wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PERNIAGAAN T5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi perniagaan?


I Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja

II Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja

III Dapat mengatasi persaingan yang dihadapi di pasaran

IV Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.

a)

Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap

c)

Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi

d)

satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

3.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia


" Pengurus menetapkan

Indeks Pencapaian Utama (KPI) kumpulan untuk memastikan hasil kerja yang

ditetapkan dapat dicapai".


Apakah peranan pengurusan sumber manusia

a)

Menentukan deskripsi tugas

b)

Pemantapan budaya profesional

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

4.

Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi organisasi?

I Menjamin kesetiaan pekerja

II Dapat meningkatkan imej syarikat

III Dapat meningkatkan motivasi pekerja

IV Dapat meningkatkan kreativiti pekerja

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Encik Amat lewat datang kerja sebanyak dua kali. Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?

a)

Dipecat kerja

b)

Amaran bertulis

c)

Ditahan kenaikan gaji

d)

Tiada kenaikan pangkat

6.

Berhubung dengan aspek pengelolaan sumber manusia, pernyataan manakah yang betul tentang sistem penggajian?

a)

sistem penggajian yang adil dapat mengurangkan kadar lantik henti

b)

Sistem penggajian yang kompetitif dapat meningkatkan kemahiran pekerja

c)

Pekerja yang telah berkhidmat lama akan dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja mahir

d)

Perniagaan yang mengamalkan sistem penggajian yang menarik dapat menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi

7.

Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.

a)

Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja

b)

Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi

c)

sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi

d)

Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja dalam organisasi

8.

Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

a)

Bilangan pelanggan bank adalah ramai

b)

Bank mempunyai cawangan di merata-rata tempat

c)

Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan

d)

Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

9.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan bentuk penggajian


"Encik Chin, Encik Bakar, dan Cik Jiva bekerja di sebuah syarikat pengeluaran biskut dan kek. Encik Chin ialah jurujual syarikat berkenaan. Beliau dibayar sebanyak 15% daripada jumlah jualan yang dilakukannya. Encik Bakar ialah pekerja sambilan syarikat dan beliau dibayar sebanyak RM100 sehari setiap kali hadir kerja. Sementara Cik Jiva pula ialah kerani akaun syarikat dan beliau dibayar amaun tetap sebanyak RM2500 sebulan."


Apakah bentuk penggajian Encik Chin, Encik Bakar, dan Cik Jiva?

a)

En Chin (gaji), En bakar (Elaun), En Jiva (Upah)

b)

En Chin (upah), En bakar (komisen), En Jiva (elaun)

c)

En Chin (komisen), En bakar (upah), En Jiva (gaji)

d)

En Chin (elaun), En bakar (gaji), En Jiva (komisen)

10.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Kilang Pakaian Hayla.


"Kilang Pakaian Hayla mempunyai seramai 150 orang pekerja di bahagian operasi yang dibayar gaji antara RM1 200 dan RM4 000."


Apakah faedah kepada pekerja yang diwajibkan oleh undang-undang?

a)

Bonus Tunai

b)

Caruman PERKESO

c)

Kemudahan perubatan

d)

Kemudahan keselamatan

11.

Antara berikut, manakah merupakan sumber fizikal?

a)

Bangunan

b)

Harta intelek

c)

Pengalaman

d)

Lesen perisian

12.

Sumber fizikal juga dikenali sebagai………..

a)

Liabiliti

b)

Aset ketara

c)

Modal

d)

Sumber tidak nyata

13.

Perlindungan insurans terhadap sumber fizikal penting kepada usahawan kerana

a)

Boleh melindungi nyawa pekerja

b)

Boleh melindungi ahli keluarga semua pekerja

c)

Boleh melindungi perniagaan daripada risiko kecurian

d)

Boleh melindungi diri usahawan daripada penyakit berjangkit

14.

Berikut merupakan sumber teknologi kecuali

a)

Lesen perisian

b)

Pengalaman

c)

Kemahiran

d)

Produk siap

15.

Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber teknologi?

a)

Aset

b)

Harta Intelek

c)

Harta wasiat

d)

Harta peninggalan

16.

Hasil kreativiti atau penciptaan baharu dikenali sebagai

a)

Harta persendirian

b)

Harta perkongisan

c)

Harta modal

d)

Harta intelek

17.

Antara berikut, manakah cara untuk melindungi sumber teknologi ?

a)

Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malayasia

b)

Mendapatkan Kelulusan daripada Kementerian Perdagangan dan Industri AsasTani

c)

Mendaftar paten dan hakcipta terpelihara dengan MyIPO

d)

Meminta kebenaran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

18.

Apakah tujuan sesebuah syarikat mendaftarkan paten mereka?

a)

Menjadikan idea rekacipta dihargai

b)

Memastikan idea rekacipta tidak ditiru

c)

Memastikan idea rekacipta lebih dihargai

d)

Membolehkan idea rekacipta tulen

19.

Apakah tindakan PERODUA yang sewajarnya untuk mengelakkan rekabentuk kereta ditiru oleh pesaing?

a)

Memiliki lesen perisian

b)

Memiliki kemahiran dan pengalaman

c)

Memiliki paten

d)

Memiliki hakcipta terpelihara

20.

