NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA - MORFOLOGI:PENGIMBUHAN
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
TATABAHASA - MORFOLOGI:PENGIMBUHAN
SOALAN 1 - 20
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Rabiatul Adawiyah __ seribu bahasa apabila ditanya oleh ayahnya.
terbisu
berbisu
pembisu
membisu
Kereta yang dipandu oleh Zulaikha __ kerana terlanggar pembahagi jalan ketika melalui selekoh yang tajam itu.
terbalik
berbalik
membalik
membaliki
Pak Dollah bersusah payah __ pokok kekabu di tepi jalan itu.
memangkas
mencantas
menebang
menolak
__ matanya mulai kabur kerana jerebu yang telah melanda seluruh negara.
Pemandangan
Pemerhatian
Penglihatan
Pandangan
Tetamu yang hadir kagum dengan __ kanak-kanak itu dalam menyelesaikan masalah Matematik.
keramahan
kepetahan
kepintaran
kehebatan
Kedua-dua gerombolan askar dari dua negara yang bertelagah itu __ untuk membuktikan kekuatan senjata mereka.
berentap
bersaing
berjuang
bertempur
Majlis sidang akhbar bintang Akademi Fantasia terpaksa dipercepat kerana pihak Maestro __ masa.
kesesakan
kesempitan
kesuntukan
kekurangan
Cita-cita Siti Aishah tidak __ untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara apabila permohonan biasiswanya ditolak.
berkesediaan
kesudahan
kesampaian
kecapaian
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha __ kegiatan buli dalam kalangan pelajar.
memansuhkan
menghapuskan
mengurangkan
membanteras
Masyarakat disarankan supaya peka akan masalah __ kanak-kanak yang ketika ini amat membimbangkan semua pihak.
penindasan
penyeksaan
penderaan
pembulian
“Ayah tidak melarang kamu menyertai rombongan itu asalkan dapat __ diri semasa berada di sana nanti,” kata Badrul Hisham kepada Annuar.
menjaga
mendidik
mengasuh
memelihara
Sebagai persiapan menghadapi __ dengan pihak musuh pada masa yang akan datang, askar ini hendaklah dilatih dengan penuh berdisiplin.
pertempuran
mentempuri
bertempur
tempuran
__ bola sepak di sekolah saya pada petang ini terpaksa ditunda kerana hujan lebat sejak pukul lima petang lagi.
Pertempuran
Pertunjukan
Perlawanan
Perarakan
“Semasa berada di rantau orang, jagalah __ kamu,” pesan ibu kepada abang.
tatacara
tataetika
tataadab
tatasusila
Dalam kejadian petang semalam, beberapa deret rumah kedai di Pekan Nanas musnah __ api.
dimakan
dimamah
ditelan
dijilat
Pasukan bola sepak sekolah kami akhirnya berjaya menjaringkan gol melalui __ sudut.
hayunan
rejaman
rembatan
tendangan
Pihak pemaju sedia __ dengan pembeli untuk membayar ganti rugi atas kelewatan menyiapkan projek perumahan itu.
berjanji
berpakat
berunding
berbicara
Ibu __ jahitan pada seluar adik dengan menggunakan pisau khas.
membuka
merentap
menjahit
menetas
Amalan __ sesama jiran sangat digalakkan kepada masyarakat berbilang kaum terutamanya pada musim perayaan.
dikunjungi
berkunjung
mengunjungi
perkunjungan
Hakim __ hukuman penjara sepuluh tahun terhadap penjenayah yang telah merompak rumah menteri itu.
menjatuh
menjatuhi
menjatuhan
menjatuhkan
