Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B1T4 SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah sejarawan membuat tafsiran tentang kehidupan manusia pada Zaman Prasejarah?

a)

Mengkaji sistem tulisan

b)

Berdasarkan sumber arkeologi

c)

Mengikut pendapat sejarawan Barat

d)

Berlandaskan rekod purba

2.

Apakah aspek yang membezakan alatan batu Zaman Mesolitik dengan Zaman Neolitik?

a)

Ketahanan

b)

Nilai estetika

c)

Bahan buatan

d)

Kepelbagaian fungsi

3.

Apakah DUA kesan penciptaan perahu oleh manusia pada Zaman Logam?

a)

Penerokaan lautan

b)

Peningkatan hasil dagangan

c)

Pembinaan pelabuhan moden

d)

Perkembangan aktiviti perdagangan

4.

Apakah persamaan bandar Jericho di Jordan dengan bandar Catal Huyuk di Turki?

a)

Pernah dijajah oleh Rom

b)

Mempunyai kota pertahanan

c)

Pusat pengajian agama Hindu

d)

Merupakan pelabuhan entrepot

5.

Madana berasal daripada perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan tamadun. Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Kemajuan ekonomi

b)

Kepentingan lahiriah

c)

Kesejahteraan hidup

d)

Ketinggian budi bahasa

6.

Ibn Khaldun berpendapat kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. Bagaimanakah kehidupan tersebut terbentuk?

a)

Ketinggian moral

b)

Ketegasan undang-undang

c)

Kemajuan aktiviti perdagangan

d)

Kecekapan sistem pemerintahan

7.

Mengapakah pemilihan kawasan untuk petempatan kekal sangat penting kepada masyarakat dalam tamadun awal manusia?

a)

Menjamin keselamatan tempat kediaman

b)

Menampung jumlah peningkatan penduduk

c)

Memastikan kelangsungan bekalan makanan

d)

Mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat

8.

Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Islam?

a)

Pencapaian lahiriah

b)

Pembukaan bandar

c)

Peningkatan ilmu dan tatasusila

d)

Pencapaian lahiriah dan rohaniah

9.

Mengikut Syed Naquib al-Attas, terdapat beberapa kriteria untuk mengukur ketamadunan masyarakat. Apakah DUA kriteria tersebut?

a)

Ketinggian tatasusila

b)

Pembangunan lahiriah

c)

Ketinggian penulisan

d)

Keluhuran kebudayaan

10.

Dalam tamadun awal manusia, seseorang pemimpin biasanya menggunakan unsur magis. Mengapakah pemimpin tersebut berbuat demikian?

a)

Mendapatkan pengiktirafan sebagai pemimpin

b)

Memantapkan sistem kepercayaan

c)

Menjamin kemakmuran masyarakat

d)

Memudahkan hubungan luar

11.

Konsep politeisme diamalkan dalam tamadun awal manusia. Apakah konsep tersebut?

a)

Upacara pemujaan semangat

b)

Pemujaan roh nenek moyang

c)

Percaya kehidupan selepas mati

d)

Penyembahan lebih daripada satu tuhan

12.

Sesetengah masyarakat dalam tamadun awal manusia menganggap unsur alam sekitar harus dihormati. Mengapakah merkea beranggapan demikian?

a)

Meningkatkan produktiviti

b)

Menjaga keamanan hidup

c)

Mengekalkan keharmonian masyarakat

d)

Mematuhi arahan pemerintah

13.

Apakah kepentingan sistem tulisan berikut?

# Hieroglif

# Cuneiform

# Ideogram

a)

Menentukan status sosial

b)

Meningkatkan taraf hidup

c)

Memajukan bidang teknologi

d)

Menyebarkan ilmu pengetahuan

14.

Jika anda menetap di negara kota Lagash, apakah DUA ciri negara kota tersebut yang dapat anda perhatikan?

a)

Mempunyai pusat kota

b)

Jalan raya kecil dan sempit

c)

Rumah ibadat menjadi lambang kekayaan

d)

Terdapat istana, rumah kediaman dan kedai

15.

Apakah kepentingan pintu gerbang dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Menunjukkan identiti negara kota

b)

Mempamerkan nilai estetika masyarakat

c)

Melambangkan kekayaan sesebuah negara kota

d)

Mempertahankan negara daripada ancaman luar

16.

#Menggelarkan dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam".

#Memaksa penduduk Akkad agar menyembahnya sebagai Tuhan.

a)

Raja Chaldea

b)

Raja Naramsin

c)

Raja Hammurabi

d)

Raja Nebuchadnezzar

17.

Apakah bentuk pemerintahan dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Teokrasi

b)

Autokrasi

c)

Demokrasi

d)

Raja Berperlembagaan

18.

Apakah prinsip yang terkandung dalam Kod Undang-undang Hammurabi?

a)

Berasaskan hukuman tegas

b)

Mengutamakan hak pemerintah

c)

Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

d)

Merupakan perintah raja yang wajib dipatuhi

19.

Apakah DUA fungsi zigurat dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Pusat ibadat

b)

Pelabuhan entreport

c)

Pusat hasil pertanian

d)

Pusat perdagangan

20.

Apakah kegunaan roda kepada masyarakat dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Menghasilkan tembikar

b)

Menggerakkan kincir air

c)

Memproses hasil pertanian

d)

Mencipta arca dan tiang batu

21.

Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Raja Ashurbanipal (688-672 SM) dianggap telah membina jambatan menghubungkan keagungan tamadun Mesopotamia pada zaman silam dengan generasi masa kini?

a)

Pembangunan bandar Nineveh

b)

Pembinaan perpustakaan diraja

c)

Pembukaan rangkaian pelabuhan

d)

Pelaksanaan sistem peperiksaan awam

22.

Apakah DUA tanggungjawab firaun dalam masyarakat Mesir Purba?

a)

Ketua adat

b)

Ketua hamba

c)

Ketua hakim

d)

Ketua pahlawan

23.

Pada tahun 1922, Howard Carter telah membuat penemuan Makam Tutankhamun II. Apakah yang boleh dikaitkan dengan penemuan ini?

a)

Kepercayaan kepada kehidupan selepas mati

b)

Kepelbagaian istiadat pemakaman Firaun

c)

Kewujudan amalan penyembahan roh nenek moyang

d)

Ketinggian teknologi binaan tamadun Mesir Purba

24.

Apakah jasa Imhotep yang paling besar terhadap tamadun Mesir Purba?

a)

Mencipta kertas

b)

Menulis hieroglif

c)

Membina terusan

d)

Membina piramid

25.

Bagaimanakah masyarakat Mesir Purba berusaha mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun?

a)

Memperbaiki sistem saliran

b)

Meningkatkan ilmu matematik

c)

Membina tembok penghadang

d)

Melakukan pendalaman sungai

26.

Antara berikut, yang manakah DUA sumbangan tamadun Mesir Purba?

a)

Penciptaan kertas

b)

Tulisan cuneiform

c)

Pembinaan kincir air

d)

Kemajuan perubatan

27.

Apakah sumbangan Firaun Senuusret III kepada tamadun Mesir Purba?

a)

Membina bandar terancang

b)

Memajukan aktiviti pertanian

c)

Mewujudkan sistem pendidikan

d)

Memperkenalkan ilmu astronomi

28.

Antara berikut, yang manakah DUA punca kejatuhan tamadun Indus?

a)

Bencana alam

b)

Serangan orang Aryan

c)

Penguasaan orang Libya

d)

Kebangkitan golongan hamba

29.

Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan pembentukan bandar terancang berikut?

Harappa dan Mohenjo-Daro

a)

Kemajuan ilmu geometri

b)

Kedudukan yang strategik

c)

Kerajinan golongan rakyat

d)

Kejayaan bidang penyelidikan

30.

Masyarakat Indus tidak mahu hanya bergantung pada panas matahari bagi membuat batu-bata daripada tanah liat. Bagaimanakah mereka mengatasi perkara tersebut?

a)

Membina bangunan daripada lumpur

b)

Menggantikannya dengan batu kapur

c)

Membakarnya pada suhu yang tinggi

d)

Meningkatkan pencapaian ilmu geografi

31.

Apakah tugas artisan dalam tamadun Indus?

a)

Menjadi guru

b)

Menjaga kebersihan bandar

c)

Membina tembok pertahanan

d)

Menghasilkan barang tembikar

32.

Apakah faktor masyarakat Indus mengadakan hubungan dengan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia?

a)

Kepemimpinan berwibawa

b)

Kestabilan pentadbiran

c)

Semangat patriotisme

d)

Sikap keterbukaan

33.

Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat tamadun Indus telah mempunyai agama?

a)

Kemunculan Brahmin

b)

Jumpaan patung Proto-Siva

c)

Catatan tentang amalan kasta

d)

Adanya tinggalan alat-alat sembahyang

34.

Apakah faktor masyarakat tamadun Indus berjaya membina bandar terancang?

a)

Perkembangan agama Hindu

b)

Sumbangan golongan bangsawan

c)

Kepakaran golongan buruh

d)

Menjalin hubungan dengan tamadun luar

35.

Negara kota Anyang dalam tamadun Hwang Ho dilengkapi dengan tembok. Apakah kepentingan tembok tersebut?

a)

Mencegah hakisan tanah

b)

Menetapkan sempadan wilayah

c)

Mengawal penyeludupan makanan

d)

Menghalang pencerobohan wilayah

36.

Dalam tamadun Hwang Ho, telah berlaku perubahan dinasti daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou.

Berikan DUA sebab perubahan tersebut berlaku?

a)

Kezaliman raja

b)

Serangan orang gasar

c)

Fenomena bencana alam

d)

Konsep mandat daripada Tuhan

37.

Tulang oracle digunakan oleh masyarakat Hwang Ho untuk meramal sesuatu keadaan. Apakah kesan penggunaan tulang oracle tersebut?

a)

Kemunculan tulisan ideogram

b)

Penciptaan sistem kalendar

c)

Penamatan putaran dinasti

d)

Kemunculan golongan jurutulis

38.

Orang China percaya bahawa alam semesta dan segala kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi. Apakah unsur tersebut?

a)

Feng Hsui

b)

Yin dan Yang

c)

Pengorbanan manusia

d)

Pemujaan roh nenek moyang

39.

Semasa pemerintahan Dinasti Shang, sistem kalendar diperkenalkan. Pemerintah dinasti tersebut menggunakan kalendar dalam bidang ________________

a)

pembinaan

b)

pertanian

c)

perubatan

d)

pendidikan

40.

Apakah kepentingan karya The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?

a)

Mengatur strategi perniagaan

b)

Merancang pembangunan negara

c)

Membentuk kewibawaan pemimpin

d)

Meningkatkan tatasusila masyarakat