NEW
Font size
WorksheetsMUNSYI
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Apakah tema cerpen Munsyi?
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Semangat untuk membela dan mengekalkan warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang.
Kesungguhan seorang anak muda memelihara budaya bangsa.
Mel terkenangkan pesanan bondanya tentang kepentingan agama dan bangsa. Pesanan tersebut akan dititip setiap kali Mel melahirkan hasrat untuk berhijrah ke kota. Kenyataan tersebut mengambarkan pengarang menggunakan teknik plot...
imbas kembali
imbas muka
pemerian
saspen
Berikut merupakan perwatakan bonda kecuali
Pandai berseloroh
Penyayang
Bijak berbicara
Tegas
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ. Merupakan binaan plot di bahagian
Puncak
Perkembangan
Perumitan
Peleraian
Berikut merupakan perwatakan Mel, kecuali
Seorang yang taat
Seorang yang gemar membaca
Seorang yang suka memberi teguran
Seorang yang amanah
Siapakah Munsyi berdasarkan cerpen ini?
Sahabat lama Mel
Seorang yang arif tentang tatabahasa
Seorang yang cinta akan budaya bangsa
Guru kepada Mel
‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana. Peristiwa ini merujuk latar tempat di...
Rumah Bonda
Rumah Munsyi
Kawasan tanah lapang
Kampung
‘Saya’ gigih belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar. Merupakan persoalan
Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya
Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Keazaman yang kental dalam jiwa anak muda untuk menghayati sesuatu ilmu.
cermin maruah, pagar-pagar perkauman merupakan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang yang merujuk gaya bahasa
metafora
hiperbola
diksi
personifikasi
"Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan...
Kenyataan ini bersesuaian dengan pengajaran
Kita hendaklah mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.
Kita hendaklah menjaga amanah sebaik-baiknya.
Kita hendaklah berani mempertahankan hak berlandaskan saluran yang betul.
Kita hendaklah menerima nasihat baik yang disampaikan oleh orang lama.
Berikut merupakan cara-cara kerajaan mewujudkan susana bersatu-padu, kecuali
mewujudkan kawasan Dasar Pecah Perintah.
menguatkuasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam pelbagai urusan.
menerapkan unsur sivik dalam pendidikan.
kerajaan menjalankan kempen perpaduan.
Siapakah pengarang Cerpen Munsyi?
Husna Nazri
Zurinah Hassan
Maskiah Haji Masrom
Affix Zulkarnaen Adam
Bonda mampu menceritakan sejarah tanah air kerana berbekalkan kitab-kitab jawi yang ada dalam simpanannya.
Kenyataan peristiwa ini merujuk latar masyarakat
Masyarakat yang berilmu pengetahuan
Masyarakat yang cinta akan negara
Masyarakat yang amanah
Masyarakat yang rasional
