wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERKAHWINAN

Total questions: 70

Worksheet time: 1hrs 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah syarat sah akad ijab dan qabul dalam akad nikah kecuali

a)

Diantara ijab dan qabul tidak boleh diselangi dengan kata-kata lain

b)

Ijab dan qabul menggunakan lafaz sorih

c)

Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau tajwiz

d)

Lafaz sighah diikuti dengan masa tertentu

2.

Wali mujbir merujuk kepada

a)

Bapa sahaja

b)

Bapa dan Datuk

c)

Saudara Lelaki sahaja

d)

Datuk, Bapa dan Saudara lelaki

3.

Antara berikut yang manakah rukun nikah

a)

Mahar

b)

Meminang

c)

Sighah

d)

Walimatul Urus

4.

Hikmah walimatu urus:

a)

Semangat kerjasama dalam pelbagai lapisan masyarakat

b)

Menzahirkan keikhlasan suami kepada isteri

c)

Bermulanya tanggung jawab suami kepada isteri

d)

Mengiktiraf dan meninggikan taraf perempuan

5.

Maksud adil bagi wali dalam perkahwinan ialah:

a)

Tidak berlaku zalim kepada mana-mana pihak

b)

Tidak mempunyai kecacatan

c)

Tidak bersifat pilih kasih

d)

Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil

6.

Wali ialah orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang hendak berkahwin. Antara syarat wali ialah:

a)

Bertanggung jawab

b)

Berakal

c)

Berharta

d)

Jujur

7.

Ibu mertua merupakan perempuan yang haram dikahwini dengan sebab

a)

Qarobah

b)

Susuan

c)

Musoharoh (persemendaan)

d)

Nasab

8.

Ahmad menceraikan suhaila yang sedang mengandung . Beliau bercadang untuk menikahi anak tirinya (anak Suhaila). Apakah sebab yang menghalang Ahmad dari menikahi Suhaila?

a)

Faktor Keturunan

b)

Suhaila telah disetubuhi

c)

Suhaila masih gadis

d)

Suhaila belum melahirkan anak

9.

Seorang bayi hanya diiktiraf sebagai anak susuan apabila disusukan sebanyak __________ kali kenyang

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

10.
Maksud Kahwin pada bahasa
a)
Lamaran
b)
Halalkan hubungan
c)
Cantum
d)
Ijab
11.

"Sakinah, engkau tiada apa-apa hubungan lagi dengan aku."

Apakah bentuk talak berdasarkan kenyataan diatas?

a)

Talak Kinayah

b)

Talak Sarih

12.

Berlaku pergaduhan anatara Adam dan Nur dan menyebabkan Adam dikawal oleh nafsu amarah. Lalu Adam melafazkan cerai kepada isterinya. Adakah berlaku perceraian antara mereka?

a)

Ya

b)

Tidak

13.

Saiful bercerita kepada isterinya bahawa sahabatnya telah bercerai. Saiful melakonkan perceraian itu dengan menyebut "Aku ceraikan kau". Saiful keliru adakah jatuh talaknya kepada isterinya?

a)

Ya

b)

Tidak

14.

Sarah mendapat SMS daripada suaminya yang menyatakan

" Abang ceraikan Sarah bin Ali dengan talak 3"

Adakah jatuh talak kepada Sarah?

a)

Ya

b)

Tidak

15.

Aidit bergurau dengan isterinya dengan menyatakan 'Aku ceraikan kau' dan beliau melafazkannya dengan tanpa niat. Adakah jatuh talak kepada isterinya?

a)

Ya

b)

Tidak

16.

perceraian yang timbul atas kemauan istri dengan mengembalikan mahar kepada suaminya disebut....

a)

Khuluk

b)

Hadonah

17.

Talak tebus di sebut juga....

a)

Hadonah

b)

Khuluk

18.

Seorang suami yang ingin kembali kepada istrinya setelah terjadinya khulu’ harus mengadakan .... dengannya.

a)

Rujuk

b)

Akad nikah baru

19.

