Font size
WorksheetsSEJARAH BAB 8 TINGKATAN 4
Total questions: 113
Worksheet time: 38mins
Apakah bentuk pentadbiran Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam
Beraja
Republik
Demokrasi
Institusi raja di Tanah Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha dikenali sebagai
Dewa Raja
Feudal
Teokrasi
Apakah yang dimaksudkan dengan Zillullah fil-alam
Bayangan Allah di muka bumi
Pemimpin orang mukmin
Dewa Raja
Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifatul Mukminin
Bayangan Allah di muka bumi
Pemimpin orang mukmin
Dewa Raja
Istilah Khalifatul Mukminin telah digunakan oleh Sultan Mahmud Shah dari Melaka dan juga Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin yang memerintah
Johor
Pahang
Kedah
Perkataan Khalifatul Mukminin telah ditulis di belakang kupang emas yang dikeluarkan oleh negeri
Kelantan
Trengganu
Melaka
Gelaran bayangan Allah di muka bumi adalah warisan lanjutan dari kerajaan
I Abbassiyah
II Saljuk
III Medani
IV Orhan
I,II
II,III
I,IV
Tradisi Hindu Buddha seseorang pemerintah sering menggalurkan nasab keturunan dari penitisan
Dewi
Dewa
Pendeta
Pemerintah Islam di Tanah Melayu mendakwa nasab keturunan mereka berasal dari seorang tokoh iaitu
Nabi Muhammad
Iskandar Zulkarnain
Manusia agong
Selepas kedatangan Islam Institusi kesultanan Melayu dijalankan secara
penggiliran
warisan
tukar ganti
Kesultanan Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan ulama bagi tujuan untuk memperolehi
nasihat
cukai
pengiktirafan
Kesultanan Melayu sering mendapatkan nasihat dari golongan ulama seperti
Makhdum Sayid Abdul Aziz
Tuan Tabal
Tok Pulau Manis
Apakah yang dimaksudkan dengan daulat
pengikat
penjaga
hukuman
Apakah konsep berkaitan dengan daulat
tidak wujud secara bertulis
ditulis menjadi undang-undang
wajib di hafal
Apakah kepentingan daulat kepada kesultanan Melayu
mengangkat kedudukan raja
meningkatkan nilai negara
menimbulkan ketakutan
Bagaimanakah daulat diperkukuhkan
melalui undang-undang
melalui adat istiadat
berdasarkan kepercayaan
Siapakah sultan Melaka yang berjaya menangkap pencuri yang berleluasa di Melaka
Sultan Mansyor Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Ahmad Shah
Perkataan bahasa Arab yang bermaksud kuasa atau kerajaan
Daulah
Tulah
Khalifah
Menurut Adat Perpatih, siapakah yang memilih Yang Dipertuan Besar
Buapak
Undang
Lembaga
Berapakah jumlah suku dalam Adat Perpatih
12
13
14
Diat ialah hukuman berdasarkan denda atau gantirugi berupa harta kepada kesalahan iaitu
mencuri
membunuh
menipu
Adat Perpatih diamalkan di dua tempat iaitu Negeri Sembilan dan juga
Melaka
Naning
Muar
Apakah asas dalam Adat Perpatih bagi menyelesaikan masalah
persetujuan
musyawarah
perjanjian
Apakah anggapan dalam Adat Perpatih terhadap setiap suku
Anak beranak
Keluarga besar
kaum kerabat
Apakah larangan yang dikenakan kepada ahli suku menurut Adat Perpatih
berbunuh
berkahwin
berdagang
Dalam Adat Perpatih siapakah yang menjawat jawatan Ketua Adat
Undang
Lembaga
Buapak
Adat Perpatih lebih bersifat
Matrilineal
Parilineal
Multiracial
Asalnya Adat Temenggung berasal dari agama Hindu kemudian disesuaikan dengan agama Islam bermazhab
Hambali
Shafie
Hanafi
Sebelum kedatangan Islam masyaraka Melayu menggunakan undang-undang berasaskan agama Hindu dan Buddha yang dikenali sebagai
Hukum Kanun Manu
Hukum Kanun Muni
Hukum Kanun Mana
Dalam tradisi undang-undang Hindu Buddha, hukuman berasaskan
kelas
pendidikan
pekerjaan
