wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa-Kata Banyak Makna Bersama Cikgu Mazni

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

I Air sungai di belakang rumah datuk sangat dalam.

II Keluarga Encik Tang bercakap dalam bahasa Inggeris.

III Jangan suka membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.

IV Kami tidak faham perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu kerana suaranya sangat dalam.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

I Kee Heng menonton filem itu sehingga tamat.

II Lai Ming tamat mendaki gunung yang tinggi itu.

III Perkhidmatannya akan tamat pada bulan depan.

IV Lesen memandu Fadli tamat pada pertengahan bulan ini.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

3.

I Dia memerah kakinya supaya berjalan dengan pantas.

II Petani-petani itu memerah keringat bekerja di tengah sawah.

III Guru Besar memerah tukang kebun supaya memotong rumput.

IV Kami memerah otak untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

I Gigi budak itu tanggal semalam.

II Samad meninggal dunia pada tanggal 30 Oktober yang lalu.

III Cuaca yang panas menyebabkan Ali dan Sazali tanggal bajunya.

IV Kerana marahkan ibunya, dia menendang pintu itu hingga tanggal engselnya.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

5.

I Pendapatan bulanan Encik Mutalib sangat kencang.

II Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang.

III Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

IV Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

I Kakak Zamil ingin lanjut pelajarannya ke luar negeri.

II Sejak lanjut usia, datuk hanya berehat sahaja di rumah.

III Cikgu menyuruh murid-murid lanjut kerja walaupun loceng rehat telah berbunyi.

IV Aziz M.Osman enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang filem yang akan diarahkannya.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

I Rumah lama itu telah dirobohkan.

II Dia gemar menyimpan barang-barang lama.

III Sudah lama dia menunggu kedatangan awak.

IV Azmi berjalan dengan lama menuju ke pusara ibunya.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

8.

I Penyelam itu menyelam hingga ke dasar laut.

II Rumah itu atapnya zink, dindingnya papan dan dasarnya simen.

III Dasar undang-undang negara diambil daripada undang-undang lama.

IV Pelajar itu mempunyai dasar keluarga yang miskin.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

9.

I Muka budak yang sakit jantung itu pucat.

II Bayaran muka motosikal itu sebanyak RM400.00 sahaja.

III Setelah kilat sabung-menyabung, muka hujan pun turun.

IV Azlan tidak berani angkat muka semasa dimarahi gurunya.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II dan IV

10.

I Zana melukis gambar bulan sabit.

II Sabit digunakan untuk memotong rumput.

III Sekiranya sabit kesalahan, penculik itu akan dipenjarakan.

IV Mahkamah akan menjatuhkan hukuman sabit kepada pesalah.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II dan IV

11.

I Halaman rumah Neena sangat bersih.

II Piring putih kelihatan terbang di halaman angkasa.

III Buku cerita itu mengandungi seratus dua puluh halaman.

IV Surat khabar menyediakan satu halaman khas untuk para pelajar.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

12.

I Beberapa orang kanak-kanak berkejar-kejaran di padang.

II Beberapa ekor ayam berkejar-kejaran apabila Abu menaburkan padi.

III Pemandu kereta lumba itu berkejar-kejaran untuk ke garisan penamat.

IV Polis sedang berkejar-kejaran dengan penyamun yang melarikan diri itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I dan III

13.

I Warga emas patut disayangi.

II Ikan emas itu dipeliharanya di dalam sebuah akuarium.

III Jangan lepaskan peluang emas untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

IV Kedua-dua mempelai duduk di atas peterana yang emas sambil diarak ke istana.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

14.

I Sekuat-kuat Lim Sin, kuat lagi abangnya.

II Badri menolak batu itu dengan sekuat-kuat.

III Perempuan itu berteriak sekuat-kuat hatinya.

IV Jalak tidak dapat menandingi sekuat-kuat Badang.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I, II dan IV

15.

I Anak lelakinya pulang keputusan memilih jodoh kepada ibu bapanya.

II Kepulangannya ke kampung bagaikan "Sirih pulang ke gagang".

