wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ACIDS AND BASES

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pernyatan manakah menerangkan mengapa air diperlukan untuk menunjukkan sifat keasidan bagi suatu asid?

a)

Peneutralan asid berlaku dalam air

b)

Pengionan asid berlaku dalam air

c)

Air melarutkan asid

d)

Air mengoksidakan asid

2.

Pernyataan manakah yang betul tentang asid?

a)

Larutan asid mengkonduksi arus elektrik

b)

Asid kuat mengion separa dalam air

c)

Asid lemah menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang tinggi

d)

Kehadiran air membolehkan asid menghasilkan ion hidroksida

3.

Bahan manakah meneutralkan suatu larutan dengan nilai pH4?

a)

Air suling

b)

Natrium klorida

c)

Natrium hidroksida

d)

asid etanoik cair

4.

Bahan manakah adalah suatu alkali?

a)

Zink oksida

b)

Magnesium oksida

c)

Kalium hidroksida

d)

Aluminium hidroksida

5.

Bahan manakah adalah satu asid diprotik?

a)

Asid sulfurik

b)

Asid etanoik

c)

Asid nitrik

d)

Asid hidroklorik

6.

Sebatian X menghasilkan suatu larutan dengan nilai pH kurang daripada 7 apabila dilarutkan ke dalam air. Apakah sebatian X?

a)

Natrium oksida

b)

Magnesium oksida

c)

Ammonium klorida

d)

Hidrogen klorida

7.

Antara berikut yang manakah betul tentang larutan alkali lemah?

a)

Mempunyai nilai pH 13

b)

Mengion separa dalam air

c)

Kepekatan larutan adalah rendah

d)

Larutan tidak bertindak balas dengan asid

8.

Rajah menunjukkan satu organ dalam sistem pencernaan manusia. Apakah nilai pH bagi jus gastrik?

a)

2

b)

5

c)

7

d)

14

9.

Rajah menunjukkan karies gigi yang disebabkan oleh tindak balas di antara asid laktik yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut manusia dengan enamel. Enamel gigi adalah sejenis bes.

Apakah nama tindak balas tersebut?

a)

Penguraian ganda dua

b)

Pengoksidaan

c)

Penurunan

d)

Peneutralan

10.

Rajah menunjukkan satu situasi yang dihadapi oleh kawasan pertanian Pak Salleh. Dia telah menghadapi masalah untuk menjalani aktiviti pertanian. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalahnya?

a)

Garam biasa

b)

Abu kayu

c)

Sekam padi

d)

Air hujan