Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Drama : Tenang-Tenang Air di Tasik (3 Zamrud)

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis antologi/video yang ditonton sebentar tadi?

a)

Drama

b)

Cerpen

c)

Prosa Tradisional

d)

Hikayat

2.

Apakah tema yang PALING TEPAT bagi drama in?

a)

Sikap kejam segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

b)

Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

c)

Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

d)

Sikap sambil lewa segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

3.

Berikut merupakan persoalan dalam drama ini KECUALI

a)

Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

b)

Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.

c)

Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.

d)

Keadilan dalam menegakkan kebenaran dalam mahkamah.

4.

Senaraikan watak-watak dalam drama ini...

a)

Muzafar

b)

Muzamir

c)

Muzaifar

d)

Muzaimir

5.

Senaraikan perwatakan watak Muzafar

a)

Seorang yang rasional dan berpendirian tegas.

b)

Seorang yang amanah dan bertanggungjawab.

c)

Merupakan anak tunggal dan wajah dan perwatakan seiras dengan Muzamir.

d)

Merupakan anak tunggal dan yatim piatu.

6.

Senaraikan perwatakan watak Muzamir

a)

Seorang yang pendiam dan pentingkan diri sendiri.

b)

Seorang yang gigih menjalani latihan.

c)

Seorang yang mengenang budi.

d)

Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.

7.

Senaraikan latar tempat yang terdapat dalam video yang ditonton sebentar tadi.

a)

Tasik Permai.

b)

Studio, Tasik Permai.

c)

Beranda chalet, Tasik Permai.

d)

Kolam ikan, Tasik Permai.

8.

Senaraikan latar masa dalam video tadi.

a)

Waktu subuh.

b)

Ketika tiga bulan.

c)

Waktu siang.

d)

Empat hari tiga malam.

9.

Senarikan latar masyarakat dalam drama ini.

a)

Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

b)

Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga.

c)

Masyarakat yang mahu menuntut keadilan atas hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

d)

Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

10.

Berikut merupakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam drama ini KECUALI....

a)

Kejujuran.

b)

Kerjasama.

c)

Kasih Sayang.

d)

Rasional.

11.

Senaraikan pengajaran yang terdapat dalam drama ini.

a)

Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

b)

Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai alasan utama.

c)

Kita hendaklah menanam sifat tidak sabar ketika membimbing orang kelainan upaya.

d)

Kita tidak sewajarnya bersikap pilih kasih terhadap orang kelainan upaya.

12.

Mengapakah ibu Muzafar terkejut ketika menyaksikan tayangan video rakaman di studio?

a)

Dia sangat terkejut apabila Muzafar memberitahu bahawa dia terjatuh ke dalam tasik.

b)

Dia sangat terkejut apabila Muzafar memberitahu bahawa terdapat seseorang yang lemas di Tasik Permai.

c)

Dia sangat terkejut apabila Muzafar memberitahu bahawa orang itu ialah Muzamir yang seiras dengan wajahnya.

d)

Dia sangat terkejut apabila Muzafar memberitahu bahawa dia hampir lemas ketika mendayung di Tasik Permai.

13.

Mengapakah Muzamir tidak tidur lagi sedangkan semua peserta lain sudah tidur?

a)

Muzamir memberitahu Azizi bahawa dia tidak boleh tidur kerana dia berasa lapar kerana siang tadi dia tidak makan.

b)

Muzamir memberitahu Azizi bahawa dia tidak boleh tidur kerana terlalu gembira dengan pencapaian pasukannya dalam program berkayak.

c)

Muzamir memberitahu Azizi bahawa dia tidak boleh tidur kerana dia bermimpi sesuatu yang ngeri.

d)

Muzamir memberitahu Azizi bahawa dia tidak boleh tidur kerana perutnya memulas-mulas kerana tersalah makan.

14.

Berapakah bilangan peserta yang menyertai ekspedisi berkayak ini?

a)

36 orang peserta termasuk enam orang yang berpenglihatan normal.

b)

36 orang peserta termasuk tujuh orang yang berpenglihatan normal.

c)

37 orang peserta termasuk enam orang yang berpenglihatan normal.

d)

37 orang peserta termasuk tujuh orang yang berpenglihatan normal.

15.

Mengapakah ibu Muzafar tidak mengizinkan Muzafar mengikuti ekspedisi berkayak?

a)

Ibu Muzafar sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Muzafar akan melatih dan mengiringi kumpulan orang cacat penglihatan berkayak merentasi Tasik Permai.

b)

Ibu Muzafar sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Muzafar akan mengikuti ekspedisi berkayak selama sebulan di Tasik Permai.

c)

Ibu Muzafar sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Muzafar mengatakan dia akan mengikuti aktiviti berkayak yang lebih ekstrem.

d)

Ibu Muzafar sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa Muzafar mengatakan ekspedisi berkayak sangat berisiko dan boleh mengancam nyawa.