NEW
Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa Jun (1)
Total questions: 20
Worksheet time: 4mins
"Mazlan, marilah ____________ ke padang sekarang." kata Zanif.
kita
saya
kami
mereka
Mak Cik Gayah sangat sayang ______________ menantunya kerana rajin dan bersopan.
pada
akan
oleh
sejak
Perbuatan membuang sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan _____________.
tercemar
dicemari
pencemaran
mencemarkan
Abang Haziq melakukan kerja sambilan __________ menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
sambil
kecuali
malahan
sementara
Amira lebih __________ melakukan kerja-kerja rumah berbanding dengan kakaknya.
cekap
ceria
cerdas
tangkas
_______ boros bebelanja kerana tabiat itu akan merugikan diri sendiri.
Sila
Minta
Tolong
Jangan
Ismail hanya makan tiga _________ nangka yang dihidangkan oleh ibunya di atas meja.
biji
ulas
butir
buah
Arfah menggunakan beberapa ___________ tanah liat untuk membuat labu sayong.
kepul
gumpal
tompok
gugus
" ________, bergaya sungguh kamu hari ini, Qamarina!" puji Busyra.
Eh
Aduh
Amboi
Syabas
_____Sanusi miskin, _________ dia seorang yang bijak dan berbudi bahasa.
Bukan sahaja ... malahan
Sungguhpun ... namun
Oleh sebab ... maka
Jangankan ... pun
Kilang yang baru beroperasi itu mewajibkan ________ pekerjanya menjalani latihan kecekapan.
setiap
segala
sesetengah
setengah
Hasliza dan Haslinda merupakan satu-satunya pasangan __________ di kampung ini.
ipar duai
cahaya mata
anak angkat
kembar seiras
Tok Wan sering menceritakan kisah silam semasa zaman penjajahan kepada cucu-cucunya.
Pilin perkataan seerti bagi silam
lampau
purba
lama
kuno
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kasut sukan yang dibeli oleh abang berharga RM89.
Di manakah abang membeli kasut sukan itu?
Berapakah harga kasut sukan yang dibeli oleh abang?
Benarkah kasut sukan yang dibeli oleh abang berharga RM89?
Mengapakah abang membeli kasut sukan yang berharga RM89 itu?
Pilih jawpan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Sudah lamakah kamu menunggu Aina di sini?
Saya tetap menunggu Aina di sini sehingga dia datang.
Saya tidak pasti sama ada Aina datang atau tidak.
Sudah hampir satu jam saya menunggu Aina di sini.
Sudah lama saya menunggu Aina di sini.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Nazmi mengundang Nizar ke rumahnya untuk meraikan majlis hari jadi adiknya.
"Nizar, jemputlah ke rumah saya untuk meraikan majlis hari jadi," kata Nazmi.
"Sila datang ke rumah saya untuk meraikan majlis hari jadi adiik saya," kata Nizar.
"Nizar, tolong datang ke rumah untuk meraikan majlis hari jadi adik saya," kata Nazmi.
"Nizar, jemput datang ke rumah saya untuk meraikan majlis hari jadi adik saya," kata Nazmi.
Pilih ayat yang betul.
Mokhtar Dahari ialah antara pemain bola sepak Malaysia yang terhebat pada tahun 1970-an.
Artis yang paling diminati oleh Aniza ialah Mawi.
Rupa-rupa Joned adalah penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis.
Puan Fauziah adalah guru penyelaras Tahun 6 di sekolah saya.
Pilih ayat yang betul.
Cis, besar sungguh kereta orang kaya itu!
Eh, Cikgu Hazizul rupa-rupanya yang berlakon di atas pentas tadi!
Aduh, bilalah anaknya yang dapat bercuti di luar negara!
Wah, berani sungguh engkau mencabarku!
Ahmad tina lena kerana keletihan.
Seerti untuk lena ialah
lelah
jaga
lekas
nyenyak
Pengguna jalan raya mestilah waspada selalu kerana malang tidak berbau.
Seerti untuk waspada ialah
awas
berani
takut
gagah
