wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz KOMSAS T3 Seloka Santap Istiadat

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nasi disuap di tangan kanan,

Lauk dibinjat sopan siuman,


Berikan maksud frasa di atas?

a)

Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.

b)

Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan.

c)

Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah bertujuan menghormati dan meraikan tetamu.

2.

Sampai ke mulut mamah perlahan,

Tanda tidak gelojoh makan.


Maksud frasa seloka di atas?

a)

Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.

b)

Selesai makan nasi, barulah minum air.

c)

Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan.

3.

Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman,

Isyarat menghormat, mulia-memuliakan


Maksud frasa di atas.

a)

Selesai makan nasi, barulah minum air tanda sudah selesai makan.

b)

Selesai makan nasi, barulah minum air tanda menghormati dan memuliakan majlis

c)

Selesai makan nasi, barulah minum air kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan

4.

Berikan tema keseluruhan seloka santap istiadat.

a)

Adab sopan ketika makan dalam sesebuah majlis

b)

Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

c)

Adab keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera

5.

Berikan persoalan laim yg terdapat dalam seloka santap istiadat.

a)

Persoalan adab sopan ketika makan dalam sesebuah majlis

b)

Persoalan melayan tetamu semasa menjamu selera

c)

Persoalan semasa hendak menjamu selera

6.

Apakah gaya bahasa seloka santap istiadat di bawah:


Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormat;

a)

Anafora

b)

Repetisi

c)

Pengulangan

7.

Apakah gaya bahasa seloka santap istiadat di bawah:


Santap beradat,santap istiadat,

a)

Anafora

b)

Repetisi

c)

Epifora

8.

Apakah gaya bahasa seloka santap istiadat di bawah:


Bukan santap hendakkan kenyang,

a)

Anafora

b)

Repetisi

c)

Inversi

9.

Apakah gaya bahasa seloka santap istiadat di bawah:


Ketujuh berkumur-kumur,

Ke delapan makan sirih;

Kelat jatuh ke rengkungan,

Seri naik ke peroman.

a)

Bahasa moden

b)

Bahasa sastera

c)

Bahasa klasik

10.

Nyatakan kata ganda yg terdapat dlam seloka santap istiadat.

a)

hormat-menghormat

b)

buah-buahan

c)

berkumur-kumur

11.

Nyatakan bahasa istana yg terdapat dlam seloka santap istiadat.

a)

Santap

b)

buah-buahan

c)

istiadat

12.

Nyatakan metafora yg terdapat dlam seloka santap istiadat.

a)

Di dalam riwayat zaman yang silam

b)

Kelat jatuh ke rengkungan

c)

Seri naik ke peroman

13.

Nyatakan personifikasi yg terdapat dlam seloka santap istiadat.

a)

Di dalam riwayat zaman yang silam

b)

Kelat jatuh ke rengkungan

c)

Seri naik ke peroman

14.

Nyatakan pengulangan vokul yg terdapat dlam seloka santap istiadat.

a)

Di dalam riwayat zaman yang silam

b)

Kelat jatuh ke rengkungan

c)

Seri naik ke peroman

15.

Nyatakan pengulangan konsonan yg terdapat dlam seloka santap istiadat.

a)

Di dalam riwayat zaman yang silam

b)

Kelat jatuh ke rengkungan

c)

Sampai ke mulut mamah perlahan

16.

Nyatakan nilai yg terdapat dlm seloka santap istiadat

a)

Kesopanan

b)

Kepatuhan

c)

kesederhanaan

17.

Nyatakan pengajaran yg terdapat dlm seloka santap istiadat

a)

Kita hendaklah menghormati tetamu ketika sedang makan dlm sesebuah majlis.

b)

Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan

c)

Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.

18.

Nyatakan rima akhir rangkap di bawah, yg terdapat dalam seloka santap istiadat.


Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormat;

Bukan santap hendakkan kenyang,

Santap santun dengan aturan.

a)

abacb

b)

aaabc

c)

tntgn

19.

Nyatakan rima akhir rangkap di bawah, yg terdapat dalam seloka santap istiadat.


Santap nasi suap pertama,

Berturut dengan suap kedua;

Dua suap, ketiga sudah,

Keempatnya basuh tangan;

Kelima halwa juadah,

Keenam mengiring buah-buahan.

a)

abacbc

b)

aabcbc

c)

aahnhn

20.

Santap nasi suap pertama,

Berturut dengan suap kedua;

Dua suap, ketiga sudah,

Keempatnya basuh tangan;

Kelima halwa juadah,

Keenam mengiring buah-buahan.


Maksud frasa di atas.

a)

Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.

b)

Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan

c)

Selesai makan nasi, barulah minum air kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan