Font size
WorksheetsPantun
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Jelaskan maksud pantun di bawah
Bunga matahari dibuat kuaci,
Pokoknya subur di tanah pamah;
Pintu rumah perlu dikunci,
Pencuri gagal memasuki rumah.
Kita perlu mengunci pintu rumah supaya pencuri tidak tahu ada orang di dalam rumah.
Kita perlu mengunci pintu rumah untuk mengelakkan pencuri memasuki rumahnya.
Kita perlu mengunci pintu rumah kita untuk mengelakkan pencuri daripada memasuki rumah kita.
Kita perlu mengunci pintu rumah kita untuk mengelakkan pencuri gagal dalam ujian bahasa melayu.
Jelaskan maksud pantun di bawah
Pergi berjoging waktu senggang,
Berehat di bawah pohon meranti;
Basikal lajak usah ditunggang,
Tiada brek untuk berhenti.
Kita tidak boleh menunggang basikal brek kerana basikal itu tiada lajak.
Kita tidak boleh menunggang basikal lajak kerana basikal itu selalu berhenti.
Kita tidak boleh menunggang basikal lajak kerana basikal itu tiada brek dan menyukarkan kita untuk melajukan basikal.
Kita tidak boleh menunggang basikal lajak kerana basikal itu tiada brek dan menyukarkan kita untuk memberhentikan basikal.
Jelaskan maksud pantun di bawah
Burung merbuk burung merpati,
Suara merdu bertukar serak;
Lampu merah mesti berhenti,
Kenderaan lain hendak bergerak.
Kita perlu memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat merah untuk memberi laluan kepada kenderaan lain bergerak.
Kita perlu memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat hijau untuk memberi laluan kepada kenderaan lain bergerak.
Kita perlu memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat merah supaya kenderaan lain dapat berehat.
Kita perlu memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat merah supaya kenderaan lain dapat mengisi minyak.
Jelaskan maksud pantun di bawah
Jejak denai mencari rotan.
Tumbuh rotan di tepi lata;
Pantul cahaya jaket keselamatan,
Mudahkan orang melihat kita.
Kita perlu memakai jaket keselamatan yang mempunyai pantulan cahaya agar kelihatan menarik.
Kita perlu memakai jaket keselamatan yang mempunyai pantulan cahaya agar memudahkan orang lain untuk melihat kita.
Kita perlu memakai jaket keselamatan yang mempunyai pantulan cahaya agar kelihatan muda dan tampan.
Kita perlu memakai jaket keselamatan yang mempunyai pantulan cahaya agar orang lain melihat kita lebih muda.
Apakah maksud lampu hijau pada lampu isyarat?
Boleh beegerak
Sedia untuk berhenti
Berhenti
Lihat kiri dan kanan
Antara berikut, yang manakah alat keselamatan yang perlu di pakai ketika menunggang basikal?
Selipar
Topi keledar
Pelapik lutut dan siku
Jaket keselamatan (pemantul cahaya)
Apakah yang dimaksudkan dengan denai?
Bekas jejak binatang di hutan(semak atau belukar)
Sejenis binatang
Kerosakan yang besar
Melintang
Puan Sofia memberhentikan kenderaannya apabila lampu isyarat berwarna hijau menyala.
Nyatakan tindakan Puan Sofia 'betul' atau 'salah'.
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan senggang? Cari maksud dengan menggunakan bantuan kamus atau carian 'google'
Bekas jejak binatang di hutan(semak atau belukar)
Sejenis binatang
Tidak sibuk atau lapang
Petang atau senja
Apakah yang perlu dilakukan oleh kenderaan apabila melihat lamput isyarat kuning menyala?
(a)
