wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bhg C: Bahasa Istana x20

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Istana bagi perkataan "singgahsana" ialah ...

a)

kasut

b)

kerusi

c)

meja

d)

pakaian

2.

Sultan Abdullah ber... , "Semua rakyat perlu bersikap cinta akan negara."

a)

kata

b)

cakap

c)

salam

d)

titah

3.

Sempena hari ... Yang di-Pertuan Agong pada 8hb Jun 2020, cuti umum diberikan kepada semua rakyat Malaysia.

a)

jadi

b)

kelahiran

c)

keputerian

d)

keputeraan

4.

"Ampun tuanku," ... Hang Tuah ketika menghadap Sultan Melaka.

a)

sampai

b)

sembahyang

c)

salam

d)

sembah

5.

Semua ... dan ... baginda berkumpul di istana untuk menghadap ayahanda.

a)

putera ; puteri

b)

cucu ; cicit

c)

anak ; adik

d)

permaisuri ; gundik

6.

" ... berjanji akan menghargai jasa pahlawan," titah Sultan Muhammad.

a)

Baginda

b)

Patik

c)

Beta

d)

Beliau

7.

Sultan Mahmud menjadi ... apabila bendahara mengingkari perintah baginda.

a)

marah

b)

murka

c)

muka

d)

merdeka

8.

Yang di-Pertuan Agong dan permaisuri mulai ... di istana baru sejak tahun 2011.

a)

bersemayam

b)

bersembahyang

c)

bersantap

d)

bersiram

9.

"... tuanku," sembah rakyat jelata ketika melihat Yang di-Pertuan Agong.

a)

Daulat

b)

Dahulu

c)

Duli

d)

Derita

10.

Baginda ... untuk merasmikan kempen kitar semula di Kuala Lumpur.

a)

berkenan

b)

bersiram

c)

bersabda

d)

beradu

11.

Baginda Sultan Johor telah ... ke Istana Negara untuk menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.

a)

beraneka

b)

berangkat

c)

bertitah

d)

berkenan

12.

"Bilakah ... akan berjumpa dengan duta negara Arab Saudi?" tanya Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

a)

tuan hamba

b)

hamba

c)

patik

d)

tuanku

13.

Baginda Sultan Idris sedang ... ke tapak mesyuarat yang terletak tidak jauh dari istana.

a)

bercemar duli

b)

bercecah duli

c)

bercemar diri

d)

bercemah duli

14.

Baginda sedang menghadap bendahara di ... .

a)

balai raya

b)

balairung

c)

balai belia

d)

balai rung

15.

... Sultan Tuanku Abdul Rahman di...kan di Negeri Sembilan.

a)

Allahyarham ; kubur

b)

Allahyarham ; makam

c)

Almarhum ; kubur

d)

Almarhum ; makam

16.

Baginda sedang ... di tempat ... kerana keletihan.

a)

beradu ; peraduan

b)

bersantap ; persantapan

c)

bersembahyang ; beribadat

d)

mengadu ; aduan

17.

"Beta ... , ambilkan ubat," titah baginda.

a)

sakit kepala

b)

gering hulu

c)

bercemar duli

d)

garing hulur

18.

Almarhum Sultan Abdul Halim ... pada 11 September 2017 pada usia 89 tahun.

a)

mati

b)

murka

c)

mangkat

d)

makam

19.

"Mengapakah ... bersedih?" tanya Hang Jebat kepada Hang Kasturi.

a)

tuanku

b)

hamba

c)

tuan hamba

d)

kamu

20.

Ketua Panglima itu mendapat ... daripada Sultan Pahang atas jasanya memenangi peperangan.

a)

ampun kurnia

b)

anugerah

c)

santapan

d)

iram-iram