Font size
WorksheetsTATABAHASA 2
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Air sungai mengalir ________ itu telah menghanyutkan pokok-pokok kecil yang ada di tepi tebing.
laju
deras
perlahan
cepat
Beberapa orang ahli pasukan Pengakap itu sedang _________ di padang kawad.
kumpulan
pengumpulan
berkumpul
terkumpul
Aktiviti gotong-royong amat penting ________ memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli masyarakat.
semoga
sementara
sehingga
untuk
Mak Yati: Jamilah, hari hendak hujan _________ angkat kain jemuran dan _________ biarkan adik kamu berhujan, nanti demam.
Jamilah: Baiklah, ibu.
sila.....harap
minta.....usah
tolong.....jangan
harap.....tolong
Sultan memberitahu kepada bendahara, "_______ berkenan untuk beradu di istana hinggap."
hamba
patik
beta
tuanku
Nasi yang dimasak oleh nenek Siti itu telah _______ kerana dia terlupa mengecilkan api.
hangit
hancing
hapak
hamis
Sebelum ke sekolah, Fazilah makan sekeping roti sebagai __________.
alas perut
banyak mulut
buah mulut
ikat perut
Kita mesti banyak membaca dan menambah pengalaman supaya tidak menjadi seperti _________________.
rusa masuk kampung
katak di bawah tempurung
isi dengan kuku
gula dihurungi semut
Pihak tentera telah menjumpai beberapa __________ senapang di hutan tersebut.
ruas
bilah
laras
batang
Beberapa orang pustakawan ditugaskan untuk membalut buku-buku yang berkulit lembut sahaja.
Pilih perkataan antonim bagi lembut.
kenyal
keras
kuat
kental
Ayam jantan itu mengais-gais tanah untuk mencari cacing.
menggali-gali
mencakar-cakar
mematuk-matuk
melibas-libas
Pilih ayat yang sama maksud.
Semua murid yang menunggang basikal perlu berhati-hati semasa ke sekolah.
Semua penunggang basikal perlu berhati-hati semasa ke sekolah.
Semasa ke sekolah, murid-murid perlu berhati-hati menunggang basikal.
Penunggang basikal perlulah berhati-hati semasa ke sekolah.
Murid-murid berhati-hati semasa ke sekolah dengan menunggang basikal.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Mengapakah penggunaan baja organik baik untuk kesihatan?
Penggunaan baja organik baik untuk kesihatan kerana tidak mengandungi bahan kimia.
Sebungkus baja organik berharga RM15.00.
Baja organik banyak terdapat di pasaran.
Baja organik dapat dibeli di kedai pertanian.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawaban yang diberi.
Perusahaan membuat kek cawan coklat itu diusahakan oleh Puan Fadilah.
Bilakah Puan Fadilah memulakan perusahaan membuat kek cawan coklat itu?
Apakah bahan yang digunakan oleh Puan Fadilah untuk membuat kek cawan coklat itu?
Di manakah Puan Fadilah membuat kek cawan coklat itu?
Siapakah yang mengusajakan perusahaan membuat kek cawan coklat itu?
Pilih satu ayat yang betul.
Sila mengecil-ngecilkan kebolehkan adik kamu.
Jemput jangan kalian sentuh peralatan yang bahaya di dalam bengkel itu.
Jangan harapkan dia akan datang kalau ayahnya tiada di rumah.
Tolong minta jemput mereka yang tiada berkaitan keluar sekarang.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.
Tubuh yang kemas melayakkan pemuda itu untuk menyertai pertandingan bina badan.
Nur menyusun buku-buku di atas meja ibunya dengan kemas.
Encik Lee berpakaian kemas setiap hari supaya dicontohi oleh pekerja-pekerjanya.
Ketua kelas mengarahkan rakan-rakan kelas kemas kerusi meja masing-masing sebelum pulang.
