Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 08_Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Merry John kelihatan anggun sekali apabila memakai sepasang ___________________ walaupun itu bukan pakaian tradisinya.

a)

Kurung Moden

b)

Kebaya Nyonya

c)

Baju Cheongsam

d)

Baju Kurung

2.

Walaupun terdapat banyak _________________ moden yang wujud pada zaman ini, namun muzik tradisional tidak akan lapok dek zaman.

a)

alat muzik

b)

alat sukan

c)

alat komputer

d)

alat tulis

3.

Sizuka memakai sepasang kasut _________________ yang berwarna kelabu.

a)

jam tangan

b)

tumit tinggi

c)

sepatu merah

d)

kasut kasual

4.

Murid-murid kelas 5 Anggerik cemerlang dalam semua __________________ yang diajar di sekolah.

a)

salah laku

b)

mata wang

c)

hal ehwal

d)

mata pelajaran

5.

Fasha telah menetapkan _________________ untuk berjumpa dengan doktor peribadinya esok.

a)

temu ramah

b)

temu bual

c)

temu duga

d)

temu janji

6.

Semua penduduk Taman Tasek Biru memberi ___________________ dalam aktiviti gotong-royong yang dijalankan.

a)

mata pelajaran

b)

kerjasama

c)

tandatangan

d)

sukarela

7.

Angel Liew menjalankan ____________________ sebagai seorang pengawas dengan penuh dedikasi.

a)

tanggungjawab

b)

kerjasama

c)

kakitangan

d)

sukarela

8.

Kedua-dua pihak itu menyelesaikan _________________ yang berlaku antara mereka dengan segera.

a)

salah satu

b)

salah faham

c)

salah guna

d)

salah laku

9.

Ibu memujuk Hanafi supaya tidak __________________untuk menjadi usahawan yang berjaya.

a)

patah semangat

b)

patah kaki

c)

patah hati

d)

patah selera

10.

Hasrin mengambil sebatang pen untuk melengkapkan permainan teka ___________________ itu.

a)

wayang kulit

b)

silang kata

c)

spak takraw

d)

batu seremban

11.

Wak Dol mengetuk paku di dinding menggunakan __________________.

a)

ketam kayu

b)

pembaris besi

c)

gerudi elektrik

d)

tukul besi

12.

Daniella mempunyai _____________________ yang panjang dan cantik.

a)

rambut pendek

b)

rambut lurus

c)

rambut hitam

d)

rambut kerinting

13.

Marsha dan Muiz ke ___________________ untuk mengulang kaji pelajaran.

a)

makmal komputer

b)

panggung wayang

c)

balai raya

d)

pusat sumber

14.

Adrian sedang _________________maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya.

a)

mereka cipta

b)

memuat turun

c)

mengemas kini

d)

mengatur cara

15.

Telefon bimbit yang lama itu tidak __________________ lagi pada era masa kini.

a)

ditemu bual

b)

diubah suai

c)

diambil alih

d)

diguna pakai

16.

Para pendidik mempunyai ______________ yang berat terhadap anak muridnya.

a)

sukarela

b)

tanggungjawab

c)

kerjasama

d)

kakitangan

17.

Insyirah mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan _________________ yang baru dibelinya.

a)

buku hutang

b)

buku akaun

c)

buku rujukan

d)

buku catatan

18.

Jay Yee sedang menggunakan sebuah ________________ untuk melihat objek halus yang terdapat di atas meja makmal.

a)

kanta mata

b)

kanta lekap

c)

kanta sentuh

d)

kanta tangan

19.

Nazley telah disaman oleh polis kerana telah melanggar _________________ di simpang jalan.

a)

lampu suluh

b)

lampu isyarat

c)

lampu tanah

d)

lampu jalan

20.

Razhael mengambil ________________ keretanya yang tergantung pada dinding rumah.

a)

anak mata

b)

anak tangga

c)

anak kunci

d)

anak jari