaan 1941 adalah perlembagaan bertulis pertama di Sarawak. Mengapakah perlembagaan tersebut penting kepada penduduk Sarawak?
A Ekonomi diagih sama rata
B Mendapat taraf kerajaan sendiri
C Sistem perkongsian kuasa diamalkan
D Rakyat tempatan dilantik penasihat kerajaan
Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh. Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?
A Pengaruh golongan radikal meningkat
B Pentadbiran kerajaan menjadi lemah
C Rosli Dhobi dihukum gantung
D Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.
A Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
B Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
C Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
D Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar.
Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?
A Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum
B Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
D Membentuk Parti Perikatan
Gambar 2 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?
A Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
B Kunjungan pemimpin negara
C Kempen pilihan raya umum
D Pembentukan Persekutuan Malaysia
Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A Kuasa raja-raja dikurangkan
B Sistem kewangan dikawal British
C Jawatan Pesuruhjaya Tinggi dikekalkan
D Pemisahan kuasa persekutuan dengan negerI
