wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu ( Ayat Tanya )

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Silakan, saya sudi mendengar masalah yang sedang awak hadapi.

a)

Benarkah awak akan mendengar masalah ini ?

b)

Mengapakah saudara bersedia mendengar masalah saya ?

c)

Siapakah yang sudi mendengar masalah yang saya hadapi ?

d)

Sudikah awak mendengar masalah saya ?

2.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Sesetengah golongan belia beranggapan bahawa kerja-kerja sukarela hanya membuang masa mereka.

a)

Bagaimanakah kerja-kerja sukarela boleh membuang masa golongan belia ?

b)

Adakah golongan belia kurang berminat untuk melakukan kerja-kerja sukarela ?

c)

Apakah pandangan golongan belia tentang kerja-kerja sukarela ?

d)

Apakah yang menyebabkan golongan belia suka melakukan kerja-kerja sukarela ?

3.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Farid mengikuti adiknya ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan sekolah.

a)

Mengapakah Farid membeli barang-barang keperluan sekolah adiknya ?

b)

Siapakah yang menemani adik Farid membeli barang-barang keperluan sekolah?

c)

Ke manakah Farid dan adiknya pergi pada petang semalam ?

d)

Di manakah Farid dan adiknya membeli barang-barang keperluan sekolah ?

4.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Mereka menjalani aktiviti kokurikulum di padang sekolah dengan dibimbing oleh guru penasihat masing-masing.

a)

Mengapakah murid-murid berkumpul di padang sekolah ?

b)

Siapakah yang berkumpul di padang sekolah itu ?

c)

Bagaimanakah guru penasihat membimbing murid-murid melakukan aktiviti kokurikulum?

d)

Di manakah murid-murid dan guru penasihat akan berkumpul ?

5.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Tuan boleh datang semula ke sini pada bila- bila masa jika ada kelapangan.

a)

Siapakah yang boleh datang ke sini pada setiap masa ?

b)

Adakah tuan akan datang lagi pada bila-bila masa ?

c)

Bolehkah saya datang ke sini lagi pada masa hadapan ?

d)

Di manakah saya boleh berjumpa dengan guru besar sekolah ini ?

6.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Soalan yang diberikan itu sukar dijawab oleh kebanyakan murid.

a)

Mengapakah soalan yang diberikan itu sukar dijawab oleh kebanyakan murid ?

b)

Bagaimanakah murid-murid menjawab soalan yang diberikan itu ?

c)

Adakah murid-murid dapat menjawab soalan yang diberikan itu ?

d)

Siapakah yang dapat menjawab soalan yang sukar itu ?

7.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Kita akan memperoleh banyak ilmu sekiranya kita banyak membaca buku.

a)

Siapakah yang perlu banyak membaca buku ?

b)

Bagaimanakah kita boleh memperoleh banyak ilmu ?

c)

Adakah kita perlu membaca banyak buku untuk menambah ilmu ?

d)

Mengapakah kita perlu memperoleh banyak ilmu ?

8.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Kamarul dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan cepat dan kemas.

a)

Bagaimanakah Kamarul membuat semua tugasan yang diberikan oleh gurunya ?

b)

Siapakah yang menyiapkan semua tugasan dengan cepat dan kemas itu ?

c)

Mengapakah Kamarul menyiapkan semua tugasan itu dengan cepat dan kemas ?

d)

Benarkah Kamarul dapat menyiapkan semua tugasan itu ?

9.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Pada masa lapang, saya suka mengumpul setem dan barang-barang antik.

a)

Mengapakah kamu suka mengumpul setem dan barang-barang antik pada masa lapang?

b)

Apakah yang kamu lakukan untuk mengisi masa lapang ?

c)

Siapakah yang suka mengumpul setem dan barang-barang antik ?

d)

Bagaimanakah kamu dapat mengumpul setem dan barang-barang antik ?

10.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Pada bulan hadapan, syarikat buku itu akan mengadakan pameran di dewan sekolah.

a)

Mengapakah syarikat buku itu akan mengadakan pameran di dewan sekolah ?

b)

Sejak bilakah syarikat buku itu mengadakan pameran di dewan sekolah ?

c)

Benarkah syarikat buku itu mahu mengadakan pameran di dewan sekolah ?

d)

Apakah rancangan syarikat buku itu pada masa hadapan ?

11.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mencegah daripada penyakit yang mudah berjangkit.

a)

Adakah penyakit yang berjangkit mudah merebak dalam persekitaran ?

b)

Apakah punca yang menyebabkan penyakit mudah berjangkit ?

c)

Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit yang mudah berjangkit ?

d)

Mengapakah kita mesti mencegah daripada penyakit yang mudah berjangkit ?

