wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 Bab 6

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat perjuangan pihak komunis di Tanah Melayu?

a)

menguasai ekonomi Tanah Melayu

b)

menentang imperialis Barat

c)

menubuhkan sebuah Republik Komunis

d)

memerdekakan Tanah Melayu

2.

Ideologi komunisme diasaskan oleh tokoh berikut:

(Pilih 2 jawapan)

a)

Karl Marx

b)

Tan Malaka

c)

Friedrich Engels

d)

Alimin

3.

Nama pertubuhan komunis antarabangsa yang berpusat di Moscow ialah ...

a)

Parti Kuomintang

b)

Parti Komunis China

c)

Parti Komunis Nanyang

d)

Comintern

4.

Kenapa pemimpin Partai Komunis Indonesia (PKI) berusaha membuka cawangan parti mereka di Tanah Melayu?

a)

gagal dalam revolusi di Pulau Jawa

b)

ingin menguasai Tanah Melayu

c)

memperluaskan ideologi komunisme

d)

melatih penduduk tempatan dalam perang gerila

5.

Kenapa orang Melayu dari Tanah Melayu tidak menyokong ideologi komunisme yang dibawa oleh pemimpin komunis dari Indonesia?

a)

komunis menggunakan kekerasan dalam perjuangan

b)

tidak mempunyai kebebasan individu

c)

ideologi komunis bersifat diktator

d)

tidak menyokong pemimpin dari negara lain

6.

Bagaimanakah Parti Komunis Malaya mengukuhkan pengaruh mereka?

(Pilih Dua jawapan)

a)

menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja

b)

melalui sekolah Cina

c)

melalui penerbitan akhbar Melayu

d)

bekerjasama dengan golongan radikal Melayu

7.

Bagaimanakah British membantu PKM semasa pendudukan Jepun?

(Pilih Dua jawapan)

a)

menyebar propaganda PKM

b)

bekerjasama untuk memerangi Jepun

c)

memberikan bantuan senjata, latihan dan kewangan

d)

mengiktirafkan kerajaan republik sosialis Malaya

8.

Kenapa PKM dapat menguasai Tanah Melayu setelah tentera Jepun menyerah kalah?

a)

British memberi bantuan ketenteraan

b)

Parti Komunis China memberi sokongan

c)

Tentera Jepun menyerahkan kuasa kepada PKM

d)

British lewat kembali ke Tanah Melayu

9.

Bagaimanakan pihak British menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja?

a)

meluluskan Trade Union Ordinance No. 9, 1948

b)

mengharamkan penerbitan akhbar oleh kesatuan sekerja

c)

meluluskan Undang-Undang Darurat

d)

mengadakan perintah berkurung

10.

Ideologi komunis yang disebarkan ke Tanah Melayu oleh komunis dari negara ...................

(Pilih Dua jawapan)

a)

Soviet Union

b)

Rusia

c)

China

d)

Indonesia

11.

Apakah pesanan kepada komunis di Asia semasa Persidangan Kongres Belia Asia dan Persidangan Parti Komunis India yang dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa?

a)

menyebar ideologi komunis ke seluruh dunia

b)

melatih golongan pemuda strategi perang gerila

c)

menyatupadukan semua negara komunis

d)

mempercepatkan perjuangan menentang kuasa imperialis

12.

Pada 16 Jun 1948, pihak komunis telah membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah. Mereka adalah ..........

a)

Arthur Walker

b)

John Allison

c)

Ian Cristian

d)

Edward Gent

13.

Berikut adalah tindakan komunis untuk menggugat keamanan dan kestabilan negara.

(Pilih Dua jawapan)

a)

melumpuhkan ekonomi

b)

merosakkan infrastruktur

c)

menutup semua sekolah

d)

membebaskan rakyat

14.

Kenapa komunis menyerang lombong bijih timah dan ladang getah di Tanah Melayu?

a)

melemahkan ekonomi British

b)

menwujudkan keadaan huru-hara

c)

mengancam kestabilan politik

d)

menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap British

15.

Apakah impak serangan komunis terhadap lombong bijih timah dan ladang getah terhadap rakyat jelata?

(Pilih Dua jawapan)

a)

kerja harian diganggu

b)

aktiviti keagamaan tidak dapat dijalankan

c)

berlaku konflik antara pekerja lombong dan ladang dengan komunis

d)

nyawa diancam

16.

Bagaimanakah komunis merosakkan infrastruktur?

(Pilih Dua jawapan)

a)

mengalihkan landasan kereta api

b)

mengebomkan bangunan pentadbiran

c)

mensabotaj kemudahan kesihatan

d)

merosakkan paip air

17.

Pekerja awam yang menjadi sasaran utama serangan komunis ialah ..............

(Pilih Dua jawapan)

a)

pemimpin negara yang menjalankan kempen

b)

pekerja memasang paip air

c)

pegawai perubatan dan jurutera

d)

pekerja menjalankan penyelidikan hidroelektrik

18.

