NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA: BAHAGIAN MORFOLOGI
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
TATABAHASA: BAHAGIAN MORFOLOGI
Penggunaan Pelbagai Jenis Kata, Imbuhan dan Kata Ganda dalam Ayat.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
__ merupakan anak tunggal dalam keluarganya.
Dia
Kita
Kami
Mereka
Kursus itu terbuka kepada __ sahaja yang berminat.
apa-apa
bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
Para peserta __ gunung itu selama empat jam sebelum sampai ke puncaknya.
menaiki
mendaki
menyusuri
menunggangi
Ayah menghadiahkan cincin __ berlian kepada ibu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
berbentuk
berlatarkan
bertatahkan
bersulamkan
Encik Taufik __ ke pejabat sewaktu kami tiba di rumahnya.
mesti akan
mesti telah
belum boleh
sedang hendak
Mereka sekeluarga __ gemar melancong ke luar negara.
jua
lagi
sahaja
memang
Bangunan di bandar raya Kuala Lumpur __ belaka.
kecil-kecil
kurus-kurus
tinggi-tinggi
jarang-jarang
Encik Wong Liew __ ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat penting.
berlepas
bertamu
bergegas
bertandang
Pelajar yang __ di pusat membeli-belah itu telah ditangkap oleh guru disiplin.
bertaburan
berlonjakan
berpeleseran
bertemankan
Hatinya __ apabila mengenangkan nasib kanak-kanak malang itu.
duka
sebak
seronok
gembira
Firdaus hanya __ sebatang lilin ketika mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
berpaksikan
bersaksikan
bertemankan
berpandukan
Wartawan dari akhbar Warta itu sedang __ Perdana Menteri di luar dewan.
menyelidik
menyiasat
mengenali
menemu ramah
Sejak perselisihan faham itu, hubungan mereka berdua menjadi __.
jauh
lerai
akrab
renggang
Para __ berpendapat isu bahasa yang semakin merosot dalam kalangan pelajar kini perlu dikaji semula.
biduan
jutawan
jelitawan
cendekiawan
Kerosakan lampu isyarat di simpang jalan itu telah menyebabkan __ lalu lintas.
keributan
kesibukan
kesesakan
kebisingan
Pelajar itu __ menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
tidak-tidak
betul-betul
boleh-boleh
sungguh-sungguh
Pejabat Encik Mustapha terletak di __ bandar Kuala Lumpur.
setengah
sesetengah
pertengahan
tengah-tengah
__ masyarakat Orang Asli di sini tidak pandai berbahasa Melayu.
Segelintir
Setengah
Separuh
Seramai
__ bomba telah berjaya memadamkan api yang sedang marak itu.
Pasukan
Golongan
Kumpulan
Gerombolan
Pasukan polis telah melepaskan dua __ tembakan sebagai tanda amaran kepada penjenayah itu.
biji
das
butir
dentum