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan mempunyai berapa salinan
45
46
47
Undang-undang 99 juga dikenali sebagai
Undang-undang Perak
Undang-undang Kedah
Undang-undang Johor
Undang-undang ini mempunyai 4 bahagian iaitu
Undang-undang pelabuhan
Undang-undang tentera
Hukum Kanun Dato Star
Undang-undang 1784
kandungan undang-undang tersebut terdapat dalam
Undang-undang Perak
Undang-undang kedah
Undang-undang Johor
Apakah undang-undang yang digubal berdasarkan Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Kedah
Undang-undang Johor
Undang-undang Perak
Menurut Undang-undang Laut Melaka siapakah yang dianggap sebagai imam di dalam kapal
anak buah kapal
nakhoda kapal
jurumudi
Mengapakah undang-undang mengecualikan raja dari hukuman
melambangkan kedudukan
memudahkan urusan
mengelakkan hukuman
Berapakah jenis pendidikan dalam masyarakat Melayu Tradisional
1
2
3
Siapakah yang memberi asuhan dalam pendidikan tidak formal masyarakat Melayu Tradisional
keluarga
sanak saudara
orang kampung
Apakah yang ditekankan oleh masyarakat Melayu tradisional dalam pendidikan di peringkat keluarga
nilai-nilai moral
nilai-nilai budaya
nilai-nilai ekonomi
Pendidikan peringkat keluarga menekankan pendidikan melalui tiga kaedah iaitu
pendengaran, penglihatan
dan juga
pendapatan
pemerhatian
perbincangan
Kanak-kanak mempelajari dalam bidang pertanian, perikanan, kraftangan atau pertukangan melalui kaedah
pertukaran
pemerhatian
perbincangan
Ibu bapa mengajar anak-anak mereka berkaitan kelakuan, adat resam,sopan santun , menjaga maruah dan juga
cara berkomunikasi
cara berkawan
cara berjalan
Mengapakah kaedah bercerita dalam pendidikan tidak formal dianggap paling berkesan
tiada tekanan
mudah diuruskan
paling digemari
Bagaimanakah cara kanak-kanak masyarakat Melayu dapat mempelajari pantang larang dan juga adat istiadat
aktiviti kokurikulum
pergaulan sosial
majlis rasmi
Pendidikan tidak formal juga dilakukan melalui pantun, peribahasa dan juga teka teki yang bertujuan untuk
mendapatkan penghormatan
mengelakkan kekacauan
menjauhkan apa yang ditegah
Pendidikan formal dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional melibatkan
kawasan
bangunan
institusi
Pada zaman Hindu Buddha , pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional didominasi oleh golongan
Brahmin
Pendeta
Istana
Apakah kesan kedatangan Islam dalam pendidikan Masyarakat Melayu Tradisional
membuka lembaran baru
menjadikan pendidikan wajib
kelulusan sangat penting
Pendidikan formal yang dilakukan di rumah guru dikendalikan oleh guru yang digelar sebagai
Atok
Guru
Tok guru
Pengajian Alquran di rumah guru alquran melibatkan kanak-kanak yang berumur
7 - 15 tahun
7 - 10 tahun
6 - 9 tahun
Pendidikan di istana dibuktikan apabila Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam dari
Maulana Abu Bakar
Maulana Sadar Jahan
Maulana Ahmad
Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad telah belajar agama dengan seorang ulama yang dikenali sebagai
Maulana Abu Bakar
Maulana Sadar Jahan
Maulana Ahmad
Ulama-ulama yang datang ke amelaka terdiri dari pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Gujerat dan
Betawi
Benggali
Bandura
Ulama-ulama yang datang ke Melaka terdiri dari pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Gujerat dan
Betawi
Benggali
Bandura
Mengapakah pendidikan di Melaka mengalami perkembangan yang pesat
terdapat banyak kitab
mempunyai pelbagai institusi
kewujudan ramai ulama
Apakah faktor penarik kepada perkembangan pendidikan di Melaka
