wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA SPM

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian nyatakan tiga peribahasa sesuai dengan situasi di dalam dialog.

a)

bagai gunting dalam lipatan

b)

di mana ada kemahuan di situ ada jalan

c)

bagai aur dengan tebing

d)

alah bisa tegal biasa

e)

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya

2.

Berikan maksud peribahasa indah khabar dari rupa.

a)

perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.

b)

perkhabaran yang indah dalam keadaan atau rupa yang sebenarnya

c)

rupa seseorang yang cantik daripada keadaan sebenar.

3.

Berikan maksud peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

a)

cuba dahulu sebelum mengalah.

b)

sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.

c)

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

4.

Berikan maksud peribahasa alah bisa tegal biasa.

a)

perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

b)

wajah yang cantik tak semestinya budi pekertinya mulia.

c)

berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

5.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa seperti embun di hujung tanduk.

a)

seperti buah di hujung tanduk.

b)

seperti telur di hujung tanduk.

c)

seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

6.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa bagai pinang dibelah dua.

a)

seperti mutiara dengan kalung

b)

seperti cincin dengan jari

c)

seperti cincin dengan permata

7.

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

a)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

b)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

c)

sepertu belut pulang ke lumpur

8.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa orang berkumpul atau datang ke tempat yang mudah mendapat rezeki.

a)

buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali

b)

durian runtuh

c)

di mana ada gula di situ ada semut

9.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.

a)

masa itu emas

b)

perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

c)

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

10.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat sengaja mencari susah atau bahaya.

a)

tiada beban batu digalas

b)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

c)

dalam tangan