Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Zaiton tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta kayu

c)

buta gaji

d)

buta huruf

2.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

mulut murai

b)

otak cair

c)

mulut tempayan

d)

otak udang

3.

Kazim mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

4.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah bendul

b)

langkah kanan

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

5.

Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

cekal hati

b)

geli hati

c)

makan hati

d)

isi hati

6.

Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

tanda mata

c)

harga mati

d)

tanda harga

7.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

angkat kaki

c)

berat sebelah

d)

lepas tangan

8.

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

9.

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

10.

___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a)

Hancur hati

b)

Makan hati

c)

Besar hati

d)

Jatuh hati

11.

Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

duit hantaran

b)

duit kopi

c)

duit pecah

d)

duit raya

12.

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

13.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti anjing menyalak bukit

b)

seperti tikus membaiki labu

c)

seperti lembu dicucuk hidung

d)

seperti murai tercabut ekor

14.

Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________ para penonton.

a)

mengambil berat

b)

mengambil tahu

c)

menarik hati

d)

mencuit hat

15.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menyusu kera di hutan

c)

bagai anjing menyalak bukit

d)

bagai menanam tebu di bibir