Font size
WorksheetsEkonomi Tingkatan 5 Bab 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Dasar fiskal merupakan satu dasar kerajaan untuk mengatasi masalah ...
inflasi
pengangguran
kegawatan ekonomi
pengangguran dan inflasi
Bagaimanakah kerajaan menggunakan dasar fiskal dalam mengatasi masalah inflasi?
Menurunkan kadar cukai
Menaikkan kadar cukai
Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
Apakah yang dimaksudkan dengan cukai langsung kerajaan?
Sejenis cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan
Sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap individu dalam negara
Sejenis cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain
Sejenis cukai yang bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
Sumbangan terbesar hasil negara adalah melalui
cukai langsung
hasil bukan cukai
cukai tak langsung
cukai pendapatan syarikat
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hasil cukai langsung kerajaan?
Duti setem
Cukai pintu
Duti eksport
Cukai barang dan perkhidmatan (GST)
antara yang berikut, yang manakah adalah berkaitan dengan cukai tak langsung?
Jamie membayar duti atas barang yang dibeli dari Jerman
Alice membayar cukai 6% atas barangan yang dibeli di Pasar Raya Giant
Camelia membayar cukai pendapatan individu sebanyak RM 1 000 setiap tahun
Suzana membayar cukai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Kuala Terengganu
Apakah tujuan utama kerajaan mengutip hasil cukai?
Membiayai projek pembangunan negara
Membuat pelaburan di luar negara
Menggalakkan Import dalam kalangan pengeluar
Mengagih semula ketidakseimbangan agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai berkadar malar?
Bentuk cukai yang boleh dipindahkan kepada orang lain
Bentuk cukai yang kadarnya tetap walaupun pendapatan berubah
Bentuk cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah
Bentukcukai yang mempunyai kadar yang semakin naik mengikut pendapatan
Perbelanjaan kerajaan manakah yang merupakan perbelanjaan pembangunan?
Penyelenggaraan jalan raya
Pembayaran gaji kakitangan awam
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan
Pembelian kenderaan oleh Angkatan Tentera Malaysia
Belanjawan manakah akan digunakan oleh kerajaan semasa negara menghadapi masalah inflasi?
Belanjawan defisit
Belanjawan negara
Belanjawan lebihan
Belanjawan seimbang