Secara bahasa fasakh berarti

a)

rusak atau putus

b)

Kembali atau balik

20.

pemisahan pernikahan yang dilakukan hakim dikarenakan alasan tertentu yang diajukan salah satu pihak dari suami istri yang bersangkutan.

adalah pengertian dari....

a)

Fasakh

b)

Khulu

21.

Tidak terpenuhiknya syarat-syarat akad nikah, semisal seseorang yang menikahi wanita yang ternyata adalah saudara perempuannya. adalah salah satu.... fasakh

a)

sebab sebab fasakh

b)

rukun dan syarat fasakh

22.

masa tenggang atau batas waktu untuk tidak menikah bagi perempuan yang dicerai atau ditinggal mati suaminya.

disebut....

a)

hadonah

b)

iddah

23.

Suami yang mencerai isterinya berkewajiban memberi .... dan.... selama iddahnya belum berakhir

a)

belanja dan tempat tinggal

b)

belanja dan biaya hidup

24.

tujuan .... adalah

  1. Menghilangkan keraguan tentang kosongnya rahim bekas istri
  2. Untuk memudahkan proses rujuk antara suami dan bekas istrinya
  3. Untuk menjaga perasaan keluarga mantan suami yang sedang berkabung
a)

Rujuk

b)

Iddah

25.

memelihara anak dan mendidiknya dengan baik. adalah pengertian....

a)

Hadonah

b)

Rujuk

26.

.... hadonah adalah :

1. Berakal.

2. Beragama Islam

3. Medeka.

4. Baligh.

5. Mampu mendidik.

6. Amanah.

a)

Sarat

b)

Rukun

27.

kembalinya suami kepada istrinya yang telah dicerai, kala istrinya masih dalam masa iddah. adalah pengertian....

a)

Iddah

b)

Rujuk

28.

Najmuddin memiliki tubuh badan yang sehat serta mempunnyai kerja yang bagus. Beliau sering gagal mengawal nafsu syahwatnya" Apakah hukum kahwin bagi Najmuddin ?

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Haram

d)

Wajib

29.

"Afif ingin berkahwin tetapi dia belum mampu untuk memberi nafkah zahir kepada bakal isterinya" Hukum kahwin bagi Afif ialah?

a)

Wajib

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Haram

30.

Berikut ialah Hikmah Perkahwinan KECUALI

a)

Memupuk kasih Sayang

b)

Menjalinkan Silaturrahim

c)

Mendapat Ganjaran Pahala

d)

Mendapat ganjaran harta

31.

Perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu ialah

a)

Adik Ipar

b)

Ibu susuan ke atas

c)

Anak Saudara perempuan daripada adik beradik kandung

d)

Anak tiri keturunan

32.

Berikut ialah sebab -sebab perempuan yang haram dikahwini buat selama-lamanya KECUALI

a)

Keturunan

b)

Ipar duai

c)

Persemendaan

d)

Musoharah

33.

Pernyataan yang manakah BENAR tentang Rukun Nikah

a)

Suami- Isteri - Saksi - Akad - Mahar

b)

Suami- Isteri - Saksi - Ijab Qabul - Hantaran

c)

Suami- Isteri - Saksi - Akad - Wali

d)

Suami- Isteri - Saksi - Wali - Mahar

34.

Siapakah yang dimaksudkan Wali Mujbir

a)

Abang & Ayah

b)

Ayah & Datuk

c)

Ayah & Pakcik Saudara Lelaki

d)

Ayah & Ibu

35.

Berikut ialah sebab kuasa wali nasab berpindah kepada wali hakim KECUALI

a)

Wali akrab tidak dapat dikesan

b)

Wali sedang berada dalam ihram haji dan umrah

c)

Wali nasab hilang kelayakan

d)

Wali akrab duduk serumah dengan bakal pengantin

36.

Apakah hukum memberikan Mahar kepada isteri

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat Muaakad

37.

Apakah maksud mahar Misil

a)

Mahar yang ditentukan oleh kedua-dua belah pihak

b)

Mahar yang ditentukan oleh keluarga lelaki dengan kadar yang keluarga lelaki yang sudah berkahwin

c)

Mahar yang mengikut kadar mahar sesebuah negeri

d)

Mahar yang ditentukan mengikut kadar mahar saudara perempuan yang telah berkahwin

38.

