wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ulang Kaji 5.0

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Menurut catatan China telah wujud perkampungan Islam yang dikenali sebagai Ta Shih.

Berdasarkan pernyataan di atas, di manakah letaknya Ta Shih?

a)

Melaka

b)

Pulau Jawa

c)

Sumatera Utara

2.

Penemuan Batu Nisan Malik al-Salih

Penemuan Batu Nisan Malik Ibrahim


Berdasarkan maklumat di atas, Islam dikatakan datang ke Asia Tenggara menerusi

a)

Arab

b)

India

c)

Parsi

d)

China

3.

Kebudayaan Arab yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara ialah

I tarian zapin

II alat-alat muzik

III majlis persandingan

IV menghormati tetamu

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

4.

Apakah yang dilakukan oleh pedagang Islam semasa menunggu perubahan angin monsun?

I Membina perkampungan

II Berbincang tentang agama

III Menjalankan urusan perdagangan

IV Membuka pusat pengajian agama

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani.


Maklumat di atas terdapat dalam karya

a)

Hikayat Acheh

b)

Kitab al-Manzum

c)

Sejarah Kepulauan Sulu

d)

Hikayat Merong Mahawangsa

6.

Apakah peranan yang dimainkan oleh Tun Perak dalam menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal di Asia Tenggara?

I Menguasai kawasan-kawasan baru

II Mengupah ulama dari Semenanjung Tanah Arab

III Menyediakan kemudahan pendidikan agama Islam

IV Menghantar ulama untuk mengajar tentang agama Islam

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

7.

Bagaimanakah cara Acheh menyekat perkembangan agama Kristian di Asia Tenggara?

I Melancarkan perang terhadap kuasa Barat

II Menaungi negeri-negeri di Tanah Melayu

III Menaungi negeri-negeri kecil di Sumatera Utara

IV Tidak membenarkan kuasa Barat menggunakan pelabuhan naungan Acheh

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

8.

Apakah bukti yang menunjukkan Islam datang ke Champa?

I Prasasti

II Batu nisan

III Seni bina

IV Kebudayaan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

9.

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Amir Hamzah


Karya di atas adalah berkaitan dengan Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan digunakan untuk

a)

bahan bacaan golongan istana

b)

perbincangan soal jawab tentang agama

c)

menaikkan semangat menentang musuh

d)

menyadur bahan-bahan kesusasteraan Arab

10.

Apakah pembaharuan yang dibawa oleh Islam terhadap masyarakat Melayu?

I Perubahan nama sultan

II Perubahan nama negeri

III Perubahan nama istana

IV Perubahan nama individu

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

*Merupakan warisan Kesultanan Melayu Melaka

*Berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka


Pernyataan di atas merujuk kepada kerajaan

a)

Demak

b)

Acheh

c)

Perlak

d)

Melaka

12.

Wali Songo telah menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah di Pulau Jawa.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cara yang dilakukan oleh Wali Songo semasa berdakwah?

I Menyeru masyarakat agar rajin bekerja

II Menerangkan kepada masyarakat cara bekerja

III Menimbulkan kesedaran tentang maksud bekerja

IV Menyeru masyarakat agar tidak melakukan pembaziran

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Karya Bustanus Salatin mengisahkan tentang

I keindahan agama

II keindahan sebuah kota

III keindahan taman-taman

IV keindahan sebuah kerajaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

14.

Apakah tugas syahbandar?

a)

Membantu sultan membuat keputusan

b)

Mengurus hal ehwal percukaian kerajaan

c)

Mentadbir dan menentukan kemajuan pelabuhan

d)

Memastikan keselamatan pedagang di Selat Melaka

15.

Undang-Undang Islam yang diamalkan di Asia Tenggara merangkumi aspek-aspek seperti

I hukum jenayah

II urusan pernikahan

III pembahagian harta pusaka

IV urusan adat-istiadat perkahwinan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

16.

Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu telah lama bertapak di Asia Tenggara. Mengapakah dakwah Islamiah cepat berkembang di Asia Tenggara?

I Islam mudah difahami

II Agama Hindu tidak lagi diamalkan

III Raja dan pembesar memeluk agama Islam

IV Peranan yang dimainkan oleh pendakwah Islam

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

17.

Pengaruh kerajaan Abbasiyah terhadap institusi pemerintahan di Asia Tenggara boleh dilihat melalui

a)

adat istiadat

b)

institusi kesultanan

c)

sistem perundangan

d)

sistem pemerintahan

18.

Bagaimanakah corak institusi kerajaan Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam?

a)

Mengamalkan konsep dewa-raja

b)

Sultan menguasai tampuk pemerintahan

c)

Rakyat mempunyai suara dalam kerajaan

d)

Tidak mempunyai sistem pemerintahan yang teratur

19.

Zillullah fil-alam

Zillullah fil-ardh


Kedua-dua istilah di atas membawa makna bayangan Allah di muka bumi. Penggunaannya adalah warisan dari amalan pemerintah

I Mamluk

II Bani Saljuk

III Bani Umaiyah

IV Bani Abbasiyah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

20.

Khalifatul Mukminin


Siapakah yang menggunakan gelaran di atas?

I Sultan Mahmud Shah

II Sultan Iskandar Zulkarnain

III Sultan Iskandar Mahkota Alam

IV Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV