WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 14mins
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Nyatakan kesalahan bahasa tersebut.
Seluruh rakyat jelata berasa sedih apabila sultan yang sakit sekian lama telah mangkat.
Jelata
Sakit
Rakyat
Sultan
Berikan nama pola bagi setiap ayat dasar di bawah ini.
Encik Wong seorang guru matematik.
Frasa Adjektif + Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Nama
Frasa Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Pilih ayat yang mempunyai pola Frasa Nama + Frasa Adjektif.
Dia dari kalangan keluarga bangsawan.
Sekumpulan pelajar sedang membuat pembentangan di hadapan kelas.
Kami sekeluarga melancong ke negara Eropah.
Cuaca pada pagi ini amat cerah.
Guru mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja rumah mereka.
Pilih ayat pasif yang sesuai dengan ayat di atas.
Guru denda mereka yang tidak siap kerja rumah.
Murid menerima denda daripada guru.
Murid yang tidak menyiapkan kerja rumah didenda oleh guru mereka.
Guru mendenda murid mereka yang tidak menyiapkan kerja rumah.
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Bungkusan itu sudah dikirimkan oleh Ramli semalam.
Ramli mengirim bungkusan semalam.
Semalam bungkusan dikirim Ramli.
Ramli telah menghantar bungkusan itu semalam.
Semalaman Ramli menghantar bungkusan.
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.
Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.
dan
atau
walaupun
kerana
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Izzah seorang yang sangat pendiam.
Apiqah pula seorang yang sangat peramah
dan
kerana
manakala
sungguhpun
Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.
Nyatakan predikat bagi ayat di atas.
suka memancing ikan di kolam itu
ikan di kolam itu
Azlan dan rakan-rakannya
Azlan
Jurulatih bola sepak itu akan melatih pasukan Noel empat kali seminggu selama lima bulan.
Nyatakan predikat bagi ayat di atas.
Noel
akan melatih pasukan Noel empat kali seminggu selama lima bulan
Jurulatih bola sepak itu
Pasukan Noel
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
Nyatakan subjek bagi ayat di atas.
kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
vitamin, mineral dan serat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
sayur-sayuran kaya
Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.
Nyatakan subjek bagi ayat di atas.
Rumah banglo
Rumah banglo di hujung jalan itu
Hujung jalan itu
Keluarga Aznita
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.
Jangan lupa untuk mengambil reset selepas kamu membuat pembayaran di kaunter.
Reset
Jangan
Pembayaran
Tiada kesalahan ejaan
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Nyatakan kesalahan bahasa tersebut.
Pendatang tanpa izin itu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana bukan mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Izin
Pihak berkuasa
Perjalanan
bukan
_____________perlu menunjukkan tingkah laku yang baik kepada pelancong asing.
A. Dia
b. Kita
c. Kami
d. Beliau
“Wahai, Tuah! Pada pendapat ____________ eloklah kita berangkat sekarang,” kata Hang Jebat.
beta
patik
hamba
tuan hamba
Puan Kamalia ____________ubat herba untuk anaknya yang sakit.
memasak
mereneh
menanak
menjerang
Dia memang ____________, segala nasihat daripada orang tua dan kawan-kawan tidak dihiraukannya.
naik kepala
sakit kepala
keras kepala
dalam kepala
Beberapa ____________ pisang nangka di kebun Pak Wan sudah tua.
biji
sisir
sikat
tandan
Pergerakan pemain bola keranjang yang ____________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan.
tangkas
pandai
cermat
laju
Sarah ___________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan gurunya.
kebuntuan
keberatan
kepekaan
kekeliruan
Pak Tam sudah berusia lanjut. ___________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.
Namun demikian
Di samping itu
Tambahan pula
Walhal
Puan Lim menggulung tikar di beranda rumahnya.
Pilih perkataan antonim bagi menggulung.
meletak
menebar
mengalas
menghampar
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