Pada 5 Julai 1949, seramai 46 orang rakyat cedera parah dan 4 orang mati di Sheum Circus, Kampar akibat tindakan ganas komunis.

Apakah tindakan tersebut?

a)

mencampakkan bom tangan

b)

menjatuhkan bom atom

c)

melakukan serangan hendap

d)

membakar kawasan Sheum Circus

19.

Gambar 1 di atas merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu yang menjadi mangsa serang hendap komunis dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Apakah nama beliau?

a)

Sir Henry Gurney

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Harold Rowdon Briggs

d)

Sir Gerald Templer

20.

Kenapa PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?

a)

Arahan daripada Comintern

b)

Ingin menggantikannya dengan pasukan tentera PKM

c)

Menunjukkan ketidakmampuan kerajaan melindungi rakyat

d)

Membuktikan kehebatan strategi serangan PKM

21.

Di bawah Undang-undang Darurat, pemimpin radikal Melayu juga ditangkap oleh pihak berkuasa. Antara mereka ialah ................

(Pilih Dua jawapan)

a)

Ahmad Boestamam

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Ishak Haji Muhammad

d)

Tunku Abdul Rahman

22.

Antara parti politik yang radikal dan diharamkan oleh kerajaan adalah ...................

(Pilih Dua jawapan)

a)

IMP

b)

MCA

c)

PETA

d)

PKMM

23.

Apakah tugas Cawangan Khas dalam pasukan polis ?

a)

pasukan polis simpanan

b)

sebagai badan perisik

c)

sebagai pasukan polis rakyat

d)

pasukan polis orang asli

24.

Apakah kejayaan Cawangan Khas?

a)

melindungi keselamatan penduduk

b)

menyusup dalam organisasi PKM

c)

mematahkan beberapa operasi keganasan PKM

d)

menghapuskan pangkalan tentera PKM

25.

Apakah tugas Special Constables?

(Pilih Dua jawapan)

a)

mengawal ladang dan lombong

b)

membuat rondaan di pinggir hutan

c)

melakukan serang hendap

d)

menjadi barisan hadapan

26.

Sebelum digelar sebagai Pasukan Polis Hutan, pasukan ini pernah menggunakan nama ....................

(Pilih Dua jawapan)

a)

Flying Squad

b)

Jungle Polis

c)

Jungle Guard

d)

Police Field Force

27.

Pasukan Polis Wanita ditubuhkan pada Ogos 1955. Siapakah pegawai polis wanita pertama?

a)

Lily Eberwin

b)

Sybil Kathigasu

c)

Barbara D. R. Wentworth

d)

Wendy Moore

28.

Senoi Praaq adalah pasukan yang dianggotai oleh Orang Asli dari suku ..............

(Pilih Dua jawapan)

a)

Penan

b)

Senoi

c)

Semai

d)

Bajau

29.

Auxiliary Police ditubuhkan pada 1948 untuk membantu polis menentang ancaman komunis.

Pada tahun 1956, Auxiliary Police ditukar kepada ..........

a)

Urang Perang

b)

Police Volunteer Reserve

c)

Police Field Force

d)

Cawangan Khas

30.

Apakah kejayaan Pasukan Askar Melayu?

(Pilih Dua jawapan)

a)

menghalau komunis keluar dari Tanah Melayu

b)

menumpaskan anggota komunis

c)

memusnahkan kubu operasi komunis

d)

menewaskan komunis dalam pertempuran

31.

"Pasukan ini terdiri dari tentera darat dengan pasukan meriam dan pasukan bantuan yang lain. Pasukan ini diperbesarkan daripada 3 rejimen kepada 7 rejimen"

Apakah nama pasukan tersebut?

a)

Pasukan Askar Melayu

b)

Pasukan Askan Komanwel

c)

Sarawak Rangers

d)

Auxiliary Police

32.

Sarawak Rangers berjaya memusnahkan banyak kem dan markas komunis di dalam hutan.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut?

a)

mempunyai senjata yang canggih

b)

bilangan anggota besar

c)

diberi latihan perang gerila oleh British

d)

mahir dalam selok-belok hutan

33.

Gambar 2 di atas merupakan salah satu pasukan keselamatan. Apakah nama pasukan tersebut?

a)

Polis Wanita

b)

Home Guard

c)

Senoi Praaq

d)

Special Constables

34.

Tugas utama Home Guard adalah ..............

a)

mengesan kem dan markas komunis di dalam hutan

b)

melakukan perang gerila dengan komunis

c)

menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan

d)

menjadi badan perisik kepada pasukan polis

35.

"Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan."

Antara berikut, yang mana merupakan syarat di bawah peraturan baru tersebut?

