NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH T4 BAB 6KSSM(: 6.3)
Total questions: 28
Worksheet time: 14mins
Bagi menguatkuasakan undang-undang darurat, British telah melakukan semua tindakan berikut KECUALI
A. Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati bagi mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan.
B. Menangkap mereka yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa perbicaraan
C. Mendaftarkan PKM dan parti berfahaman radikal seperti AWAS
D. Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Abu Balkar al-Baqir dan Khatijah Sidek
Untuk memperkasakan pasukan keselamatan, British telah menubuhkan pasukan yang berikut.
I polis
II tentera
III rela
IV pasukan berbasikal
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan Iv
Kejayaan polis cawangan khas memudahkan pasukan keselamatan merancang tindakan terhadap Komunis.Bagaimanakah anggota polis pasukan khas ini bertindak?
A. Menangkap dan mendera anggota PKM.
B. Terdapat anggota pasukan yang menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan maklumat.
C. Membakar semua pusat operasi anggota komunis.
D. Menggeledah rumah pemimpin gerakan radikal
Special Constables telah dilatih untuk menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis dengan mengawal ladang dan kawasan lombong.
Berapa ramai anggota special constables telah dilantik pada tahun 1948?
A.2400
B.24000
C.4200
D.42000
Sila susun gelaran yang diberikan kepada anggota polis hutan dari tahun 1951 sehingga 1958
I Pasukan polis hutan
II Flying Squad
III Police Field Force
IV Jungle Squad
A. I, II, III dan IV
B. II, III ,IV dan I
C. II, IV, III dan IV
D. IV, III, II dan I
Yang manakah BUKAN tugas anggota polis hutan.
A. memburu komunis
B. membawa bekalan makanan kepada komunis
C. membuat rondaan di pinggir hutan
D. menjaga kubu
Berikut adalah gambar anggota polis wanita yang ditubuhkan pada 1955. Siapakah pegawai polis wanita yang pertama yang ditugaskan untuk melatih anggota baharu dan dan menyusun pasukan polis wanita?
A . Angelina Jolie
B. Barbara D.R.Wentworth
C. Sybil Kathigasu
D.Wendy Khatijah Moore
Pasukan Senoi Praaq telah ditugaskan mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan. Anggotanya terdiri daripada orang Asli daripada suku....
I. Semai
II Semang
III Lanoh
IV Senoi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan Iv
Apakah tugas Auxiliary police?
A. Menjejak persembunyian komunis di hutan
B. Membantu menyekat pergerakan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis
C. Mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis
d. Membanteras gerila komunis di hutan
Rejimen askar Melayu telah mencapai prestasi cemerlang dalam memerangi komunis.
Apakah kejayaan mereka?
A. Tumpaskan komunis
B. Mengamankan kampung
C. Melindungi pekerja lombong
D. Memusnahkan kubu operasi komunis.
Pasukan askar Komenwel daripada negara berikut telah membantu memerangi komunis di negara kita KECUALI
A. India
B. New Zealand
C. Amerika Syarikat
D. Britain
Pasukan ini yang terdiri daripada orang Iban. Tugas mereka menjejak persembunyian komunis di hutan . Cogan kata mereka ialah Agi Hidup Agi Ngelaban. Pernyataan tersebut merujuk kepada pasukan.....
A. Auxilary Police
B. Senoi Praaq
C. Sarawak Rangers
D. Home Guard
Gambar di bawah merujuk kepada pasukan sukarelawan pengawal kampung. Tugas mereka membantu mengamankan kampung dan melindungi pekerja lombong bijih timah daripada serangan komunis .Mereka juga menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis.Siapakah mereka?
A. Home guard
B. Pasukan askar Melayu
C. Polis wanita
D. Polis hutan
Di bawah undang-undang darurat, British memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan. Semua orang awam wajib membawa kad pengenalan ke mana-mana. Apakah faedah diperolehi daripada sistem pendaftaran tersebut?
