wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barang yang dibaiki itu bertambah rosak

a)

Bagai tikus membaiki labu

b)

Bagai menghitung bulu kambing

c)

Banting tulang

d)

Berani mati

2.

bagai aur dengan tebing

a)

saling memerlukan

b)

saling membantu

c)

saling menyayangi

d)

saling memahami

3.

bagai isi dengan kuku

a)

sangat rapat

b)

sangat kuat

c)

sangat bersatu

d)

sangat renggang

4.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
5.

Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai mencurah air ke daun keladi"

a)

Memberikan nasihat atau ajaran kepada seseorang yang tidak akan menerima ajaran tersebut.

b)

Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.

c)

Perasaan yang sangat pedih

d)

Percakapan seseorang yang tidak boleh dipercayai.

6.

Jelaskan maksud peribahasa berikut:-

Bagai kacang lupakan kulit

a)

Percakapan seseorang yang tidak boleh dipercayai.

b)

Orang yang melupakan jasa orang lain terhadapnya.

c)

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

d)

Memanjakan anak dengan penuh kasih sayang.

7.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
8.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman

9.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.

a)

seperti pahat dengan penukul

b)

bagai itik pulang petang

c)

banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya

d)

bapa borek anak rintik

10.

Nyatakanperibahasa yang sesuai


Berwaspada selalu apabila berurusniaga dengan orang lain.

a)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

b)

hati gajah sama dilapah

11.

Persahabatan antara Kim Siang dengan Rahman amat rapat________kerana mereka sering kelihatan bersama-sama.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti pahat dengan penukul

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai cincin dengan permata

12.

Abang Halim berasa sangat kecewa________apabila gagal dalam peperiksaan.

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

bagai kaca terhempas ke batu

13.

Pekerja yang sanggup melakukan apa-apa sahaja suruhan majikannya_____________.

a)

bagai wau putus tali

b)

bagai cicak makan kapur

c)

seperti rusa masuk kampung

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

14.

Cara Roslan membaiki radio itu_______kerana radio yang siap dibaikinya itu langsung tidak dapat berfungsi.

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

seperti anai-anai makan kayu

d)

seperti ular kena palu

15.

Penoreh getah itu segera melarikan diri __________apabila terdengar bunyi harimau mengaum.

a)

bagai belut diketil ekor

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai kera kena belacan

d)

seperti gajah masuk kampung

16.

Sekiranya kamu membuat kerja itu___________, pasti kerja itu tidak akan siap dengan sempurna.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti cacing kepanasan

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

17.

Walaupun Faizul dan Fauzi kembar namun tingkah laku mereka jauh berbeza____________.

a)

seperti ular kena palu

b)

bagai kacang lupakan kulit

c)

seperti langit dnegan bumi

d)

seperti batu dengan permata

18.

Kita patut meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kita agar tidak dianggap_____________.

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

bagai kacang lupakan kulit

c)

seperti rusa masuk kampung

d)

seperti gergaji dua mata

19.

Siew Ying mengamalkan sikap_____________dan menyimpan baki wang sakunya di dalam tabung setiap hari.

a)

bagai melukut di tepi gantang

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

d)

bagai pinang dibelah dua

20.

Encik Lim dan Puan Tan menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang_______________.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai layang-layang putus tali