Minat ulama
minat rakyat
minat pemerintah
Mengapakah Kitab al Dur al Manzum diarak hingga ke balairung istana
sultan berminat dengan pengajian tasawuf
sultan mahu meningkatkan ekonomi
sultan berminat menarik pelajar
Apakah nama buku hikayat yang disimpan di istana Melaka
Hikayat Nabi bercukur
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Seribu satu Malam
Mengapa pendidikan masyarakat Melayu Tradisional bertumpu di istana dan surau
tempat yang murah
tempat paling selamat
tempat tumpuan masyarakat
Pendidikan pondok diberikan kepada pelajar-pelajar untuk menjadi guru agama dan juga
berkhidmat kepada masyarakat
mengawal akhlak
membantu pentadbiran negara
Contoh sekolah pondok di Trengganu ialah
Pondok Pulau Manis
Pondok Kutan
Pondok Titi Gajah
Sekolah pondok walaupun tersusun tetapi mempunyai kelemahan iaitu
tiada batasan sukatan
tiada batasan murid
tiada batasan waktu
Siapakah yang memperkenalkan pendidikan formal secara sistem madrashah
Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Kerajaan Bani Abassiyah
Kerajaan Bani Saljuk
Mengapakah sistem pendidikan madrashah dianggap berbeza
mempunyai sistem kewangan yang teratur
mempunyai sukatan pelajaran
mepunyai sistem peperiksaan pusat
Berapakah tahap sistem pendidikan madrashah
1
2
3
Sistem pendidikan madrashah terbahagi kepada permulaan, pertengahan dan juga
akhiran
pengkhususan
pembahagian
Apakah gelaran kepada gurubesar di sekolah madrashah
lembaga
penyelia
mudir
Tulisan jawi telah menggantikan pelbagai tulisan sebelumnya seperti Pallava, Sunda Kuno, Kawi, Batak dan
Rencong
Manu
Prasasti
Siapakah tokoh yang telah menjadi anak murid kepada ulama terkenal iaitu Abdul Rauf Singkel
Tuk Ku Pulau Manis
Tuk Pulau Condong
Haji Muhammadd Salleh
Mengapakah bahasa Arab mudah diterima oleh orang Melayu
dibuat pengubahsuaian
untuk membaca al Quran
bacaan dalam sembahyang
Kepentingan tulisan jawi dinyatakan dalam buku berikut
Tuhfat al Nafis
Sejarah Melayu
Mutiara Tersusun
Apakah jenis kesusasteraan lisan yang terawal bagi masyarakat Tanah Melayu
cerita asal usul
cerita dongeng
cerita binatang
Dalam masyarakat Melayu binatang yang paling terkenal dalam cerita binatang ialah
kucing
kancil
anjing
Cerita mengenai tokoh berikut bertujuan untuk menggambarkan watak yang lurus dan betul. Tokoh tersebut ialah
Pak Kaduk
Lebai Malang
Pak Pandir
Kesusasteraan lisan masyarakat Melayu dalam bentuk puisi ialah seperti pantun, teka teki, gurindam dan
seloka
sandiwara
pentomin
Penulisan karya sastera masyarakat Melayu berkembang dengan kedatangan Islam apabila terdapat hikayat-hikayat berkaitan nabi-nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan juga
Hikayat Nabi Musa
Hikayat Nabi Khidir
Hikayat Nabi Isa
Apakah syair yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam dari Trengganu
Syair Dahulu Kala
Syair kehidupan sekarang
Syair Masa Dahulu
Perbendaharaan persuratan Melayu bertambah dengan adanya karya-karya saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan juga
Hikayat Hassan Damsyik
Hikayat Panda Lela
Hikayat Raja Bersiong
Candi Bukit Batu Pahat, Candi Sungai Batu dan Candi Bukit Pendiat terdapat di
Lembah Bujang
Johor
Klang
Seni bina masjid memaparkan ciri-ciri khas seperti pembinaan mihrab, mimbar dan juga
pancur air
letak kasut
anjung
Apakah tujuan Mihrab dibina didalam masjid
menunjukkan arah kiblat
tempat imam berkhutbah
kawasan mengambil air sembahyang
Apakah nama rekabentuk rumah Melayu yang tertua
Rumah Tiang 12