Apakah hukum menyambut pengantin pada majlis walimatul urus dengan Kompang, gendang dan pertunjukan silat

a)

Haram

b)

Khurafat

c)

Harus

d)

Sunat

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan Nafkah Batin

a)

Menunaikan keperluan harian seperti makan pakai dan tempat tidur isteri

b)

Menunaikan keperluan rohani dan minda isteri

c)

Menunaikan keperluan seksual dan pendidikan agama untuk isteri

d)

Menunaikan keperluan seksual dan pakaian isteri

40.

Bahagian talak dari sudut Kesan

a)

Raji'e & Bai'n

b)

Raji'e & Bid'ie

c)

Ba'in Sughra & Bai'in Kubra

d)

Sunni & Raj'ie

41.

Apakah yangdimaksudkan dengan talak Ba'in?

a)

Talak yang boleh dirujuk

b)

Talak yang tidak boleh dirujuk

c)

Talak yang mengikut Sunnah

d)

Talak yang tidak mengikut Sunnah

42.

"Aku ceraikan kau dengan talak 2" Berikut ialah contoh lafaz talak secara_________?

a)

Soreh

b)

Kinayah

c)

Taklik

d)

Fasakh

43.

Hukum menjatuhkan talak kepada isteri tanpa sebarang sebab ialah ?

a)

Haram

b)

Wajib

c)

Sunat

d)

Makruh

44.

"Balik lah ke rumah orang tua kamu. Aku dah jemu dengan kamu" Berikut ialah lafaz talak secara ____?

a)

Khuluk

b)

Fasakh

c)

Kinayah

d)

Soreh

45.

"Jika aku tinggalkan kau selama setahun tanpa sebarang nafkah dan kau mengadu kepada mahkamah serta membayar RM100 kepada mahkamah maka jatuhlah talak 1" Kata Danial kepada isterinya Danisha. Berikut ialah contoh lafaz talak _______?

a)

Taklik

b)

Taklik Soreh

c)

Taklik Kinayah

d)

Taklik Khuluk

46.

Rozita telah kematian suami dan dia dalam keadaan mengandung. Berapa lamakah tempoh iddah Rozita?

a)

4 Bulan 10 Hari

b)

4 Bulan

c)

Tiada Iddah

d)

Sehingga melahirkan anak

47.

Junita Amirah telah adalah seorang nenek berusia 76 tahun. Tapi beliau telah diceraikan suaminya mazidol semalam. Berapa lamakah tempoh Iddah bagi nenek Junita

a)

4 Bulan 10 Hari

b)

3 kali quru'

c)

3 Kali Suci

d)

3 Bulan

48.

Antara perkara yang dilarang semasa Iddah ialah ?

a)

Keluar rumah untuk membeli makanan keperluan

b)

Menghias diri untuk membeli makanan keperluan

c)

Memasak makanan untuk anak-anak

d)

Meratap kematian suami

49.

Nusyuz bermaksud

a)

Isteri yang baik

b)

Isteri yang derhaka

c)

Isteri yang taat setia

d)

Isteri yang malas

50.

Cara mendidik Isteri yang Nusyuz

a)

Nasihat - Pisahkan Tempat Tidur - Memukul dengan mendidik

b)

Nasihat - Pisahkan Tempat Tidur - Tidak memberikan nafkah batin

c)

Pisahkan Tempat Tidur - Tidak berikan Nafkah - Ceraikan

d)

Pisahkan Tempat Tidur - Memukul - Ceraikan

51.

Zihar ialah

a)

Suami melaknat isteri yang berzina

b)

Suami menyamakan isterinya dengan ibunya

c)

Suami mencerai kan isteri dengan talak 3

d)

Suami menerima fasakh dari isteri

52.

Li'an bermaksud

a)

Sumpah suami beserta laknat terhadap isteri dituduh berzina bagi menolak hukuman qazaf

b)

Sumpah isteri melaknat suami yang berzina bagi menolak hukuman qazaf

c)

Sumpah menafikan kandungan Isteri

d)

Sumpah laknat suami menolak tuduhan zina isteri

53.

