NEW
Font size
WorksheetsQuiz Peribahasa Tahun 3
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
Titik peluh
Mata duitan
Mata keranjang
Mata pencarian
Encik Halim _____ apabila dia telah menjadi kaya.
buah fikiran
lupa daratan
ayam tambatan
orang bawahan
Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami.
durian runtuh
kacang hantu
dalam tangan
tangan terbuka
Nina dikatakan _____ kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.
iri hati
buruk siku
bidan terjun
omong kosong
Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____ .
buku lima
duit kopi
bendera putih
putih mata
Sikap _____ yang ada pada Abu tidak harus dicontohi.
berat tulang
cari jalan
alas perut
senang hati
Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.
isi hati
ikat perut
cepat tangan
panjang tangan
Alif _____ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.
hati tikus
langkah kiri
langkah seribu
langkah kanan
Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.
tajam akal
otak udang
tanda mata
rambang mata
Emak menyediakan ____ untuk kami selepas makan malam.
mulut murai
banyak mulut
mulut tempayan
pembasuh mulut
Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.
ajak-ajak ayam
gila-gila bahasa
bau-bau kacang
nyawa-nyawa ikan
Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
kaki botol
kaki bangku
kaki ayam
angkat kaki
Cikgu Shah ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
diam ubi
naik darah
lipas kudung
kera sumbang
Aini yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.
khabar angin
kepala batu
geli hati
buah hati
Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.
batu api
cakar ayam
bekas tangan
berat sebelah
Suzana _____ di sebuah syarikat antarabangsa.
berat mulut
makan gaji
tangkai jering
mandi kerbau
Gempa bumi yang melanda negara Jepun menjadi _____ penduduk sejagat sejak kebelakangan ini.
buah mulut
bahasa pasar
darah daging
cangkul angin
Aina dan Aishah _____ selepas berada di rumah saya selama lima jam.
titik peluh
telinga kuali
makan suap
minta diri
Ibu bapa Hazim _____ apabila mengetahui keputusan peperiksaan Hazim semakin merosot.
hidung tinggi
iri hati
hancur hati
besar hati
Anis ____ abangnya untuk menjadi seorang peguam.
ikut jejak
bulat hati
anak angkat
anak tunggal