A. Senang memberi taraf kewarganegaraan
B. Senang membezakan orang awam dengan komunis
C. Senang memberi bantuan perubatan dan makanan
D. Mengenalpasti jumlah penduduk
Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs telah dilantik menjadi pengarah operasi bagi Rancangan Briggs. Matlamat utama Rancangan Briggs adalah
A. Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
B. Memutuskan hubungan PKM dengan Bintang Tiga
C. Memutuskan hubungan PKM dengan pekerja lombong bijih timah
D.Memutuskan hubungan PKM dengan pekerja estet getah
Di bawah rancangan Briggs, penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman ke sebuah petempatan baharu . Kawasan petempatan ini dikenali sebagai
A. Kampung Moden
B. Kampung Baru
C. Kampung Lestari
D. Kampung Terancang
Min Yuen ialah organisasi massa yang ditubuhkan untuk membantu komunis. Yang manakah TIDAK BENAR tentang Ming Yuen?
A. Berfungsi mencari makanan dan wang kepada komunis.
B. Menrekrut ahli baharu
C. Beroperasi pada sebelah malam dan bergerak dalam kalangan rakyat tanpa senjata api.
D.Beroperasi pada sebelah malam dan bergerak dalam kalangan rakyat menggunakan senjata api.
Sir Henry Gurney telah mengisytiharkan pengampunan kepada komunis untuk menyerah diri. Berikut adalah cara-cara tawaran pengampunan dibuat KECUALI
A. Melalui poster
B. Siaran radio
C. Siaran televisyen
D. Melalui risalah
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat berjaya melibatkan rakyat untuk bekerjasama menentang komunis. Apakah kejayaan kempen ini?
A. Membawa kepada sekolah kebangsaan dibina
B. Menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan berbilang kaum
C. Ramai mula membeli barangan buatan Malaysia
D. Amalan rumah terbuka mula dipraktikkan .
Berikut adalah tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu bagi membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi memburu komunis.Contohnya pada Mac 1952 , penduduk Tanjung Malim telah dikenakan perintah ini selama 22 jam untuk mengelakkan mereka berhubung dengan komunis. Pernyataan diberi merujuk kepada .....
A. Perintah kawalan pergerakan
B. Perintah berkurung
C.Perintah Kurang Kawalan Pergerakan
D. Perintah Kawalan Minima Pergerakan
Rancangan ini dilakukan British untuk menghapuskan British melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. Perang ini berjaya memujuk rakyat berbilang kaum bersatu untuk membanteras ancaman komunis.
Apakah rancangan tersebut?
A. Perang Dingin
B. Perang Dunia Kedua
C.Perang saraf
D. Perang mulut
Berikut usaha-usaha dilakukan di bawah perang saraf KECUALI
A. Menawarkan hadiah wang tunai kepada yang dapat menangkap gerila komunis
B. Mendirikan kubu untuk orang asli
C. Mengadakan pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
D. Memberi bantuan prihatin bersamamu kepada mereka yang memerlukan.
Di bawah perang saraf, British telah melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu. Apakah kepentingan syarat ini?
A. Menghapuskan warisan Kesultanan Melayu
B. Membentuk bangsa yang bersatu padu
C.Golongan bukan Melayu tidak kembali ke negara asal
D.Mengawal politik orang Melayu
Dalam memerangi komunis, kerajaan telah memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih. Kawasan putih merujuk kepada kawasan yang diisytiharkan bebas ancaman komunis. Kawasan HITAM pula merujuk kepada
A. merujuk kepada kawasan yang diisytiharkan bebas ancaman komunis
B. merujuk kepada kawasan yang aktif dengan komunis dan dikenakan perintah berkurung
C.merujuk kepada kawasan yang bebas ancaman komunis namun perintah berkurung masih dijalankan
D. merujuk kepada kawasan yang aktif dengan komunis
Pada tahun 1954 , kerajaan telah mengisytiharkan kawasan -kawasan berikut sebagai kawasan putih.
I Johor
II Melaka
IIIKedah
IV Kelantan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Kenapakah Rundingan Baling gagal?
A. Chin Peng enggan meletakkan senjata
B. Chin Peng inginkan PKM diakui sebagai parti politik yang sah
C.Chin Peng dan anggota PKM telah mensabotaj rundingan tersebut.
D. Chin Peng tidak hadir ke rundingan tersebut.
Siapakah BUKAN wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam Rundingan Baling
A. Tunku Abdul Rahman
B. V.T.Sambanthan
C. Tan Cheng Lock
D. David Marshall
Siapakah BUKAN wakil PKM dalam Rundingan Baling
A. Chin Peng
B.Chen Tien
C. Rashid Maidin
D. Chen Lung