III Bapanya telah pulang ke rahmatullah pada tahun lepas.

IV Syarikatnya mendapat pulang yang berlipat ganda.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

I Dia keluar baik sahaja saya sampai.

II Janganlah risau, kami sekeluarga baik belaka.

III Buku itu masih baik walaupun telah lama digunakan.

IV Kesihatannya beransur baik setelah menerima rawatan di hospital.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

17.

I Barang kata anaknya terpaksa diturut saja.

II Ibu ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian.

III Barang keputusan yang dibuat mendapat persetujuan ketuanya.

IV Jangan menyimpan barang kata yang menyinggung perasaan dalam hati.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

18.

I Pencuri itu telah kena bekas oleh pihak polis.

II Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya.

III Haji Tamrin ialah bekas ketua kampung yang amat disayangi.

IV Anggota PERHILITAN dapat mengesan harimau itu melalui bekas tapak kakinya.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

I Ahmad telah menerima bahagian pusakanya.

II Saya hanya dapat bahagian kek itu.

III Nenek Zaiton sering sakit pada bahagian kakinya.

IV Kereta yang mengalami kemalangan itu rosak pada beberapa bahagian.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I,II dan III

d)

I,III dan IV

20.

I Anjing itu menggondol seketul tulang sambil berlari.

II Pekebun itu menggondol pokok rambutan di kebunnya.

III Abang menggondol hadiah pertama dalam pertandingan cerita.

IV Pak Kasim menggondol rambut Azlin kerana kulit kepala anaknya itu berkudis.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

I Berita itu telah menghancurkan hatinya.

II Masalah itu sentiasa menghancurkan fikirannya.

III Letupan bom itu telah menghancurkan beberapa buah bangunan.

IV Perbuatan Rama telah menghancurkan kepercayaan saya kepadanya.

a)

I dan III

b)

I ,II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II,III dan IV

22.

I Sawah padi itu menjadi huru-hara akibat kemarau.

II Negara itu masih berada dalam keadaan huru-hara.

III Budak itu menangis huru-hara kerana dimarahi oleh ibunya..

IV Remaja dinasihati agar jangan huru-hara ke sana ke mari pada larut malam.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

23.

I Kita arus menghormati ibu bapa kita.

II Suri berasa arus pada waktu tengah hari itu.

III Arus elektrik yang terdapat pada wayar boleh membahayakan kanak-kanak.

IV Kita mesti mengikut arus pemodenan pada masa ini supaya kita tidak ketinggalan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

24.

I Hidangan pada waktu tengah hari tadi membuka selera kami.

II Linda membuka telinga untuk mendengar perbualan kakaknya.

III Adibah membuka tingkap biliknya supaya cahaya matahari dapat masuk.

IV Ayah dan kawan-kawannya telah membuka tanah baharu untuk projek penanaman kelapa sawit.

a)

I dan III

b)

I ,II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

25.

I Kasut ini perlu kita tawar harganya.

II Ikan air tawar sedap dibuat gulai asam pedas.

III Mi goreng yang dimakannya itu tawar rasanya.

IV Dia berasa tawar hati hendak menyertai rombongan ke Melaka.

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

26.

I Barang-barang buatan negara kita bermutu tinggi.

II Dia berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi.

III Jangan tinggi diri apabila berhadapan dengan orang-orang tua.

IV Buluh yang yang digunakan untuk mengait buah itu tidak cukup tinggi.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

27.

I Ikatan yang teguh akan menjamin keselamatan bungkusan.

II Tidak banyak barang dapat disimpan di dalam almari itu walaupun teguh.

III Rina dan Rini menjalin tali persahabatan yang teguh sejak di bangku sekolah.

IV Mat Kilau seorang yang dihormati kerana dia berpegang teguh pada janji-janjinya.

a)

I dan III

b)

III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

28.

I Dia memilki pandangan yang dalam tentang perkara itu.

II Ibu mengeluarkan rantai emas dari dalam almari pakaian.

III Kapal terbang itu akan berlepas dalam masa sepuluh minit lagi.

