Font size
WorksheetsCG. KAMAL : BURUJ TAHUN 6
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
1. Apakah maksud buruj?
ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
ialah gugusan bulan yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
ialah gugusan planet yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
2. Antara berikut yang manakah merujuk kepada buruj Belantik?
3. Antara berikut yang manakah merujuk kepada buruj Biduk?
4. Antara berikut yang manakah merujuk kepada buruj Pari?
5. Antara berikut yang manakah merujuk kepada buruj Skorpio?
6. Antara berikut, maklumat manakah yang betul tentang arah yang ditunjukkan oleh buruj?
Buruj Pari arah Selatan
Buruj Skorpio arah Selatan
Buruj Biduk arah Utara
Buruj Belantik arah Utara
7. Antara berikut, maklumat manakah yang betul tentang buruj?
Buruj Skorpio menunjuk musim menuai.
Buruj Biduk menunjuk musim menanam
Buruj Biduk menunjuk musim menuai
7. Apakah kepentingan buruj kepada petani & pengembara serta ahli pelayaran?
sebagai penunjuk arah
sebagai penunjuk musim
sebagai sumber cahaya
8. Mengapakah kedudukan buruj sentiasa berubah-ubah?
kerana Bulan beredar mengelilingi Bumi dan Matahari.
kerana bintang-bintang sentiasa bergerak.
kerana buruj-buruj berputar dan beredar mengelilingi Matahari.
kerana Bumi berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Matahari.
9. Namakan buruj yang dapat dilihat di langit malam di antara hemisfera utara dengan hemisfera selatan.
buruj Pari
buruj Belantik
buruj Biduk
buruj Skorpio
10. Namakan buruj yang dapat dilihat di langit malam di antara hemisfera utara sahaja?
buruj Pari
buruj Belantik
buruj Biduk
buruj Skorpio
11. Namakan buruj yang dapat dilihat di langit malam di antara hemisfera selatan sahaja?
buruj Pari
buruj Belantik
buruj Biduk
buruj Skorpio
12. Mengapakah buruj-buruj tidak dapat dilihat pada waktu siang?
kerana pada waktu siang buruj-buruj tersebut berada di kawasan lain di angkasa.
kerana pada waktu siang, cahaya Matahari sangat terang hingga buruj-buruj tidak kelihatan.
kerana pada waktu siang buruj-buruj tersebut masih beredar mengelilingi Matahari.
13. Sekiranya kamu tersesat di dalam hutan, buruj apakah yang dapat membantu untuk menunjuk arah selatan?
buruj Belantik
buruj Biduk
buruj Skorpio
buruj Pari
14. Mengapakah bintang kelihatan berkelip-kelip apabila kita melihatnya dari Bumi?
kerana sifat bintang yaang sememangnya berkelip-kelip apabila waktu malam.
kerana cahaya dari bintang telah dibiaskan apabila melintasi atmosfera Bumi.
kerana cahaya bintang akan diserakkan ke seluruh bahagian angkasa.
15. Umat Islam di Asia Tenggara menggunakan buruj _____________ sebagai penunjuk arah kiblat untuk solat.
buruj Pari
buruj Biduk
buruj Belantik
buruj Skorpio
