NEW
Font size
WorksheetsT4B4 Sejarah Percubaan (KBSM)
Total questions: 50
Worksheet time: 49mins
Perang al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib
Apakah faktor peperangan tersebut berlaku?
Pembunuhan anggota kabilah
Perebutan harta rampasan perang
Perselisihan tentang hak perniagaan
Pencerobohan kawasan petempatan
Al-Arqam Bin Abu Arqam telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.
Apakah sumbangan yang dimaksudkan?
Mengumpul ayat al-Quran
Mengetuai hijrah ke Habsyah
Mewakafkan rumah sebagai pusat dakwah
Menyampaikan maklumat kegiatan musuh
Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?
Keturunan baginda dihormati
Berpengalaman luas
Memiliki kebijaksanaan
Sentiasa dipercayai
Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab ?
Penyebaran Islam di Makkah
Perbalahan antara kaum dielakkan
Perkembangan perdagangan di Makkah
Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam
Apakah kesan daripada amalan sistem kabilah dan semangat assabiah?
I. Menggalakkan mobiliti sosial
II. Menyukarkan perpaduan rakyat
III. Menggalakkan semangat perkauman
IV. Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perang al-Basus
Berlaku antara Bani Tabligh dengan Bani Bakar
Berlangsung selama 40 tahun
Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan?
Mengimbangi taraf ekonomi antara etnik
Meningkatkan persefahaman penduduk
Meningkatkan kemajuan infrastruktur
Memperkuat bidang ketenteraan
Apakah kesan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?
Memantapkan sistem pentadbiran
Memulakan persaingan kuasa
Memperkukuh perpaduan antara suku
Mewujudkan semangat assabiah
Mengapakah konsep persaudaraan Islam tidak dapat diterima oleh orang Arab Quraisy?
Takut akan hukuman Allah
Khuatir kehilangan kuasa
Bertentangan dengan semangat assabiah
Bimbang pengaruh sebagai ketua tergugat
Peristiwa berikut melibatkan Nabi Muhammad SAW yang dilantik sebagai hakim.
Peristiwa perletakan HajarAswad ke tempat asalnya di penjuru Timur Kaabah.
Apakah kesan peristiwa berkenaan?
Pembahagian kuasa pemimpin
Persengketaan antara kabilah diatasi
Peperangan antara kabilah tercetus
Pembukaan semula Kota Makkah
Surah Al-Alaq ayat 1-5 telah diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hirak pada 6 Ogos, 610 Masihi.
Apakah kesan daripada penurunan wahyu tersebut?
Peristiwa Hijrah berlaku
Zaman Jahiliah berakhir
Pembukaan Kota Makkah berjaya
Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani
Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan ajaran Islam secara rahsia selama tiga tahun.
Mengapakah baginda berbuat demikian?
Ancaman kuasa asing
Bilangan penganut kecil
Arahan pemimpin tempatan
Kekurangan sumber kewangan
Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib.
Apakah sebab empangan tersebut runtuh?
Diperbuat daripada tanah liat
Disebabkan banjir besar
Kejadian gempa bumi
Bencana ribut pasir
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah dikatakan mempunyai nilai moral yang rendah?
Menyembah berhala
Mementingkan keduniaan
Meminum arak, berzina dan berjudi
Memuja alam seperti pokok dan matahari
Abu Talib, Abdul Muttalib dan Halimatus Sa'diyah berperanan penting dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah peranan tokoh tersebut?
Mengetuai ketenteraan
Meramal kerasulan
Melindungi keselamatan
Menyediakan modal perniagaan
Dialog berikut di atas mungkin berlaku di antara pemimpin Quraisy di Makkah.
Pemimpin 1 : Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita sebagai pemimpin.
Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita.
Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w.?
Penyebaran Islam tersekat
Perjanjian damai tersekat
Penghijrahan baginda ke Habsyah
Pemulauan terhadap keluarga baginda
Mengapakah Perang Al-Basus berlaku selama 40 tahun di Tanah Arab pada Zaman Jahiliah?
