Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bm 18.5.20

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.

a)

seekor

b)

secubit

c)

seketul

d)

segenggam

2.

Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.

a)

segugus.... setangkai

b)

segugus.... seikat

c)

sebiji ...... selonggok

d)

setangkai.....segugus

3.

Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.

a)

sekuntum..... sebilah

b)

sejambangan...... seberkas

c)

setangkai...... sepucuk

d)

sejambak...... sebatang

4.

Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan

menggunakan lima _________ rifel M16.

a)

butir..... pucuk

b)

das...... laras

c)

biji..... batang

d)

laras....das

5.

Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai

Payang.

a)

sehelai..... segulung

b)

secarik..... segelung

c)

secebis..... sehamparan

d)

sehelai..... sebidang

6.

Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________

burung ciak itu.

a)

genggam..... segerombolan

b)

batang..... sekumpulan

c)

ketul..... sekawan

d)

kepal..... seekor

7.

__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi

bangunan itu.

a)

Sebatang..... biji

b)

Sedas...... buah

c)

Selaras.......butir

d)

Sekaki....... butir

8.

Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?

a)

sebakul..... seberkas

b)

selonggok........seikat

c)

seberkas...... seikat

d)

sekawan......segulung

9.

Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur

dan beberapa __________ bawang merah.

a)

sepotong......biji

b)

sehiris.....ulas

c)

seketul .....biji

d)

sekeping.....biji

10.

Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan

beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.

a)

ulas.....sikat

b)

biji......tandan

c)

ikat.....tandan

d)

ikat.......sisir

11.

Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air

akibat hujan lebat.

a)

jalur..... pintu

b)

kaki..... baris

c)

batang.... deret

d)

baris.....buah

12.

Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut

dan memakan __________ sirih.

a)

seketul.....sekeping

b)

segenggam.....sehelai

c)

sepotong.....selembar

d)

sekepal.....sekapur

13.

Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa

__________ penggali dan beberapa __________ dawai.

a)

sebatang....gelung

b)

sebuah.....gelung

c)

sekerat.....lembar

d)

sebilah.......utas

14.

Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di

belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.

a)

baris......pucuk

b)

deret.......kelompok

c)

batas.....rumpun

d)

ikat........jambak

15.

Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.

a)

seketul

b)

segugus

c)

setompok

d)

segumpal

16.

__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari

makan.

a)

Sepasukan

b)

Sekawan

c)

Serumpun

d)

Segerombolan

17.

Hanya __________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke

beberapa __________ maktab perguruan.

a)

segelintir.... buah

b)

segolongan.....biji

c)

sekelompok.....deret

d)

sekumpulan.....baris

18.

Orang tua itu memilih beberapa __________ jagung terbaik untuk dijadikan

benih yang akan ditanam di __________ tanah terbiar.

a)

ulas......sekaki

b)

biji.....sekeping

c)

tongkol.......sebidang

d)

buah.....sekumpulan

19.

Beberapa __________ lilin dititiskan di atas __________ kertas lukisan untuk

menghasilkan corak batik.

a)

batang...sekeping

b)

titis.....sebidang

c)

titik......sekeping

d)

titik......sebidang

20.

Beberapa __________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta

alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.

a)

batang

b)

pohon

c)

pucuk

d)

kaki

21.

Tuan Haji Rahman membeli beberapa _________ buluh dan lima __________

kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.

a)

ruas....biji

b)

rumpun....ulas

c)

batang....butir

d)

batang........buah

22.

Ibu memetik __________ pucuk paku di tepi paya untuk dimasak gulai lemak.

a)

segenggam

b)

secekak

c)

segugus

d)

sejambak

23.

Jamaliah membeli tiga __________ tapai ubi dan dua __________ lemang di

pasar malam Batu Lima.

a)

bungkus......potong

b)

gugus........puntung

c)

biji........rumpun

d)

buku......ketul

24.

Terdapat beberapa __________ batu-bata di hadapan rumah Zainab yang

sedang dalam pembinaan itu.

a)

tompok

b)

longgok

c)

butir

d)

biji

25.

Rosli pergi ke Lumut untuk membeli se __________ payung dan se

__________ jala.

a)

bentuk.....rawan

b)

buah....jambak

c)

kaki.....rawan

d)

batang.....buah

26.

Ayah membeli lima __________ nasi lemak.

a)

bungkus

b)

ulas

c)

buah

d)

ketul

27.

Hidayah membeli dua __________ benang untuk menjahit baju.

a)

buah

b)

buku

c)

utas

d)

gelung

28.

Ibu menggunakan lima __________ sabun untuk membuat gubahan bunga

sabun itu.

a)

batang

b)

biji

c)

buku

d)

potong

29.

Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual __________ lembu

pawahnya.

a)

sereban

b)

sesangkar

c)

sesarang

d)

sekandang

30.

Nenek menyapukan beberapa __________ kapur di atas daun sirih itu lalu

menggobeknya.

a)

kepal

b)

carik

c)

calit

d)

colek

31.

Azmatun memakai __________ kancing baju yang berwarna keemas-emasan

semasa pergi ke majlis itu.

a)

sebentuk

b)

segenggam

c)

sekeping

d)

sebiji

32.

