Font size
WorksheetsAKIDAH:pERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Iman terbatal dengan tiga perkara iaitu
Perihal
Perkataan
Perbuatan
Penulisan
Perkara yang menyebabkan iman terbatal ialah melalui iktiqad ( اعتقاد ). Pilih antara berikut contoh iktiqad yang membatalkan iman.
Rububiyyah ( الربوبية )
Al-Uluhiyyah ( الالوهية )
Sifatul Amal ( الصفات العمل )
An-Nubuwwah ( النبوة )
As-Syariah ( الشريعة )
Antara salah satu contoh iman terbatal melalui iktiqad ( اعتقاد ) ialah al ghoibiyat
( الغيبيات ) . Apakah contoh bagi terbatalnya iman melalui al ghoibiyat
( الغيبيات ) ?
Mengingkari kewujudan malaikat dan jin
Mengingkari kewujudan azam kubur
Mengingkari peristiwa kiamat
Mengingkari peristiwa hijrah
Iman terbatal melalui perkataan iaitu percakapan yang mengandungi pengakuan kufur, atau penafian akidah islam atau mempersendakan hukum hakam agama islam. Berikut adakah contoh dialog iman terbatal kecuali :
"Saya tidak lagi beragama islam"
"Saya tidak percaya malaikat"
"Zaman sekarang tidak perlu menutup aurat"
"Saya tidak makan dan minum semalam"
Contoh bagi terbatalnya iman melalui perbuatan ialah sujud pada berhala dengan sengaja. Berikan contoh lain bagi terbatal iman melalui perbuatan.
Melakukan upacara ibadat lain
Memberi penghormatan pada alatan agama lain
Meletakkan mushaf al quran ditempat yang tinggi
Memuliakan Nabi Muhammad SAW
Apakah X ?
Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja
Melakukan sesuatu dengan ikhlas
Melakukan perkara yang samar-samar
Melakukan perkara mahmudah dalam kehidupan
"Setiap muslim wajib memelihara imannya daripada terbatalnya " Firman Allah SWT :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٠٢
Apakah kesan bagi seseorang itu memelihara imannya daripada terbatal ?
Rosak segala amal soleh dan ibadah
Diharamkan memasuki syurga.
Hilang hak terhadap harta pusaka
Allah haramkannya dari terkena api neraka
Berdoa adalah salah satu dari cara seseorang itu untuk menjauhkan diri daripada perkara yang membatalkan iman. Bagaimanakah sahabat itu mampu untuk menjauhkan diri seseorang itu dari perkara yang membatalkan iman ?
Bersahabat dengan orang yang sama minat hobi dengan kita
Bersahabat dengan orang yang soleh
Bersahabat dengan orang yang membuat maksiat
Bersahabat dengan orang yang benci dengan agama islam
Uluhiyah merupakan keimanan berkaitan
kenabian
perkara ghaib
syariah
ketuhanan
Al-Ghaibiyyah merupakan keimanan berkaitan dengan
kenabian
perkara ghaib
syariah
ketuhanan
Mengingkari kebenaran rasul bersifat maksum merupakan contoh terbatal aqidah dalam aspek
kenabian
ketuhanan
syariah
perkara ghaib
Mengingkari sifat kesempurnaan Allah SWT merupakan contoh iktikad yang membatalkan iman dalam aspek
Al-Uluhiyyah
As-Syariah
Al-Ghaibiyyah
An-Nubuwwah
Antara yang berikut yang manakah perkara yang membatalkan iman dari segi Al-Ghaibiyyah?
Mengingkari rukun Islam atau salah satu daripadanya
Mengingkari kewujudan alam barzakh atau alam kubur
Mengingkari kenabian dan kerasulan seorang atau semua nabi dan rasul
Mengingkari hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT seperti mengingkari pengharaman zina
Manakah antara yang berikut perkara yang tidak membatalkan iman?
Melakukan sihir
Perbuatan syirik
Mengingkari al-Qur'an
Mengamalkan riba
Berikut adalah perkara yang membatalkan iman dari segi perbuatan kecuali
menolak hukum di dalam al-quran
sujud kepada berhala
kagum dengan diri sendiri
mengoyak mashaf al-Qur'an
Antar yang berikut yang manakah bukan kesan melakukan perkara yang membatalkan iman?
Segala amal soleh menjadi rosak
Dosa tidak diampunkan
Dapat mewarisi harta pusaka
Diharamkan memasuki syurga
Antara yang berikut manakah bukan cara menjauhi perkara yang membatalkan iman?
Sentiasa membaca al-Qur'an
Mendalami ilmu agama khusunya ilmu akidah
Melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan riak
Menjauhi mereka yang gemar melakukan perkara yang membatalkan iman
Imanterbatal melalui iktikad sekiranya ragu-ragu dengan perkara berikut kecuali
as-Syariat
al-Hakikat
al-Uluhiyah
an-Nubuwwah
Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan syarat terbatalnya iman seseorang mukmin?
Tahu apa yang dilakukan membawa kekufuran
Melakukan kekufuran dengan tidak sengaja
Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kekufuran
Mengingkari perkara asas dalam Islam seperti rukun Iman dan Islam
Antara berikut, manakah pernyataan yang menunjukkan kesan utama jika seseorang melakukan perkara yang membatalkan iman?
Dipandang hina oleh masyarakat
Aqidah terbatal dan semua amalan ditolak
Meruntuhkan hubungan persaudaraan
Putus hubungan suami isteri