Perebutan sumber air
Pelanggaran syarat perjanjian
Menuntut pembebasan tawanan
Mengamalkan semangat assabiah
Peperangan al-Basus yang berlaku pada zaman Jahilliah menunjukkan masyarakat Arab mementingkan
agama
darjat
puak
kawasan
Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada 6 Ogos 610 Masihi (17 Ramadhan).
Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?
Mengekalkan persamaan taraf sesama manusia
Penyatuan umat di bawah satu akidah
Pembelaan terhadap agama
Membaca untuk meningkatkan ilmu
Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan.
Berdasarkan pernyataan tersebut, nilaikan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.
I. Kucar-kacir
II. Akhlak rendah
III. Membuang bayi
IV. Wanita dilarang berkahwin
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut berkaitan dengan sejarah awal perkembangan Islam di Makkah.
Tarikh : 6 Ogos 610 Masihi
Tempat : Gua Hirak
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Zaman Jahiliah berakhir
Pelbagai kaum bersatu
Negara bangsa diasaskan
Sistem khalifah dilaksanakan
Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menyebarkan Islam.
Ukuran utama yang ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berdakwah ialah
I. Kesabaran
II. Pengorbanan
III. Kesungguhan
IV. Keinginan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Peperangan al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taqhlib semasa zaman Jahiliyah di Tanah Arab.
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
Perebutan harta rampasan perang
Pembunuhan anggota kabilah
Perselisihan tentang kawasan
Pencerobohan kawasan penempatan
Nabi Muhammad s.aw. telah meletakkan Hajar Aswad di atas kain serban dan wakil setiap kabilah memegang setiap bahagian tepi kain serban itu.
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.?
Pemimpin yang unggul
Ketua keluarga cemerlang
Sentiasa dipercayai
Bijak berdakwah
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
Mengamalkan sistem Kabilah
Hidup berpuak-puak
Apakah faktor yang membawa kepada kemunculan sifat tersebut?
I. Sistem yang berasaskan keturunan
II. Keadaan geografi dan tempat tinggal
III. Perpaduan yang erat dalam masyarakat
IV. Perebutan jawatan syeikh sebagai ketua kabilah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Nilaikan kesan keruntuhan empangan Maarib kepada masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab.
Permulaan Zaman Jahiliah
Masyarakat Islam berhijrah
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Tamatnya Zaman Jahiliah
Nilaikan kesan peperangan al-Basus dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.
Mempunyai sikap yang suka berperang
Kehidupan yang berpuak-puak
Mengamalkan penindasan
Menguasai kawasan perniagaan
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutallib dilakukan setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam.
Bagaimanakah Nabi Muhammad melaksanakan perintah ini?
I. Bermusyawarah dengan para sahabat
II. Mengadakan majlis ceramah
III. Berhijrah ke Madinah
IV. Membuat lawatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, manakah sesuai dengan sifat fatanah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.?
Menyayangi orang tua dan kanak-kanak
Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
Mengelakkan diri daripada berbohong
Mengasingkan diri di gua Hirak
Apakah bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad s.a.w. yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah?
Mendekati orang ramai
Menyekat aktiviti perniagaan
Menyekat hubungan dengan Yathrib
Menghalang kemasukan ke Kota Makkah
Pada 6 Ogos 610 Masijhi, Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu yang pertama.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Penyebaran Islam secara meluas
Pemisahan Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam.
Amir bin Fuhairah
Bilal bin Rabah
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
Kebebasan beragama
Perubahan status
Persamaan taraf
Desakan keluarga
Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah.
“Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”.
Surah al-Nahl : ayat 58 -59 – terjemahan
Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan tindakan tersebut diambil?
Mengatasi masalah kemiskinan
Mengurangkan anak perempuan
Meningkatkan status keluarga
Menjaga maruah keluarga
Apakah usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk membetulkan akidah masyarakat Arab Jahiliah?
Mengasingkan diri untuk beribadat di Gua Hirak
Menggalakkan Arab Jahiliah berhijrah ke Madinah
Menanam keimanan yang kuat kepada Allah
Menyerang dan menguasai Kota Makkah
Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah
Kedudukan wanita rendah
Mengamalkan riba
X
Apakah X?