Apakah pebezaan antara sumber teknologi untuk perniagaan berasaskan produk dengan perniagaan berasaskan perkhidmatan

a)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang boleh dipatenkan

b)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi hak cipta terpelihara

c)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi lesen perisian

d)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi cap dagangan

21.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.


Puan Rahayu ingin memulakan perniagaan butik. Memandangkan beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM60,000 dengan kadar segera, Puan Rahayu menjadikan barang kemas miliknya sebagai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan melalui Skim Pajak Gadai- i, Bank Rakyat.


Apakah sumber pembiayaan berkenaan?

a)

Pajakan

b)

Sewa beli

c)

Ar-rahnu

d)

Pemfaktoran

22.

Kekuatan bagi sumber pembiayaan luaran sesuatu organisasi ialah...


I memerlukan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap

II tempoh bayaran balik pinjaman dan ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan peminjam

III tidak dikenakan faedah

IV tertakluk kepada terma dan syarat

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

23.

Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai……

a)

Pajakan

b)

Sewa beli

c)

Pemfaktoran

d)

Pinjaman Perniagaan

24.

Antara yang berikut , manakah kekurangan mendapatkan sumber pembiayaan daripada

agensi kerajaan?


I Persaingan yang sengit

II Jumlah pinjaman yang terhad

II Memerlukan cagaran dalam bentuk harta

III Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Penyataan manakah yang benar mengenai rizab?

a)

Pinjaman peribadi peniaga kepada perniagaan

b)

Keuntungan yang diperolehi daripada hasil pelaburan

c)

Modul yang diperoleh daripada bank atau institusi kewangan

d)

Kemudakan kredit jangka pendek yang disediakan oleh bank

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Izz, pengusaha tanaman Serai Segar Sdn Bhd.


Encik Izz adalah seorang pengusaha tanaman Serai Segar Sdn Bhd di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat kontrak yang membolehkannya menggunakan ladang Northern dalam tempoh 20 tahun dengan bayaran RM50,000.00 setahun.


Apakah sumber pembiayaan luaran yang diterima oleh Encik Izz?

a)

Modal Permulaan

b)

Pemfaktoran

c)

Overdraf

d)

pajakan

27.

Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan prosedur am mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan?

a)

Menyediakan rancangan perniagaan

b)

Mendapatkan polisi insurans

c)

Membuat pemohonan

d)

Meluluskan pembiayaan

28.

Jenis bank manakah yang bertindak sebagai penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam berhad?

a)

Bank pusat

b)

Bank koperasi

c)

Bank saudagar

d)

Bank perdagangan

29.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam memberi geran penyelidikan dan pembangunan.

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

c)

Agro Bank

d)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

30.

Konsep “pinjaman asas simpanan’ adalah pinjaman yang disediakan oleh agensi kerajaan yang berikut:

a)

MARA

b)

TEKUN

c)

MOSTI

d)

CGC

31.

Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan luaran?

A

B

C

D

a)

Bank Negara

b)

BSN Takaful

c)

Maybank Berhad

d)

Tabung Haji

32.

Bagaimanakah pembiayaan melalui pajakan dapat membantu usahawan?


I Usahawan dapat mengelakkan masalah hutang lapuk

II Usahawan dapat mengatasi masalah aliran tunai perniagaan

III Usahawan dapat mengurangkan pembayaran cukai pendapatan

IV Usahawan tidak perlu menghadapi masalah aset tetap menjadi usang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

33.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalamam kepada sebuah syarikat yang ingin mengembangkan operasi pengeluarannya?

a)

Tertakluk kepada terma dan syarat

b)

Memerlukan penjamin dan cagaran

c)

Menghadapi kos seperti faedah atas pinjaman

d)

Sukar menambahkan modal dalam masa yang singkat

34.

Antara yang berikut, sumber manakah yang sesuai dibiayai melalui sewa beli oleh sebuah kilang perabot?


I Kilang

II Jentera

III Kenderaan

IV Premis pejabat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang penyata kewangan?

a)

Laporan urusniaga yang telah dilakukan

b)

Dokumen yang mencatatkan butiran aktiviti

c)

Rekod formal kegiatan kewangan sesebuah perniagaan

d)

Rekod tidak formal aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan

36.

Encik Ahmad berusaha untuk mengubah suai sebuah kotak kepada rak buku supaya meningkatkan nilai faedah.


Apakah ciri keperibadian yang dimiliki oleh Encik Ahmad?

a)

Yakin diri dan optimistik

b)

Kreatif dan inovatif

c)

Pandai mengambil peluang

d)

Berinisiatif dan bertanggungjawab

37.

Antara yang berikut kemahiran manakah yang dapat membangunkan karakter diri seseorang usahawan?


I. Kemahiran berfikir

II. Kemahiran manipulatif

III. Kemahiran berkomunikasi

IV. Kemahiran membuat keputusan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

38.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat?


I. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

II. Memberikan pelbagai produk dan perkhidmatan

III. Menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.

IV. Mewujudkan ketenteraman dengan mengurangkan kadar jenayah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

39.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kategori stok bergerak perlahan?

a)

Sabun pencuci baju

b)

Ikan

c)

Beras

d)

Televisyen

40.

Proses X adalah kaedah yang berkesan untuk menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Melibatkan kajian, urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian dan pembangunan produk. Proses X merujuk kepada

a)

Pemasaran

b)

Perniagaan

c)

Pengeluaran

d)

Pembangunan dan Penyelidikan