NEW
Font size
WorksheetsRabithah Challenge
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah hukum bersuci bagi orang yang ingin mengerjakan ibadat ?
Harus
Wajib
Sunat
Makruh
Ada berapa cara bersuci
Dua
Tiga
Lima
Enam
Ada berapakah jenis air ?
Tiga
Empat
Enam
Lima
Apakah maksud air musyammas?
air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas
air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa
air yang bercampur dengan najis
air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan yang lain
Berapakah jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci?
8
7
9
5
Berapakah jenis mandi?
Satu
Tiga
Dua
Empat
Berbekam atau mengambil darah adalah ___________ ketika berpuasa.
Haram
Sunat
Harus
Makruh
Berikut merupakan puasa yang diharamkan KECUALI?
Puasa hari tasyrik
Puasa hari asyura
Puasa pada hari syak
Puasa hari raya
Pada malam 10 Ramadhan , nurul tidak mahu berpuasa, namun telah mengubah fikirannya pada selepas waktu subuh untuk berpuasa pada hari tersebut lalu berniat . Adakah puasanya sah?
Tidak sah tetapi dimaafkan
Tidak sah
Sah bersyarat
Sah
Zaidah sedang menyusukan anaknya,kerana bimbang susunya tidak mencukupi untuk anaknya, dia telah berbuka puasa, setelah akhir ramadhan dia hendaklah,
Bayar fidhyah dan wajib qadha puasa
Bayar kifarah dan qadha puasa
Puasa sunat dan bayar fidhyah
Wajib qadha puasa sahaja
Menurut mazhab Syafie, berikut merupakan bangkai tetapi bukan najis, KECUALI;
Belalang
Ikan
Nyamuk
Mayat manusia
Yang manakah antara berikut merupakan rukun tayamum?
Memulai dengan bismillah
Menyapu muka dan kedua tangan dengan 2 kali tepuk
Menceraikan jari tangan ketika menepuk tanah supaya debu melekat
Menipiskan atau mengurangkan ketebalan tanah dengan tepuk atau tiup kedua-dua tapak tangan
Golongan manakah yang wajib mengqada’kan solat yang ditinggalkannya?
Orang murtad yang memeluk islam semula
Orang kafir yang memeluk Islam
Orang yang gila atau pitam apabila dia telah sembuh kembali
Perempuan yang meniggalkan solat kerana haid atau nifas
Berikut merupakan rukun dalam solat, KECUALI;
I’tidal
Tasyahhud ketika duduk tahiyat akhir
Toma’ninah
Tertib
Antara sunat dalam solat berikut yang manakah perlu ditampung dengan sujud sahwi jika ditinggalkan ;
Membaca doa iftitah
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram
Membaca ayat al-Quran lain selepas al-fatihah
Selawat ke atas Nabi selepas tasyahhud awal
Ketika solat berjemaah, Ina telah menjadi imam dalam keadaan sakit perut. Ina terkentut ketika memberi salam kedua. Ani yang menjadi makmum tidak dapat menahan ketawa sebelum sempat memberi salam. Apakah hukum solat mereka?
Ina batal, Ani batal
Ina batal, Ani sah
Ina sah, Ani batal
Ina sah, Ani sah
Yang manakah antara perbuatan berikut tidak membatalkan solat;
Mengucapkan alhamdulillah ketika terbersin dalam solat
Menahan kencing atau hadas besar
Menukar niat solat ketika solat (contoh tukar niat solat tahajjud kepada solat taubat)
Menelan sisa makanan dalam mulut ketika solat
Sebagai Imam solat sunat hari raya puasa, adalah makruh baginya untuk;
Makan sedikit sebelum solat sunat hari raya
Pakai wangi-wangian
Berjalan-jalan jumpa orang sebelum solat Hari Raya
Melaksanakan solat sunat lain sebelum dan selepas solat sunat hari raya
Seorang muslim diwajibkan mandi dalam keadaan berikut, KECUALI;
Janabah
Selepas mandikan mayat
Mati
Selepas melahirkan anak
Pia tertidur kira-kira 5 minit ketika sujud ketika tahajud. Apakah hukumnya?
Sah, teruskan solat apabila tersedar
Batal solat, batal wudhuk
Batal solat, bangun dan solat semula
Berdosa