IV Wanita itu dalam keadaan sedih sejak anaknya meninggal dunia.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

29.

I Pasir di tepi pantai itu sangat halus.

II Orang tua itu mempunyai pendengaran yang halus.

III Gadis itu tidak sahaja cantik malah halus budi bahasanya.

IV Dia tahu apa-apa yang perlu dilakukannya secara halus tanpa menyinggung siapa-siapa.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, III dan IV

d)

II , III dan IV

30.

I Pihak polis telah menahan kedua-dua perompak bank itu.

II Walaupun bilangan mereka sedikit, anggota tentera itu tetap menahan di kubu tersebut.

III Pemandu itu menahan oleh polis kerana melanggar kesalahan jalan raya.

IV Aminah mengerang kerana tidak dapat menahan kesakitan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

31.

I Kuih itu dipanggil cakar ayam.

II Bangunan itu tinggi cakar langit.

III Pipi saya berdarah cakar oleh Ali.

IV Anjing mempunyai cakar sedangkan kerbau pula tidak.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

32.

I Harga kereta semakin susut sejak akhir-akhir ini.

II Kain itu akan susut apabila dibasuh.

III Badan anak saya susut selepas demam.

IV Kasutnya susut sebab dia semakin membesar.

a)

I dan III

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II , III dan IV

33.

I Dasar rumah itu berlubang-lubang.

II Galian itu telah ditemukan di dasar laut.

III Dia menyimpan perasaan sayang di dasar hatinya.

IV Pihak polis tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk mensabitkannya dengan kesalahan itu.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

34.

I Dia ganjil memikirkan masalah hidupnya.

II Binatang yang ganjil itu ditemukan oleh sekumpulan saintis.

III Nombor bulat yang bukan nombor genap disebut nombor ganjil.

IV Kerosakan ganjil akan menyebabkan seseorang diserang penyakit buah pinggang.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

35.

I Mereka yang memiliki gigi yang jarang dikatakan amat cemburu orangnya.

II Rambut yang jarang mudah untuk diurus.

III Bomoh itu membacakan jarang bagi menghalau kuasa jahat.

IV Pemain itu diketepikan kerana dia jarang hadir untuk menjalani latihan.

a)

II, III dan IV

b)

I, II dan IV

c)

III dan IV

d)

II dan IV

36.

I Adunan capati ini perlu kamu kacau supaya menjadi lembut.

II Along selalu kacau kehidupan pemiutangnya.

III Bilik itu kacau sekali setelah kemasukan pencuri.

IV Fikiran Pak Jamil kacau apabila memikirkan masalahnya.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

37.

I Lapan puluh peratus ekonomi negara bergantung pada eksport bahan mentah.

II Berkerut-kerut keningnya apabila memikirkan nasibnya yang mentah.

III Buah mangga yang masih mentah digemari oleh sesetengah orang.

IV Pak Halim belum dapat melupakan peristiwa yang masih mentah.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

38.

I Pemandangan di sini amat selesa.

II Saya rasa amat selesa tinggal di sini.

III Keputusan itu dibuatnya semasa selesa.

IV Saya berasa tidak selesa apabila berada di sisinya.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

I, III dan IV

39.

I Cahaya hari ini hangat sekali.

II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.

III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

40.

I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.

IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I,II dan III

d)

I,III dan IV

41.

I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

42.

I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.

III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

a)

I dan III

b)

III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II,III dan IV

43.

I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.

II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

a)

I,II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

44.

I Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.

III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.

IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II,III dan IV

45.

I Liong baru sahaja baik daripada selesema.

II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II,III dan IV

46.

I Jambatan itu sudah siap bina.

II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.

III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

I Usianya baru lima tahun.

II Adik masuk ke bilik baru tidur.

III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

IV Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

48.

I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.

II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.

III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.

IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan IV

d)

II, III dan IV

49.

I Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.

II Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan.

III Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.

IV Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang dapat dilakukan orang-orang yang celik.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

50.

I Wang simpanannya sesak di bank.

II LRT itu sesak dengan penumpang.

III Jalan raya sesak ketika musim perayaan.

IV Datuk diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV