wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa Tahun 3

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Che Gayah mudah mengajar Kelas 5 Cerdik kerana murid-muridnya _______ .

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

2.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menjadi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.

a)

halwa telinga

b)

hati terbuka

c)

telinga kuali

d)

lapik perut

3.

Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

4.

Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berhijrah ke bandar.

a)

sampai hati

b)

sagu hati

c)

makan hati

d)

sakit hati

5.

Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.

a)

bersengkang mata

b)

tebal telinga

c)

sekangkang kera

d)

berat mata

6.

Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.

a)

buah fikiran

b)

gerak hati

c)

ada bakat

d)

ada angin

7.

Faiz ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.

a)

mabuk selasih

b)

ikat perut

c)

mabuk darah

d)

geli hati

8.

Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.

a)

buah fikiran

b)

curi tulang

c)

buah mulut

d)

curi hati

9.

“Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,” tegur ibu.

a)

telinga tempayan

b)

telinga kuali

c)

buruk selera

d)

buruk siku

10.

Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahim _____ ke luar negara.

a)

mandi mawar

b)

mandi peluh

c)

bawah angin

d)

bawa diri

11.

Farzana tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.

a)

berpeluk tubuh

b)

kepala batu

c)

bertikam lidah

d)

habis jodoh

12.

Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.

a)

jalan belakang

b)

gigi hutan

c)

hilang akal

d)

jejak bara

13.

Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.

a)

mulut tempayan

b)

gigi hutan

c)

kaki ayam

d)

jejak bara

14.

Mak Peah tidak disukai oleh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.

a)

tangan kanan

b)

buta huruf

c)

bawa mulut

d)

alas perut

15.

Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Ezah.

a)

ambil berat

b)

cari salah

c)

cari makan

d)

ambil hati

16.

Mak Leha ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.

a)

diam ubi

b)

habis akal

c)

hilang akal

d)

makan duit

17.

Encik Razak berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib telah dilakukan.

a)

mabuk selasih

b)

makan angin

c)

mabuk darah

d)

makan duit

18.

Encik Amar ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.

a)

naik darah

b)

kera sumbang

c)

diam ubi

d)

lipas kudung

19.

Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.

a)

rambang mata

b)

tebal telinga

c)

panjang akal

d)

makan hati

20.

Mak Bedah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.

a)

jatuh hati

b)

jalan buntu

c)

jauh hati

d)

berat sebelah