12.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Perlawanan bola sepak itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 pada pukul 9.00 malam .

a)

Di manakah perlawanan bola sepak secara langsung itu akan diadakan ?

b)

Benarkah perlawanan bola sepak secara langsung itu akan disiarkan ?

c)

Mengapakah saluran TV3 akan menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung itu pada pukul 9.00 malam ?

d)

Bilakah perlawanan bola sepak itu akan disiarkan secara langsung ?

13.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Setelah dimasukkan ke rumah kebajikan itu, Pak Cik Kassim berasa kesunyian dan tidak ceria lagi seperti dahulu.

a)

Bagaimanakah kehidupan Pak Cik Kassim sejak tinggal di rumah kebajikan itu ?

b)

Adakah Pak Cik Kassim sentiasa berasa kesunyian dan tidak ceria lagi ?

c)

Mengapakah Pak Cik Kassim dimasukkan ke rumah kebajikan itu ?

d)

Siapakah yang menyebabkan Pak Cik Kassim berasa kesunyian dan tidak ceria lagi ?

14.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Pihak berkuasa masih menyiasat kes kecurian yang berlaku baru-baru ini dengan teliti.

a)

Bagaimanakah kes kecurian baru-baru ini boleh berlaku ?

b)

Kes kecurian baru-baru ini berlaku di mana?

c)

Bagaimanakah perkembangan kes kecurian yang berlaku baru-baru ini ?

d)

Apakah yang dilakukan oleh pihak berkuasa tentang kes kecurian itu ?

15.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Kepuasan para pelangggannya sentiasa diutamakan oleh pihak pengurusan Hotel Seri Malaysia.

a)

Mengapakah para pelancong lebih suka memilih untuk menginap di Hotel Seri Malaysia ?

b)

Apakah rancangan utama pihak pengurusan Hotel Seri Malaysia pada tahun ini ?

c)

Bagaimanakah perasaan pihak Hotel Seri Malaysia terhadap pelanggan ?

d)

Adakah para pelanggan berpuas hati dengan pihak pengurusan Hotel Seri Malaysia ?

16.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Setelah kerangka-kerangka kecil almari itu disusun, kita boleh pasangkan skru untuk mencantumkan kesemua bahagiannya.

a)

Mengapakah kita perlu mencantumkan kesemua bahagian almari ini terlebih dahulu ?

b)

Apakah kegunaan kerangka-kerangka kecil almari ini dan skru yang disediakan ?

c)

Di manakah kita boleh meletakkan kesemua kerangka kecil dan skru almari ini ?

d)

Bagaimanakah hendak memasang bahagian-bahagian almari dan skru ini ?

17.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Murid-murid dan ibu bapa bekerjasama menjalankan program gotong-royong di sekolah.

a)

Mengapakah program gotong-royong dijalankan di sekolah ?

b)

Apakah tujuan program gotong-royong di sekolah dijalankan ?

c)

Bagaimanakah program gotong-royong itu dijalankan ?

d)

Siapakah yang terlibat untuk merancang program gotong-royong di sekolah ?

18.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Encik Mohan kelihatan tergesa-gesa kerana sudah lewat menghantarkan anaknya ke sekolah dan ke tempat kerjanya.

a)

Ke manakah Encik Mohan hendak pergi pada pagi itu ?

b)

Apakah yang menyebabkan Encik Mohan kelihatan tergesa-gesa ?

c)

Adakah Encik Mohan sempat menghantarkan anaknya ke sekolah ?

d)

Mengapakah Encik Mohan sering lewat ke tempat kerjanya ?

19.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Akibat terlewat ke sekolah pada setiap hari, Samuel sering didenda oleh pengawas yang bertugas.

a)

Mengapakah Samuel sering lewat datang ke sekolah pada setiap hari ?

b)

Apakah punca Samuel selalu dihukum oleh pengawas yang bertugas pada setiap hari ?

c)

Bagaimanakah keadaan Samuel yang sering didenda oleh pengawas bertugas ?

d)

Adakah Samuel sering didenda oleh pengawas yang bertugas itu ?

20.

Pilih Ayat Tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Samuel berjanji pada dirinya dan keluarga bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran.

a)

Mengapakah Samuel berjanji pada diri dan keluarganya ?

b)

Apakah yang dijanjikan oleh Samuel ?

c)

Sejauh manakah Samuel menepati janjinya untuk berjaya dalam pelajaran?

d)

Benarkah Samuel akan belajar bersungguh- sungguh untuk berjaya ?