Di belakang rumah Sarimah ada __________ sungai dan se __________ buluh.

a)

sebuah.....sepohon

b)

sebatang....serumpun

c)

sebidang.....sejambak

d)

sejalur........sebatang

33.

Arshad makan sepuluh __________ sate dan tiga __________ nasi himpit di

warung Mak Cik Gayah.

a)

batang......potong

b)

cucuk.....ketul

c)

ketul.....ulas

d)

bungkus......butir

34.

Nelayan itu memikul __________ jala dan menjinjing __________ ikan.

a)

serawan.....sebakul

b)

sebidang.......seekor

c)

serawan........seraga

d)

sekeping.......ekor

35.

Kakak membeli __________ rantai mutiara dan __________ cincin di kedai itu.

a)

seutas.....sebiji

b)

seuntai......sebentuk

c)

sebentuk......sebentuk

d)

segelung........sebuah

36.

Datuk membeli lima __________ dawai untuk memagari __________ tanah

kebunnya..

a)

gulung.....sebaris

b)

gelung.....sebidang

c)

utas.....sekeping

d)

berkas.......sekepal

37.

Budak itu baru dapat menyebut beberapa______________ perkataan.

a)

patah

b)

batang

c)

potong

d)

rangkap

38.

Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus

__________ kawat berduri.

a)

utas

b)

gulung

c)

gelung

d)

bidang

39.

__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia

a)

Sejambak

b)

Sekuntum

c)

Sejambangan

d)

Sebatang

40.

Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

d)

lembar

41.

“Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmah

kepada Jamilah.

a)

cuit

b)

cubit

c)

colet

d)

genggam

42.

__________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.

a)

Segugus

b)

Sekelompok

c)

Sehamparan

d)

Sekumpulan

43.

Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

a)

kelompok

b)

tompok

c)

buah

d)

biji

44.

Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap

meja tulisnya.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

d)

untai

45.

Ayah membeli dua __________ durian di pasar.

a)

biji

b)

ulas

c)

buah

d)

buku

46.

Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

cebis

b)

bentuk

c)

lembar

d)

cucuk

47.

Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

pucuk

48.

Buku itu berharga dua belas ringgit se __________

a)

papan

b)

keping

c)

naskhah

d)

rangkap

49.

Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.

a)

baris

b)

patah

c)

rangkap

d)

buah

50.

Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.

a)

gelung

b)

papan

c)

mata

d)

biji

51.

Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.

a)

puntung

b)

berkas

c)

kotak

d)

pucuk

52.

Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya

mendapat __________ .

a)

sebiji

b)

seruas

c)

sehiris

d)

seketul

53.

Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung

Sungai Kota.

a)

pintu

b)

papan

c)

bidang

d)

rangkai

54.

Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke

perhentian bas.

a)

seutas

b)

sebilah

c)

sejambak

d)

serumpun

55.

Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk

mencantikkannya.

a)

ulas

b)

butir

c)

keping

d)

potong

56.

Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.

a)

segulung

b)

segelung

c)

sekajang

d)

sebuah

57.

Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.

a)

sekeping

b)

selembar

c)

senaskhah

d)

sehelai

58.

“Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di

gerai buah-buahan itu,” pesan ibu kepada ayah.

a)

biji..... buah

b)

sisir...... ikat

c)

tandas..... gugus

d)

sikat...... longgok

59.

“Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas

meja itu,” kata Chef Wan kepada pembantunya.

a)

biji..... batang

b)

buah... batang

c)

bekas..... bilah

d)

butir.....bilah

60.

Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia

meletakkannya di atas se __________ almari.

a)

kuntum... biji

b)

bakul.... buah

c)

jambak..... deret

d)

jambangan ...... buah

61.

Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan

__________ tali untuk mencari rotan.

a)

sebentuk.... selembar

b)

sebatang..... segelung

c)

selaras..... segulung

d)

sebilah...... seutas

62.

Ibu menyuruh Rina membeli tiga ___ sabun basuh di Kedai Ali.

a)

biji

b)

buku

c)

kerat

d)

buah

63.

Puan Latifah menghidangkan beberapa ____ nangka madu kepada tetamunya.

a)

biji

b)

butir

c)

ulas

d)

pangsa

64.

Ayah membeli se____ telur di kedai runcit itu untuk dibuat kek lapis.

a)

biji

b)

butir

c)

papan

d)

kampit

65.

Puan Azlin menyerahkan se____ kunci kepada Zila untuk disimpan.

a)

bentuk

b)

biji

c)

gugus

d)

lembar

66.

Hampir se ____ rumah kedai itu hangus dijilat api dalam kemalangan yang berlaku lewat petang semalam.

a)

kawan

b)

rumpun

c)

deret

d)

biji

67.

Ibu menumis beberapa ____ bawang di dalam kuali itu.

a)

bilah

b)

jambak

c)

hiris

d)

pangsa

68.

Alisya membeli se____ majalah dan se ____ dawai di kedai itu.

a)

buah, utas

b)

helai, gulung

c)

naskhah, gelung

d)

buku, lembar

69.

Kami mengunjungi beberapa ____ pulau kecil di Pulau Langkawi.

a)

baris

b)

gugus

c)

kawan

d)

angkatan

70.

Pihak polis menemukan beberapa __ peluru dan dua __ senapang di rumah usang itu.

a)

butir, laras

b)

buku, bilah

c)

das, batang

d)

bentuk, berkas