wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pedicure

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri kuku normal dan sihat?

a)

Pejal

b)

Rata dan bersinar

c)

Mudah dilenturkan

d)

Ketebalan kutikel sama

2.

Apakah tujuan perkhidmatan pedikur dilakukan?

a)

Memperbetulkan urat kaki

b)

Merangsang peredaran darah

c)

Memperbaiki kaki yang patah

d)

Mencegah kaki daripada jangkitan

3.

Bagaimanakah cara pelupusan sampah yang betul bagi perkhidmatan pedikur?

a)

Sapu sampah di akhir waktu kerja

b)

Buang sampah di akhir waktu kerja

c)

Buang peralatan tajam di dalam tong sampah kitar semula

d)

Pastikan tempat pembuangan sampah jauh dari ruang kerja

4.

Apakah maklumat penting yang perlu direkodkan oleh juruestetik semasa mengisi borang konsultasi pelanggan?

a)

Sejarah penyakit

b)

Maklumat pelanggan

c)

Kehendak pelanggan

d)

Kemampuan pelanggan

5.

Apakah nasihat yang perlu diberikan kepada pelanggan selepas tamat perkhidmatan?

a)

Pastikan kaki sentiasa bersih

b)

Gunakan losyen pelembap selepas mandi

c)

Pastikan kaki sentiasa lembap untuk mengekalkan kelembapan kaki

d)

Pakaikan cat kuku yang bersesuaian untuk mengekalkan kecantikan kuku

6.

Berapakah masa yang diperlukan semasa merendam kaki di dalam minyak zaitun?

a)

10 minit

b)

15 minit

c)

20 minit

d)

30 minit

7.

Berapakah sudut papan emery semasa membentuk kuku?

a)

45°

b)

90°

c)

100°

d)

180°

8.

Namakan otot yang berlabel A di dalam rajah.

a)

Soleus

b)

Tendon

c)

Fibularis

d)

Gastronemius

9.

Bahagian ini berbentuk bulan sabit yang berwarna putih pucat dan berada di antara matriks dan plat kuku. Apakah nama bahagian yang dimaksudkan?

a)

Lanula

b)

Kutikel

c)

Matriks

d)

Dinding kuku

10.

Apakah masalah kulit yang terjadi di dalam rajah?

a)

Calluses

b)

Corns nail

c)

Corrugations

d)

Athlete's foot

11.

Apakah faktor penyebab berlakunya penyakit Onikomikosis pada kuku kaki?

a)

Keadaan kuku yang dijangkiti kulat

b)

Keadaan penyakit kurap pada kuku

c)

Keadaan radang di sebahagian kuku

d)

Tisu di sekeliling kutikel kuku bengkak

12.

Apakah peralatan yang digunakan untuk memanaskan minyak zaitun?

a)

Pot heater

b)

Pot waxing

c)

Pedicure bowl

d)

Periuk memasak

13.

Mengapakah papan emeri jenis logam tidak boleh digunakan semasa membentuk kuku?

a)

Menyebabkan luka pada jari

b)

Mencalarkan permukaan plat kuku

c)

Melambatkan proses membentuk kuku

d)

Melemahkan dan memecahkan plat kuku

14.

Apakah kegunaan garam epsom semasa perkhidmatan pedikur?

a)

Membuang toksin

b)

Melancarkan peredaran darah

c)

Melembutkan bahagian sel kutikel

d)

Memudahkan proses membuang calluses

15.

Susun langkah persediaan pelanggan sebelum melakukan perkhidmatan pedikur.


I. Bawa pelanggan ke tempat perkhidmatan

II. Letakkan kaki pelanggan di atas kerusi pedikur

III. Sanitasi kaki pelanggan menggunakan surgical spirit

IV. Sanitasi tangan juruestetik menggunakan hand sanitizer

a)

I, II, III, IV

b)

I, IV, III, II

c)

II, III, IV, I

d)

IV, III, II, I