Rumah Perabung Panjang
Rumah Limas
Apakah bentuk hiasan dalaman masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam
binatang
ketuhanan
geometri
Batu bersurat dan batu nisan dianggap sebagai
kesenian epigrafi
kesenian persembahan
kesenian khat
Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu ialah jenis Kufi dan juga
markat
nasakh
diwani
Tarian yang bertujuan mengambarkan kepahlawanan Saidina Ali dikenali sebagai
Tarian Asyik
Tarian Kuda Kepang
Tarian Dabus
Alatan muzik dalam tarian Dabus terdiri daripada rebana besar, rebana kecil dan juga
gong
gitar
trumpet
Nyanyian Nazam dan juga Naban sangat terkenal di Trengganu, Pahang dan
Melaka
Kelantan
Pulau Pinang
Di negeri Johor telah berkembang kesenian yang berbentuk puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam dikenali sebagai
Ghazal
Dabus
Gurindam
Masyarakat Melayu mengamalkan amalan protokol (hijabah) yang menggambarkan pengaruh
Bani Umaiyah
Bani Abassiyah
Bani Uthmaniyyah
Kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit semasa pertabalan dikenali sebagai
doa
ucapan
ciri
Dalam Masyarakat Melayu , bakal pengganti raja yang mangkat akan dilantikan sebelum istiadat pemakaman. Hal ini dimulakan oleh khalifah di zaman
Bani Abassiyah
Bani Uthmaniyyah
Bani Umaiyah
Dalam masyarakat Melayu tradisional siapakah yang dianggap sebagai keluarga sendiri
ahli kariah
sahabat
jiran
Pedagang Islam telah menguasai pedagangan yang membabitkan Laut China Selatan dan juga
Lautan Atlantik
Lautan Andaman
Lautan Hindi
Mengapakah orang Melayu selepas kedatngan Islam terlibat secara aktif dalam perdagangan
untung banyak
kurang cabaran
saranan agama
Apakah tugas Laksamana dalam Kesultanan Melayu Melaka
ketua pelabuhan
memungut cukai
urusan kelautan
Berapakah jumlah bahasa yang dipertuturkan di Melaka
83
84
85
Siapakah yang menguruskan hal sukat dan timbang di Melaka
Laksamana
Temenggung
Syahbandar
Sistem yang digunakan untuk menimbang emas , perak bahan wangian dan batu permata ialah
bahara
kilogram
kati
Timbangan rempah ratus menggunakan sistem bahara. satu bahara bersamaan
205 kati
206 kati
207 kati
Apakah alatan yang digunakan untuk menimbang
timbang
dachim
sukat
Matawang timah zaman Melaka berbentuk bulat dan beratnya ialah
satu kati 8 tahil
satu kati 10 tahil
satu kati 12 tahil
Matawang timah Melaka mencatat nama sultan dan juga
tarikh Islam
nama negeri
kadar nilai
Matawang timah negeri Johor dikenali sebagai
Ayam Jantan
katun
Kupang
Matawang emas Kelantan dikenali sebagai
Katun
Kijang
Ayam jantan
Bastardos , Soldos dan juga Dinheiros adalah matawang yang diperkenalkan oleh
Portugis
Belanda
Spanyol
Khalifatul Mukminin adalah gelaran kepada sultan yang ditulis di matawang dibahagian
depan
tepi
belakang
Apakah nama cukai yang telah ditetapkan jumlahnya oleh pemerintah
cukai import
cukai eksport
cukai diri
Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pedagang dari Ceylon, Arab, Siam dan Pegu
6 peratus
7 peratus
8 peratus
Dimanakah bazar-bazar bagi aktiviti jual beli di zaman Kesultanan Melayu Melaka diadakan
sepanjang jalan
sepanjang kampung
sepanjang sungai
Berapakah nilai cukai bagi makanan dan beras
tiada cukai
mengikut berat
berdasarkan jenis
Berapakah nilai cukai diraja bagi orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu
3 peratus
6 peratus
9 peratus
Larangan riba telah ditegaskan dalam undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan juga
Hukum Kanun Johor
Hukum Kanun Kedah
Hukum Kanun Pahang