*Memuliakan majlis akad nikah

*Mengelakkan berlakunya fitnah

*Menjamin sesuatu nikah itu sah

Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah...

a)

wali

b)

saksi

c)

qadhi

d)

suami

54.

Perkara yang dilarang ketika walimatul urus ialah...

a)

pertunjukan silat

b)

bermain kompang

c)

persembahan nasyid

d)

upacara tepung tawar

55.

*Suami isteri haram melakukan persetubuhan

*Suami wajib membayar kifarat

Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan...

a)

lian

b)

talak

c)

zihar

d)

khuluk

56.

Salman meminang Atikah yang baru sebulan kematian suami secara terang-terangan.

Hukum peminangan di atas ialah...

a)

harus

b)

haram

c)

wajib

d)

makruh

57.

Suami berkata kepada isterinya dengan lafaz:

"Aku ceraikan engkau jika engkau keluar dari rumah ini.


Situasi di atas merujuk kepada lafaz...........

a)

Khuluk

b)

Zihar

c)

Talak Taklik

d)

Talak Satu

58.

Puan Zakiah telah keluar rumah tanpa izin suami dan tanpa sebab yang munasabah serta menimbulkan kemarahan suaminya kepada beliau.

Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan...

a)

dayus

b)

fasakh

c)

nusyuz

d)

khuluk

59.

Berikut adalah contoh maksiat semasa walimatulurus dilaksanakan, KECUALI

a)

pergaulan bebas lelaki dan perempuan

b)

pendedahan aurat lelaki dan perempuan

c)

hiburan dan muzik yang keterlaluan

d)

makanan yang lazat dan mewah

60.

Ali menceraikan isterinya dengan talak 3.

Pernyataan di atas merujuk kepada talak...

a)

bain sughra

b)

bain kubra

c)

taklik

d)

bid'i

61.

Yang berikut adalah kesan-kesan zihar, KECUALI

a)

suami dan isteri haram melakukan persetubuhan

b)

suami wajib membayar kifarah

c)

isteri hilang hak tempat tinggal

d)

menjatuhkan maruah isteri

62.

Pilih pasangan yang tepat, mengenai ciri wanita pilihan menurut hadis Rasulullah SAW

a)

cantik - berharta - berwibawa - solehah

b)

cantik - berpangkat - berharta - solehah

c)

cantik - berharta - berketurunan - solehah

d)

cantik - berketurunan - bekerjaya - solehah

63.

Idah bagi wanita yang kematian suami ialah ______________________

a)

3 bulan

b)

3 kali suci

c)

4 bulan 10 hari

64.

Proses li’an hendaklah dilakukan di hadapan _______

a)

qadhi

b)

wali

c)

imam

65.

____________ ialah talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

a)

Talak Raj'ie

b)

Bain Sughra

c)

Bain Kubra

66.

Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak

yang dikaitkan dengan bayaran tertentu.Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak

yang dikaitkan dengan bayaran tertentu.

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________________.

a)

A khuluk

b)

B fasakh

c)

C zihar

d)

D lian

67.

Berikut adalah syarat bakal suami kecuali

a)

ahli kitab

b)

B Tidak dalam ihram haji

c)

C Bukan mahram kepada bakal isteri

d)

D Tidak beristeri empat pada satu masa

68.

Manakah antara berikut menunjukkan kifarah zihar

I Memberi makan dua puluh orang fakir miskin

II Memerdekakan seorang hamba yang mukmin

III Berpuasa selama dua bulan berturut-turut

IV Memohon keampunan kepada Allah

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

69.
  • mendidik dan memelihara anak-anak
  • mengekalkan kerukunan rumahtangga
  • menghubungkan silaturrahim antara keluarga


pernyataan di atas merujuk kepada________

a)

tanggungjawab isteri

b)

tanggungjawab suami

c)

tanggungjawab bersama

d)

tanggungjawab ibu bapa

70.

pilih pernyataan yang benar tentang syarat-syarat ijab?

a)

sebutan difahami oleh pengantin lelaki dan 2 saksi

b)

sebut nama bakal isteri atau ganti namanya

c)

dilafazkan oleh pengantin lelaki

d)

dilafazkan oleh wali atau wakil