(Pilih Dua jawapan)

a)

anggota komunis tidak boleh memiliki kad pengenalan

b)

penduduk tidak boleh keluar rumah pada waktu malam

c)

penduduk berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftarkan diri

d)

membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja

36.

Apakah tujuan utama Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney?

a)

membesarkan angkatan keselamatan

b)

memberi latihan ketenteraan dan bantuan senjata

c)

menyekat hubungan PKM dengan komunis China

d)

memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

37.

Kenapakah Min Yuen penting kepada PKM?

a)

menjadi jurucakap pihak PKM

b)

membekalkan makanan dan wang

c)

menjadi barisan hadapan PKM

d)

Menjadi orang tengah antara kerajaan dengan PKM

38.

Apakah kejayaan kempen bulan Rakyat Melawan Penjahat?

(Pilih Dua jawapan)

a)

kerjasama rakyat berbilang kaum

b)

menghapuskan markas PKM di dalam hutan

c)

menyelamatkan banyak bandar dari ancaman komunis

d)

wujud interaksi antara kaum

39.

Perintah berkurung menyenangkan pasukan keselamatan ..........

a)

menangkap sesiapa saja yang keluar rumah tanpa kebenaran

b)

menyerang kem PKM di dalam hutan

c)

menyekat bantuan dari negara komunis

d)

menjalankan operasi memburu komunis

40.

Apakah perang saraf?

a)

memindah penduduk dari pinggir hutan ke petempatan baharu

b)

usaha memenangi hati dan fikiran rakyat

c)

tindakan melarang penduduk keluar dari rumah

d)

perang gerila

41.

Kenapa Sir Gerald Templer ingin menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan?

a)

supaya mereka tidak menyokong PKM

b)

supaya mereka bekerjasama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi

c)

supaya mereka menyertai pasukan sukarelawan

d)

supaya mereka menyampaikan maklumat tentang komunis

42.

Kerajaan telah menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng, pemimpin PKM. Berapakah hadiah tersebut?

a)

$250 ribu

b)

$200 ribu

c)

$150 ribu

d)

$100 ribu

43.

Apakah kepentingan kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan?

a)

mengurangkan kuasa politik orang Melayu

b)

mengimbangi nisbah komposisi penduduk

c)

memajukan ekonomi negara

d)

membina bangsa yang bersatu

44.

Bagaimanakah Templer memenangi hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan dalam usaha menentang komunis?

a)

memberikan bantuan kewangan

b)

memindah Orang Asli ke Kampung Baru

c)

membina sekolah untuk kanak-kanak Orang Asli

d)

mendirikan kubu yang menyediakan barangan keperluan harian

45.

Mana satu penyataan berikut adalah betul tentang Kawasan Hitam dan Kawasan Putih?

a)

Kawasan Hitam masih menular virus, Kawasan Putih bebas virus

b)

Kawasan Hitam sering berlaku kemalangan, Kawasan Putih adalah kawasan selamat

c)

Kawasan Hitam sering berlaku jenayah serius, Kawasan Putih kawasan aman

d)

Kawasan Hitam komunis masih aktif, Kawasan Putih bebas ancaman komunis

46.

Kenapa Rundingan Baling antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng gagal mencapai matlamat?

a)

Chin Peng enggan meletak senjata

b)

Tunku Abdul Rahman tidak mahu kongsi kuasa dengan Chin Peng

c)

Tunku Abdul Rahman enggan menerima PKM sebagai parti sah

d)

Chin Peng ingin menjadi Perdana Menteri

47.

Apakah sumbangan MCA semasa Darurat?

(Pilih Dua jawapan)

a)

memberi bantuan kewangan

b)

membantu penempatan penduduk ke Kampung Baru

c)

menganjurkan Kempen Melawan Komunis

d)

mendirikan Kampung Baru untuk penduduk di pinggir hutan

48.

Penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum (CLC) dan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) memberikan keyakinan kepada British bahawa .......................

a)

penduduk Tanah Melayu bijak berpolitik

b)

pemimpin kaum mampu menerajui kerajaan tanpa bimbingan British

c)

pemimpin tempatan berkeupayaan menangani ancaman komunis melalui pertubuhan tersebut

d)

perpaduan penduduk berbilang kaum dapat mengatasi segala halangan

49.

Apakah kesulitan yang dihadapi oleh golongan peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong dalam tempoh Darurat?

a)

tidak dapat beroperasi seperti biasa

b)

menjadi sasaran peras ugut komunis

c)

premis mereka diletupkan oleh komunis

d)

barangan keluaran mereka tidak dapat dijual

50.

Kenapa dikatakan penubuhan Kampung Baru merenggangkan hubungan kaum?

(Pilih Dua jawapan)

a)

Kampung Baru didominasikan oleh kaum tertentu

b)

tidak wujud interaksi kaum

c)

perselisihan kaum berlaku di Kampung Baru

d)

penduduk tidak dapat bekerjasama di Kampung Baru