wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA SPM 1

Total questions: 40

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

A katak di bawah tempurung

b)

B ayam disambar helang

c)

C kera mendapat bunga

d)

D murai tercabut ekor

2.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

A bagai gergaji dua mata

b)

B bagai pahat dengan penukul

c)

C bagai kucing kehilangan anak

d)

D bagai telur di hujung tanduk

3.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _______________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.

a)

A bagai haruan makan anak

b)

B bagai kambing dihalau ke air

c)

C bagai mencurah air ke daun keladi

d)

D bagai melepaskan batuk di tangga

4.

Encik Tarmizi ___________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

A seperti lembu dicucuk hidung

b)

B seperti anjing menyalak bukit

c)

C seperti tikus membaiki labu

d)

D seperti murai tercabut ekor

5.

Joanne tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________ .

a)

A lain di mulut lain di hati

b)

B tepuk dada tanya selera

c)

C indah khabar daripada rupa

d)

D belakang parang diasah lagikan tajam

6.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai _________________________________ .

a)

A cincin dengan permata

b)

B kucing dengan anjing

c)

C aur dengan tebing

d)

D isi dengan kuku

7.

Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.

a)

A rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

B sambil menyelam minum air

c)

C ukur baju di badan sendiri

d)

D tepuk dada tanya selera

8.

Zayne Azril tidak mengamalkan sikap ______________________ ketika mencari rumah rakannya di Kota Damansara.

a)

A buang yang keruh ambil yang jernih

b)

B segan bertanya sesat jalan

c)

C sambil menyelam minum air

d)

D bagaimana acuan begitulah kuihnya

9.

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ .

a)

A tepuk dada tanya selera

b)

B segan bertanya sesat jalan

c)

C harapkan pagar, pagar makan padi

d)

D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

10.

Kamaruzaman _________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

A seperti mencurah garam ke laut

b)

B seperti kera mendapat bunga

c)

C seperti Belanda diberi tanah

d)

D seperti hujan jatuh ke pasir

11.

Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.

a)

A pasang badan

b)

B pasang telinga

c)

C ambil berat

d)

D ambil hati

12.

Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.

a)

A rambang mata

b)

B lupa daratan

c)

C serkap jarang

d)

D lipas kudung

13.

Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.

a)

A ada angin

b)

B atas angin

c)

C naik angin

d)

D khabar angin

14.

"Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku" merupakan maksud peribahasa __________________.

a)

A ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk

b)

B sediakan payung sebelum hujan

c)

C sekali air bah, sekali pantai berubah

d)

D ular menyusur akar, takkan hilang bisanya

15.

Peribahasa yang sesuai bagi maksud "Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin rendah diri sifatnya" ialah ____________________,

a)

A alah bisa tegal biasa

b)

B kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

c)

C ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk

d)

D carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

16.

"Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga" merujuk kepada maksud peribahasa ________________________________.

a)

A hangat-hangat tahi ayam

b)

B sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

c)

C bagai telur dihujung tanduk

d)

D tiada rotan, akar pun berguna

17.

"Sesuatu itu berubah mengikut masa atau keadaan" ialah maksud peribahasa ____________________________.

a)

A rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

B sekali air bah, sekali pantai berubah

c)

C lain padang lain belalang

d)

D air dicincang tidak akan putus

18.

Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

A duit hantaran

b)

B duit pecah

c)

C duit raya

d)

D duit kopi

19.

Peribahasa "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung " adalah seerti dengan peribahasa _____________________________.

a)

A genggam bara api, biar sampai jadi arang

b)

B masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

c)

C masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

d)

D alang-alang mandi biar basah

20.

Peribahasa "alang-alang berdakwat biar hitam" sama maksud dengan peribahasa _________________________.

a)

A biar putih tulang, jangan putih mata

b)

B belakang parang kalau diasah algikan tajam

c)

C hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

d)

D genggam bara api, biar sampai jadi arang

21.

Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni " adalah _________________________.

a)

A air dicincang tidak akan putus

b)

B bagai aur dengan tebing

c)

C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

D bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus

22.

Sikap _____________________ dalam kalangan usahawan muda menyebabkan mereka tidak dapat bertahan lama.

a)

A habis madu sepah dibuang

b)

B katak di bawah tmpurung

c)

C kera sumbang

d)

D hangat-hangat tahi ayam

23.

Kepulangan abang ke kampung pada kali ini __________________________ kerana dia enggan merantau ke ibu kota lagi.

a)

A bagai ikan pulang ke lubuk

b)

B sirih pulang ke gangang

c)

C cacing kepanasan

d)

D hangat-hangat tahi ayam

24.

Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.

a)

A makan hati

b)

B jatuh hati

c)

C iri hati

d)

D ambil hati

25.

Adila mempunyai kebolehan memasak seperti ibunya kerana _______________________________.

a)

A bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus

b)

B rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

C bagaimana acuan, begitulah kuihnya

d)

D melentur buluh biarlah dari rebungnya

26.

Datuk Azman merupakan ______________________ dalam Syarikat Teras Maju kerana beliau sering menjadi rujukan para pekerjanya.

a)

A ayam tambatan

b)

B tulang belakang

c)

C anak emas

d)

D muka tembok

27.

Ibu bapa yang mendidik anak dengan penuh kasih sayang _____________________ pasti anaknya akan berjaya.

a)

A bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus

b)

B bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

C bagai menatang minyak yang penuh

d)

D untung sabut timbul, untung batu tenggelam

28.

Filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ______________________________ kerana terus digemari ramai.

a)

A hangat-hangat tahi ayam

b)

B tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

c)

C alang-alang berminyak biar licin

d)

D kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

29.

Semasa memegang jawatan pengurus di kilang itu, Ahmad bertindak mengikuti hati sendiri ibarat peribahasa ____________________.

a)

A telur di hujung tanduk

b)

B belanda diberi tanah

c)

C kera mendapat bunga

d)

D beraja di hati, bersultan di mata

30.

Ayah selalu mementingkan urusan dan kesusahan orang lain sehingga tidak mempedulikan kesusahan yang dialami ibu dalam menguruskan hal keluarga ibarat peribahasa _____________________.

a)

A lari mulut buaya, masuk mulut harimau

b)

B bagai melukut di tepi gantang

c)

C kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan

d)

D indah khabar dari rupa

31.

Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

A alas perut

b)

B ikat perut

c)

C perut busuk

d)

D perut kosong

32.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

A langkah kanan

b)

B langkah bendul

c)

C langkah seribu

d)

D langkah kiri

33.

Audrey suka melakukan lebih daripada satu kerja dalam sesuatu masa kerana mahu kerjanya cepat selesai dan tidak membuang masa ibarat kata __________________.

a)

A lipas kudung

b)

B sambil berdiang nasi masak

c)

C bagai ular kena palu

d)

D sediakan payung sebelum hujan

34.

Amanda selalu berhati-hati apabila berkata-kata atau melakukan sesuatu kerana dia berpegang kepada prinsip peribahasa ____________________________.

a)

A kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

b)

B Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

C Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

d)

D Alang-alang mandi biarlah basah

35.

Kalau kita takut menanggung kesusahan, janganlah kita melakukan kerja yang susah kerana peribahasa ada menyatakan ___________________________.

a)

A laut mana tidak bergelora, bumi yang mana tidak ditimpa hujan

b)

B kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

c)

C sekali air bah, sekali pantai berubah

d)

D kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

36.

Sesuatu keinginan atau cita-cita tidak akan tercapai jika kita tidak berusaha dengan kuat, bak kata peribahasa __________________________________.

a)

A ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk

b)

B Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

C ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

d)

D sediakan payung sebelum hujan

37.

Encik Hariz berasa kecik hati dengan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya walaupun sudah dewasa ibarat peribahasa ___________________.

a)

A seperti hujan jatuh ke pasir

b)

B biduk berlalu kiambang bertaut

c)

C air dicincang tidak akan putus

d)

D menangguk di air yang keruh

38.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu memerlukan masyarakat berjimat cermat dan membeli barang-barangan mengikut keperluan sahaja kerana _____________________.

a)

A sediakan payung sebelum hujan

b)

B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

c)

C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

d)

D biar titis jangan tumpah

39.

Nenek Jijah ____________________ selepas kematian suaminya walapun dia mempunyai anak-anak yang tinggal di Kuala Lumpur dan bergaji besar tetapi mengabaikannya

a)

A lupa daratan

b)

B sebatang kara

c)

C ibu tunggal

d)

D batu penghalang

40.

Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki manakala jika bernasib malang, seseorang itu akan menghadapi masalah seperti peribahasa ___________________________.

a)

A alang-alang berdakwat biar hitam

b)

B hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

c)

C bumi yang mana tidak ditimpa hujan

d)

D untung sabut timbul, untuk batu tenggelam