WorksheetsKuiz 05_Kata Ganda
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Adik Sofea sakit gigi kerana terlalu banyak makan ___________________.
daun-daun
sayur-sayur
buah-buah
gula-gula
Semua lukisan di Pameran Lukisan Antarabangsa itu ___________________ belaka.
langit-langit
cantik-cantik
pendek-pendek
semak-samun
Selepas mencuci pinggan, Faziana meletak ___________________ itu di atas rak.
semak-samun
pinggan-mangkuk
piring-piring
kasut-kasut
Pejalan kaki dinasihat untuk menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
bebola
lelabah
jejambat
jejantas
Keadaan di dalam kelas 5 Anggerik menjadi _____________________ setiap kali guru tiada di dalam kelas.
lintang-pukang
hingar-bingar
terumbang-ambing
gelap-gelita
Umur Sari Yanti _________________ 10 tahun pada bulan Julai nanti.
padat-padat
nyaris-nyaris
genap-genap
bulat-bulat
Ruang tamu Raiqal menjadi _____________________ apabila bekalan elektrik terputus.
gelap-gelita
terang-benderang
gelap-gelap
malap-malap
Sebiji ___________________ di ruang tamu itu penuh berisi air.
lelangit
lelayang
kekabu
lelabu
Warna langit yang ____________________ semasa senja di ufuk barat sangat cantik.
kemerah-merahan
tumbuh-tumbuhan
kecil-kecilan
bersama-sama
Kedengaran __________________ penyokong pasukan negara yang bergema di dalam dewan itu.
kacau-bilau
sorak-sarai
kucar-kacir
kelam-kabut
Bapa Ben sedang menebas ________________ di belakang rumahnya.
bukit-bukau
semak-samun
kayu-kayan
gunung-ganang
Apabila tiba musim kemarau, sawah padi menjadi _______________________.
orang-orang
kering-kontang
kering-kering
basah-kuyup
Micheal menangis ___________________ kerana ayahnya enggan membelikannya permainan baharu.
gelak-tawa
terbahak-bahak
teresak-esak
malu-malu
Keistimewaan ______________________ ialah serangga ini dapat mengeluarkan cahaya.
labu-labu
kura-kura
kunang-kunang
kupu-kupu
Pengalaman menyaksikan perlumbaan basikal peringkat antarabangsa masih ____________________ dalam ingatan Jamsari.
riuh-rendah
ramah-tamah
kucar-kacir
segar-bugar
Jesicca suka mengejar ____________________ di taman bunga bersama rakannya.
anai-anai
pijat-pijat
rama-rama
labah-labah
Jiran tetangga seharusnya saling ______________________ antara satu sama lain .
bantu-membantu
marah-memarahi
mudah-mudahan
pukul-memukul
Buku yang dimiliki oleh Robert _______________ belaka.
keras-keras
kasar-kasar
tebal-tebal
sopan-sopan
____________________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
Pepijat
Rerama
Jejentik
Pepatung
Ibu saya masak _____________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Singapura.
buah-buahan
lauk-pauk
sayur-sayuran
buah-buah