Menghormati keputusan kabilah yang lain
Menghormati persamaan taraf dalam kabilah
Mengamalkan semangat kesukuan yang tinggi
Mempunyai sistem pentadbiran yang mantap
Tokoh berikut berperanan dalam proses penyebaran Islam di Makkah
Siti Khadijah binti Khuwailid
Ali bin Abu Talib
Zaid bin Harithah
Jelaskan peranan tokoh tersebut dalam perkembangan ajaran Islam?
Menyertai hijarah ke Habsyah
Mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran
Menerima ajaran Islam pada peringkat awal
Menjadiakn rumah sebagai pusat dakwah
Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.
Menyembah berhala
Menanam bayi perempuan
X
Apakah X?
Menjalinkan kerjasama antara kabilah
Memiliki ilmu pengetahuan tinggi
Mengamalkan semangat asabiah
Mempunyai susun lapis masyarakat
Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?
I. Perbezaan kepercayaan
II. Prinsip perjuangan berbeza
III. Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’
IV. Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat menunjukkan salah satu amalan masyarakat Zaman Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah = Mananam bayi perempuan hidup-hidup
Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat pada zaman tersebut bertindak demikian?
Menonjolkan kekuasaan
Memartabatkan maruah keluarga
Membuktikan kekuatan fizikal
Mengamalkan semangat assabiah
Maklumat menerangkan peristiwa yang berlaku di Bukit Safa.
Bukit Safa
Majlis dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut ?
Penentangan Arab Quraisy terhadap Islam
Pembentukan kerajaan Islam yang pertama
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Penyebaran Islam secara terbuka kepada orang Islam
Keengganan Nabi Muhamad S.A.W menghentikan dakwah islamiah di Kota Mekah telah menyebabkan orang Quraisy mengadakan pemulauan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah pemulauan tersebut dilakukan?
I. Tidak dibenarkan keluar dari Kota Mekah
II. Tidak dibenarkan bercucuk tanam di Kota Mekah
III. Tidak dibenarkan mengahwini keluarga Nabi Muhamad s.a.w.
IV. Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi Muhamad s.a.w.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Nabi Muhammad s.a.w terkenal dengan sifat kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jelaskan peristiwa yang menyerlahkan kebijaksanaan baginda.
Semasa pembukaan kota Makkah
Pelantikan baginda sebagai rasul
Memeterai Perjanjian Hudaibiyah
Menyelesaikan persengketaan Hajar Aswad
Sistem berikut memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.
Sistem Kabilah berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
Nyatakan iktibar daripada pengamalan sikap ini kepada masyarakat Arab Jahiliah.
Wujudnya semangat kesukuan yang menebal
Aktiviti perniagaan berasaskan riba diamalkan
Pengamalan kepercayaan karut atau tahyul
Lahirnya perbuatan yang tidak bermoral
Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
Mempertahankan prinsip kesamarataan
Mendapat galakan daripada keluarga
Diberi jaminan keselamatan
Peka terhadap perubahan
Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.
Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7
Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. melaksanakan perintah tersebut?
Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah
Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah
Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy
Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu
Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?
Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy
Mendapatkan bantuan penduduk Madinah
Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak
Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu yang pertama.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Penyebaran agama Islam
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
I. Menghalalkan amalan riba
II. Menjalankan pemerinahan berpusat
III. Menjalin kerjasama antara kabilah
IV. Mengamalkan perkahwinan bebas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
X
Tiga tahun secara rahsia
Sepuluh tahun secara terbuka
Berdasarkan rajah di atas, X merujuk kepada
penerimaan Islam di Madinah
penyebaran Islam di Makkah
penghijrahan orang-orang Islam
pengumpulan ayat suci al-Quran
Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah.
· Bilal bin Rabah
· Amir bin Fuhairah
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
Perubahan status
Desakan keluarga
Persamaan taraf
Kebebasan beragama
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi?
Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai
Mengamalkan penyembahan berhala
Hidup berpecah belah
Tidak jujur dalam perniagaan
